Monday 31 October 2011

LAGI PENDUDUK KEDAH MENGAMUK !!!! PAS KEDAH GADAI HUTAN SIMPAN KEKAL !!!!


DEMONSTRASI PENDUDUK BANTAH PEMBALAKAN HUTAN SIMPAN KEKAL !!!!


Hari ini 31 oktober 2011 : HAMPIR 100 orang penduduk-penduduk kampung sekitar daerah Pendang dan Padang Terap membuat demonstrasi membantah tindakan Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui oleh regime PAS Kedah yang meluluskan lesen pembalakan kepada sebuah syarikat Ng N Beh Trading, no lesen KT 01-(P)-52-2011 di kawasan HUTAN SIMPAN KEKAL BUKIT PERAK sejak lebih sebulan yang lalu. Tindakan Kerajaan Negeri Kedah itu telah menimbulkan kemarahan kepada penduduk-penduduk di 7 buah kampung iaitu Kg Sg Mas, Kg Sg Pisang, Kg Sungai Siput, Kg Mahawangsa, Kg Lasau, Kg Titi Akar dan Kg Padang Durian kerana aktiviti pembalakan tersebut dilakukan di kawasan tadahan air yang menjadi sumber air bagi ketujuh-tujuh buah kampung terbabit. Menurut Abdullah B. Shaari S/U JKKKP Kg Mahawangsa dan juga S/U bagi Jawankuasa Kolam Tadahan Air Bukit Perak, Kerajaan PAS Kedah telah bertindak zalim terhadap penduduk-penduduk di 7 buah kampung terbabit kerana meluluskan aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air yang menjadi sumber air mereka sejak dari dulu lagi. Malah, kerajaan negeri langsung tidak pernah memaklumkan langsung kepada penduduk-penduduk kampung serta kepada jawatankuasa Kolam Tadahan Air Bukit Perak. Akibat daripada aktiviti pembalakan tersebut, air yang disalurkan ke rumah mereka menjadi keruh berwarna merah hingga menyukarkan kehidupan seharian mereka. Lebih mendukacitakan lagi, apabila ada kematian di kampung mereka kerana urusan memandikan jenazah terpaksa menggunakan air yang kotor. Sebagai mewakili penduduk-penduduk kampung, Abdullah Shaari menegaskan yang demonstrasi yang diadakan tadi adalah bertujuan untuk mendesak kerajaan negeri agar prihatin dan mendengar keluhan mereka agar membatalkan kembali lesen balak yang dikeluarkan kepada syarikat terbabit. Tinjauan kami di lokasi Pusat Pengumpulan Balak Bukit Merah yang menjadi tempat demonstrasi tadi, kami mendapati banyak kayu kayu balak yang dikumpulkan di situ sebelum di hantar ke kilang memproses kayu balak. Apa yang memeranjatkan, terdapat banyak kayu2 balak yang bersaiz kecil. Bagaimana kayu balak yang bersaiz demikian boleh di tebang? Patutlah hasil kutipan balak Kedah di bawah pentadbiran PAS meningkat berkali ganda berbanding kutipan di zaman kerajaan BN dulu. Rupa-rupanya, sekarang ini semua pokok di tebang tanpa mengira saiz, samaada kecil ataupun besar hingga habis gondol hutan. Rata-rata penduduk yang ditemui, melahirkan rasa kecewa dan tertipu dengan janji-janji PAS sebelum ini yang kononnya akan mentadbir Kedah dengan lebih baik lagi daripada BN. Hakikatnya kini, kerajaan PAS dilihat lebih zalim dan rakus berbanding BN dulu kerana meluluskan lesen pembalakan dengan sewenang-wenangnya walaupun di Hutan Simpan Kekal. Ketua Pemuda UMNO Kedah Hj. Badrol Hisham yang ditemubual oleh para wartawan semasa demonstrasi tadi menjelaskan yang kerajaan PAS Kedah dilihat terlalu bergantung kepada hasil balak semata-mata untuk menjana pendapatan negeri hingga sanggup meluluskan lesen balak di kawasan tadahan air Hutan Simpan Kekal. Berbeza dengan polisi Kerajaan BN ketika mentadbir Kedah dulu yang tidak terlalu fokus dengan hasil pendapatan daripada sumber balak sebaliknya lebih menumpukan kepada pendapatan daripada Pelaburan Asing (FDI), Pelancongan dan lain-lain lagi. Pentadbiran PAS dilihat tidak kreatif untuk menjana pendapatan negeri.

Terbukti PAS Kedah GAGAL mentadbir Negeri Kedah dengan berkesan. Negeri Kedah yang kaya dengan kawasan hutan, yang boleh dieksploitasikan untuk pelancongan kini semakin terhakis akibat kerakusan regime PAS Kedah meluluskan lesen aktiviti pembalakan, hatta di kawasan yang telah pun diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal.

Rakyat Kedah WAJIB bangkit menjatuhkan PAS Kedah pada PRU-13 nanti kerana PAS Kedah bertindak zalim terhadap alam sekitar dan rakyat. Menjadi kewajipan kita untuk sama-sama mempertahankan bumi Kedah Darul Aman (Peace) daripada kezaliman regim Pas Kedah.

 KERAKUSAN PAS MENGGONDOL HUTAN SIMPAN

 LORI BALAK SEDANG MENGANGKUT BALAK BERSAIZ KECIL

 PAPAN TANDA HUTAN SIMPAN KEKAL BUKIT PERAK

 RAKYAT YANG HADIR MEMBUAT BANTAHAN

 SYARIKAT BALAK YANG MENDAPAT TENDER

 TEMPAT PENGUMPULAN BALAK

 TEMUBUAL DENGAN ABDULLAH BIN SHAARI

TEMURAMAH DENGAN KETUA PEMUDA UMNO KEDAH

JOM KALEH KEDAH!!!

Sunday 30 October 2011

KONTROVERSI DI KEDAH : RAKYAT KEDAH MENGAMUK TUNTUT TANAH DIPULANGKAN !!!

Ingatkah lagi... pendedahan I4TT bersama team Nadi Rakyat dan geng blogger lain pada 15/10/2011 yang lalu berkaitan 1 Cawangan PAS di Utara tanah air gulung tikar ???
Inilah puncanya... hehe...




Perhimpunan aman NGO GAGAH (Gabungan Generasi Hilang Tanah) di hadapan kilang Gula Padang Terap (GPT) bagi menuntut janji-janji Kerajaan Negeri PAS Kedah yang berjanji akan menyelesaikan masalah tanah mereka. Semasa kempen PRU-12 dahulu, PAS Padang Terap dan YB Nasir Zakaria telah berjanji akan menyelesaikan masalah tanah mereka jika PAS menjadi Kerajaan Negeri. Masalah tanah penduduk Padang Sanai sebenarnya sudah lama sejak zaman Barisan Nasional memerintah lagi selepas Kerajaan Negeri mewujudkan ladang tebu yang antara tujuannya adalah utk mengekang ancaman Komunis dahulu. Isu utamanya di sini adalah PAS telah berjanji dan memberi harapan palsu kepada penduduk yang kononnya mereka akan menyelesaikan masalah tanah mereka jika mereka dipilih menjadi Kerajaan Negeri. Bagi membuktikan janji yang dibuat, PAS menunjukkan Manifesto PAS Kedah pada PRU-12 yang antara lain berbunyi "PAS akan menyelesaikan masalah tanah rakyat Kedah". Kini apabila PAS sudah memerintah Kedah hampir 3 tahun lebih, langsung tiada usaha daripada PAS untuk menunaikan janji-janji yang mereka sendiri lafazkan. Akibatnya, penduduk-penduduk Padang Sanai, Daerah Padang Terap mula menuntut apa yang telah dijanjikan oleh PAS dahulu.  PAS Padang Terap cuba lepas tangan dengan spin isu menyalahkan Kerajaan BN sebagai punca masalah tersebut berlaku. Ramai ahli-ahli PAS di Padang Sanai yang marah dengan sikap PAS Padang Terap yang cuba lepas tangan hingga menyebabkan 35 orang ahli PAS daripada Cawangan Kampung Baru di Padang Sanai isytihar keluar PAS dan sertai UMNO termasuk juga bekas Ketua MKK Kampung tersebut serta Setiausaha MKK hingga menyebabkan Cawangan PAS di kampung tersebut lumpuh. Atas inisiatif Dato’ Syed Sobri ADUN Kuala Nerang merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, telah menubuhkan sebuah NGO yang digelar sebagai GAGAH yang terdiri daripada ahli-ahli UMNO dan ahli-ahli PAS di sekitar Padang Sanai bagi menuntut Kerajaan Negeri dan Syarikat Tradewind milik Tan Sri Mokhtar menyelesaikan masalah tanah mereka. Kemuncaknya, hari ini wakil-wakil daripada NGO GAGAH dan PERKASA Padang Terap telah menyerahkan memorandum bantahan kepada MB Kedah Azizan di Wisma Darul Aman seterusnya membuat perhimpunan aman di hadapan kilang Gula Pdg Terap (GPT) yang dihadiri oleh 1,000 orang lebih penduduk kampung di sekitar Padang Sanai pada pukul 2.30 petang. Walau bagaimana pun, perhimpunan terpaksa bersurai setelah diarahkan oleh pihak polis setelah ada pihak yang membuat laporan. Sungguh pun begitu penduduk Padang Sanai akan terus berjuang bagi menuntut janji-janji daripada Kerajaan Negeri PAS serta menuntut hak mereka dikembalikan semula. Wakil daripada PAS Padang Terap langsung tidak kelihatan. Ahli Parlimen Padang Terap YB Nasir Zakaria merangkap Ketua Pemuda PAS Padang Terap dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, lngsung tidak kelihatan.

 " Kembalikan Tanah Hak Kami ! "

 Kehadiran POLIS untuk meleraikan himpunan aman GAGAH

 " Kembalikan Tanah Hak Kami ! "

 Penduduk kampung berarak dalam himpunan aman GAGAH.

 Khemah Himpunan GAGAH

 Dato' Syed Sobri bersama wakil MCA

 " Kembalikan Tanah Hak Kami ! "

 " Janji wajib dikota,
kata perlu dilaksana
hak rakyat wajib dibela..... "

 " KEMBALIKAN HAK RAKYAT
TANAH WARISAN UNTUK GENERASI MASA DEPAN "

 Penduduk kampung

 " BUKTI !!!!! Penduduk kampung tidak berbohong !!!! "

 Penduduk penduduk kampung yang hadir tadi

 Antara penduduk yang terlibat

 Antara penduduk yang terlibat

 Tandatangan penduduk-penduduk yang ingin menuntut HAK mereka !

Wakil GAGAH memberi taklimat dan ucapan

Saturday 29 October 2011

LEMBU PUNYA SUSU SAPI DAPAT NAMA SUSU NENEN PON TAK NAK LEPAS !!!!

Barisan Nasional buat kerja tetapi Pakatan Rompak pula yang CLAIM CREDIT !!!


Printscreen di atas anda boleh baca DI SINI.


Menarik bukan? Kesemua 11,000 buah rumah yang disebut LGE ini bukan dibina oleh Pakatan Rompak tetapi telah dibina oleh Kerajaan Negeri semasa Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang. Selepas PRU-12 Pakatan Rompak telah mengambil alih Pulau Pinang tiada sebiji rumah rakyat pun dibina oleh Kerajaan Negeri sekarang iaitu Pakatan Rompak. Waima sebatang tiang pun tidak berjaya dicacak bagi pembinaan rumah rakyat. Wajarkah LGE ambil credit atas kerja Kerajaan Barisan Nasional. Kalau nak menipu rakyat pun agak-agak la LGE. Untuk pengetahuan pembaca, semasa pemerintahan Barisan Nasional di Pulau Pinang, sebanyak lebih 22,000 unit rumah mampu milik dibina melalui PDC. Lebih dari separuh adalah rumah kos rendah.




Printscreen di atas anda boleh baca DI SINI. Sememangnya Pakatan Rompak tidak pernah membina walau sebiji rumah rakyat pun di Pulau Pinang.


Ini dapat dibuktikan daripada laporan PDC. 




Sila rujuk laporan tahunan penuh PDC 2007 DI SINI bagi mengesahkan printscreen di atas. Halaman 18 Lampiran A.


Selepas Pakatan Rompak mengambil alih Pulau Pinang, mereka hanya carried forward pencapaian Barisan Nasional (Kerajaan Negeri sebelumnya). Sila rujuk laporan tahunan penuh PDC 2008 DI SINI halaman 15. Tiada didalam laporan tahunan PDC 2008 yang merekodkan atau melaporkan Pakatan Haram menjalankan projek pembinaan rumah rakyat.


Kerana ini lah Koh Tsu Koon berani mencabar LGE tetapi pencacai Pakatan Rompak ini telah pun berusaha sedaya upaya untuk spin kisah sebenar bagi menyembunyikan fakta dari pengetahuan rakyat umumnya. Saya ingin lihat LGE menyahut cabaran KTK ini..!




Anda nak tengok Penyata Kewangan Negeri Pulau Pinang..? Sila lihat carta di atas. Perbandingan hutang Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari tahun 2006, 2007, 2008, 2009 dan 2010. Pada pemerhatian pembaca, hutang Kerajaan Negeri Pulau Pinang merosot atau meningkat..?? Kan dah kantoi sini LGE. 


Nantikan CHAPTER 2... berapa pula jumlah duit yg lesap anggaran 120 - 150 juta dan kemana duit tu sudah lesap...????


Pssstttt... parking bertingkat di Bukit Bendera apa sudah jadi apek oiii... sudah tukar jadi gajah putih ka...??? harem tak bleh pakai... hahahaha...



Friday 28 October 2011

OPEN Letter for Marcus Lim !!!!

GAMBAR BUKAN HIASAN.. HEHE...

Dear Marcus Lim,

I'm writing this letter as a father of a teenage son of about your age. I'm writing this open letter to you so that you could have some broader perspective of the issues surrounding you and your family. I'm in no position to be certain if you are guilty or innocent of the accusations leveled against you i.e. the molest of a fellow student at the Heng Ee Chinese Secondary School in Penang. I would however give you the benefit of the doubt, based purely on the denial of your former school headmaster Goh Boon Poh that no such incident had taken place. I take it that you must be an innocent boy who is caught in a political web.

Marcus,

I'm sure you are old enough to understand simple logic, and differentiate facts from fiction. My observation of this damning issue from day one clearly points that you have been purposely dragged into this by none other than your father Lim Guan Eng, followed by his father and your grandfather Lim Kit Siang. Basically DAP and Pakatan Rakyat are using or rather abusing you for their political survival. 

Why am I saying so?

If I had been in your father's position on the first day when members of the Press asked Lim Guan Eng to respond to those 'wild allegations' against you, I would have set the record straight. I wouldn't have kept mum. I would have defended my son (knowing well that he is innocent and was merely a target of my political enemies - as your father said). I would have called for an immediate investigation by lodging reports to the police and the State Education Department. At the Press conference, I would have categorically denied that Marcus Lim is not a person of such character and I would have initiated immediate legal action against all those who were tarnishing your image and character in cyberspace.

As a father, I wouldn't have kept mum! But your dad, Lim Guan Eng, chose not to defend you. Don't you wonder WHY? Read below how your father deliberately dragged you into the mess.

Penang Chief Minister Lim Guan Eng has declined to answer allegations in pro-Umno blogs that a VVIP’s son was involved in a case of outraging the modesty of his female schoolmate. Lim, who is DAP national secretary-general, has challenged Umno instead to publish the allegations in “their newspapers”. “Let Umno publish the news first, then you will see what I will do,” said Lim during a press conference in Penang today. “What happens now is they make allegations, then I reply (baling batu, sembunyi tangan). Why should I reply to them every time?” he asked. Lim said he has better things to do then to reply to each and every allegation or speculation against him. Earlier, when contacted, Lim’s wife, Betty Chew, also declined to comment, saying, “Please ask CM about it”.

It is none other than your dad Lim Guan Eng who seems to have exploited the situation and your innocence, for his and the DAP's political survival. At least your mother Betty Chew could have come to your defense and explained the situation like any mother would have done, but being a politician herself your mother merely said "Please ask the CM about it".

RAHSIA SCORPENE MALAYSIA !!!!


Scorpene Malaysia: Apa Yang Kita Tak Tahu

Bila ditanya kepada rakan-rakan, dan setelah membaca blog-blog Pakatan Rakyat, rata-ratanya akan mengaitkan kapal selam kita dengan dua masalah;

1. Harga Kapal Selam Scorpene yang jauh lebih mahal dari belian negara lain.

2. Kapal Selam Scorpene tidak boleh melakukan selaman.

Pertama, mari kita rujuk kepada masalah pertama yang menghantui skandal kapal selam negara kita. Isu harganya. menurut info yang saya petik dari blog AMK Shah Alam, Malaysia telah membayar sebanyak 580 juta dollar (USD) manakala Chile hanya membayar 250 juta dollar (USD) dan India pula membayar 540 juta dollar (USD) untuk setiap Scorpene mereka. Dalam kes ini,, memang nyata pembelian kita paling mahal berbanding negara-negara lain yang membeli kapal selam jenis ini.

Apa yang tidak dinyatakan oleh blog AMK Shah Alam di atas ialah, pada 14 April 2010, Brazil telah menempah 4 buah kapal selam Scorpene dengan harga 8.8 billion dollar(USD) Ini menunjukkan Brazil membayar sejumlah 2200 juta dollar untuk setiap kapal selam mereka. Tidakkah hal ini menceritakan sesuatu buat kita semua?

Apa yang tidak dijelaskan oleh bloggers Pakatan, mengapa kita bayar pada harga tersebut,dan pihak kerajaan pula, tidak berjaya menyampaikan maklumat dengan baik kepada rakyat dengan bahasa mudah yang boleh difahami semua.

Perbezaan garis masa dan kuantiti belian.

Pada waktu ini, hanya 4 buah negara yang membuat belian Kapal Selam Scorpene ini. Negara tersebut ialah Chile, Malaysia, India dan Brazil.

Chile membeli dua buah kapal selam pada sekitar tahun 1998/99 dan harga belian mereka ialah 250 juta dollar.

Malaysia membeli dua buah kapal selam pada sekitar tahun 2003/04 dan harga belian kita ialah 580 juta dollar.

India membeli enam buah kapal selam sama pada sekitar tahun 2006, dan harga belian mereka ialah 540 juta dollar seunit.

Brazil pula membayar sebanyak 2200 juta dollar seunit untuk tempahan sebanyak 4 buah kapal selam tahun lepas.

Pihak Pakatan Rakyat tidak menjelaskan disebalik dakwaan mereka, perbezaan faktor-faktor seperti kadar tukaran wang asing pada waktu pembelian di buat, harga kos bahan mentah, jenis persenjataan dan lain-lain kos yang terlibat.

Kos pembelian kapal selam India juga meningkat kerana wujud kelewatan dan masalah di pihak Magazon Dock Limited. India dapat menjimatkan kos pembelian mereka melalui pembelian pukal (6 buah, maka kos tetapnya dapat disusutkan) dan mereka membina kapal selam tersebut di India (jimat kos pembuataan dengan memanfaatkan kos buruh rendah India)


Dari jadual harga besi terpakai, kita dapat lihat kenaikkan harga besi dunia. Pada Januari 2000, harga besi ialah 98 Euro per tan, dan kini ianya 317 Euro per tan pada September 2011. Ini harga besi skrap, terpakai dan kitar semula. bayangkan harga besi dan keluli baru yang diperlukan untuk membina sebuah kapal selam baru.

Pada waktu Chile dan Malaysia membuat tempahan kapal selam, perbezaan kos mentah (besi, keluli) telah meningkat lebih dari 100%. Jadi tidak menghairankan perbezaan harga di bayar oleh Malaysia dan Chile. Apa pula pe njelasan Pakatan Rakyat mengenai pembelian Brazil yang jauh lebih mahal.


Jadual di atas pula menunjukkan carta tukaran asing antara Ringgit Malaysia dengan Euro. Euro pada tahun negara menempah kapal selam jauh lebih tinggi berbanding dengan waktu tempahan di buat oleh Chile. India pula membuat pembelian kapal selam mereka pada 2010, pada waktu nilai matawang Euro sangat tinggi. Jadi, ternyata ada justifikasi dan penjelasan munasabah disebalik perbezaan harga.

Kedua, kapal selam Malaysia tidak boleh melakukan selaman. Perkara ini dengan nyata adalah satu salah faham, jika tidak, satu fitnah besar dari pihak yang cuba meraih undi dengan menabur prasangka negatif kepada rakyat.

Kapal selam tersebut telah melakukan selaman dan berjaya melakukan latihan. Bak memiliki kereta baru, kita tidak boleh memandu pada kapasiti maksimum sebaik saja baru keluar dari kedai. Begitu juga dengan kapal selam kita. Kapal selam, seperti mana-mana barang mekanikal lain, tidak boleh lari dari masalah-masalah yang teknikal dan mekanikal.

Sebagai contoh, pada 22 Oktober 2010, Kapal Selam HMS Astute milik United Kingdom terdampar di pesisir pantai dan mengalami kerosakan yang teruk. Ini adalah kapal salam penyerang nuklear tercanggih dan terbaru milik armada tentera United Kingdom dengan nilai 1.57 billion dollar (USD). Jadi, tentera laut United Kingdom pun tak terkecuali dari masalah, apatah lagi negara kita yang baru memiliki dua buah kapal selam sulungnya? Fikir-fikirkanlah.



Sekurang-kurangnya, ahli politik Britain cukup matang dan tidak pula mengadu domba mengenai kelemahan angkatan laut negara itu di mana-mana negara, baik jiran mahupun sekutu. Tindakan Nurul Izzah Anwar mendedahkan masalah teknikal kapal selam negara kepada Kompas, Indonesia tidak wajar sama sekali, walaupun ujar beliau sekadar memetik kata-kata Menteri Pertahanan Malaysia di dalam Dewan Rakyat. Jika beliau berakal, dan sensitif kepada isu ini, beliau tidak perlu membuat sebarang penjelasan dan penerangan akan keadaan tentera kita kepada media luar.

Walaupun sedemikian kajian saya, saya sangat mengharap jawapan mengenai tuduhan rasuah berkaitan pembelian kapal selam negara ini terjawab dan dapat jalan penyelesaian yang munasabah. Memandangkan integriti mahkamah negara telah dihancurkan oleh tomahan dan tindakan pelbagai pihak, saya berharap Mahkamah Perancis dapat memberikan jawapan apabila kes rasuah tersebut dibicarakan dan diputuskan oleh mereka.


Wednesday 26 October 2011

LAGI PEMIMPIN ISLAM SEJATI GUGUR !!! AL-FATIHAH !!!




Penduduk Libya yang tidak tahu erti kesyukuran..




Semasa hayatnya Mua'ammar Ghadafi...

Rakyatnya merasai pelbagai nikmat...

Seperti pendidikan percuma, rawatan percuma dan macam-macam lagi yang percuma dan subsidi untuk pelbagai...

Kerana hasutan setan-setan yang ingin menjatuhkan negara Islam...

Sanggup mereka (rakyat) bersubahat untuk menumbangkan sebuah empayar Islam tersohor...

Lumrah manusia, bila sudah terhantuk barulah hendak tergadah..

Bila saat rakyat Libya sedari kesilapan mereka...

Semuanya sudah terlambat....

Berapa ramai lagi pemimpin Islam yang akan dibunuh oleh puak-puak setan yang gilakan hasil minyak negara Islam ni???

Berapa ramai lagi founder OIC yang mereka akan bunuh????

Masya'allah....

Sebagai rakyat Malaysia..

Kita sepatutnya bersatu pertahankan agama, bangsa dan tanahair...

Perpecahan tidak akan membawa kebaikan...

Harap rakyat Malaysia sedar sebelum semunya menjadi lewat...

Wallahualam...

Al-Fatihah buat pemimpin Islam sejati ini... Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah....

Sunday 23 October 2011

HASSAN ALI SEBAK !!!



Hassan Ali sebak ketika membacakan doa penutup HIMPUNAN SEJUTA UMAT - SELAMATKAN AKIDAH UMAT pada 22/10/2011.

BUKIT KEPONG DALAM KENANGAN !!!




Mereka yang gugur dalam pertempuran

Anggota Polis

Sarjan 2493 Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
Koperal 7068 Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
Lans Koperal 7168 Jidin Omar
Konstabel 9136 Hassan Osman
Konstabel 3933 Hamzah Ahmad
Konstabel 8600 Jaafar Hassan
Konstabel 7493 Muhamad Jaafar
Konstabel 5674 Abu Mohd Ali
Konstabel 7862 Abu Kadir Jusoh
Konstabel Marin 60 Ibrahim Adam
Konstabel Marin 68 Awang Ali
Konstabel Marin 181 Basiron Adam
Konstabel Tambahan 3475 Mohd Top Lazim
Konstabel Tambahan 3795 Jaafar Arshad

Polis Bantuan

Ins. Kudarina Naknok
AP 2130 Samad Yatim
AP Mahmood Saat
AP 1925 Ali Akop
AP 2127 Othman Yahya

Keluarga Anggota

Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabel Abu Mohd Ali

Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis

AP Redzuan Alias
Embong Lazim
Mendiang Koh Ah Cheng


Al-Fatihah....

BERMULANYA 1 JIHAD !!!


Berkahir petang tadi HIMPUNAN SEJUTA UMAT - SELAMATKAN AKIDAH UMAT !!

Menandakan bermulanya satu jihad memerangi MURTAD !!! Walaupun pada hemat saya, HIMPUN tidak memenuhi sasaran yang dikehendaki tetapi Majlis HIMPUN telah berjaya dengan penuh keberkatan. Di musim tengkujuh berjalannya HIMPUN namun dengan kehendak Allah segalanya berjalan baik dan lancar. Dapat kita lihat yang hadir hari ini telah datang atas tiket individu dan tak kurangnya yang datang atas tiket NGO seperti PERKASA. Diharapkan semoga majlis HIMPUN ini dapat diadakan lagi. Antara respon yang diterima dari yang hadir amat positive. Manakala respond dari yang tidak dapat menghadirkan diri adalah kerana kekangan masa dan jarak. Mungkin di lain kali pihak penganjur dapat mengadakan HIMPUN di hari cuti umum. Antara komen dan cadangan survey yang saya dapati dari laman social Facebook.

Tahniah buat penganjur Majlis Himpunan Sejuta Umat dan juga tahniah kepada hadirin yang telah menjayakan HIMPUN. Semoga usaha murni ini akan berterusan dan tidak berakhir sepertimana berakhirnya Majlis HIMPUN ini. Biarlah berakhirnya Majlis HIMPUN menandakan permulaan bagi satu usaha JIHAD memerangi MURTAD. 

Pssstttt... terima kasih Dato' Dr. Hassan Ali. Semoga Allah merahmati anda...

KENA BATANG HIDUNG SENDIRI SUDEH !!!!


Kecoh kedengaran kebelakangan ini tentang kisah seorang remaja bernama Marcus yang dikatakan anak kepada Lim Guan Eng yang meRABA rakan sekelas. Harap LGE tidak pula nak nafikan anak sendiri. Selain itu, kecoh juga kedengaran punca anaknya itu bertukar sekolah. Pelbagai spekulasi yang menular sekarang ini. Manakala pihak yang berkaitan tidak pula menafikan perihal meRABA ini sebaliknya hanya menafikan gambar remaja perempuan sahaja yang mana digunakan sebagai hiasan article. 


Tapi, ape sekalipun bukan lah isu meRABA yang ingin saya keutarakan didalam entri saya kali ini. Tetapi yang ingin saya rungkai disini adalah berkaitan article dari Lim Guan Eng sendiri yang bertajuk " Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil Should Be Pro-Active And Courageous In Upholding The Child Act 2001 And United Nations Convention of the Rights of the Child To Ensure Them A Safe Physical, Emotion And Mental Environment ".


Jelas LGE hanya concern pada TWEET Khairy Jamaluddin kerana ianya dibangkitkan di dalam article LGE ini. 




Terus terang saya katakan, saya tak mengikuti sangat kes meRABA ni. Tapi bila saya baca article LGE ini ada la sikit rasa kelakar. Di dalam tweet KJ tidak menyatakan nama sesiapa dan amat pelik bila LGE pula yang terasa dengan tweet ini. Makan cili ka...??? hehehe...


Tapi bukan ini juga yang membuatkan saya ingin menulis berkaitan isu ini. Saya tertarik untuk mengulas berkaitan tajuk article LGE ini. Selama ini tak pernah pula LGE concern tentang akta kanak-kanak ini. Tetapi, bila dah terkena kat batang hidung sendiri barulah sibuk-sibuk pula buka akta kanak-kanak. Tidak kah ini bersifat penting diri sendiri. Walau pun rakyat sememangnya tahu DAP adalah bersifat penting diri, tak perlu la obvious sangat. Kan dah kantoi macam ni. 


Pada pendapat saya, dari dia sibuk cari akta kanak-kanak ni baik dia sibuk buktikan bahawa anak dia tidak bersalah dan buktikan yang mana satu betul berkaitan pertukaran sekolah anak dia kerana saya juga confius dengan alasan pertukaran sekolah anak dia. Rasanya, akta kanak-kanak ini fully carried in order dalam perlaksanaan nya. Lihat lah kes-kes sebelum ini. Tak kan akta kanak-kanak pula yang nak dipolitikkan. Sudah kehabisan ideakah DAP dalam berpolitik ???


Didalam article LGE ini, Dato' Sri Shahrizat dikecam dalam implementation akta ini. KJ juga dikecam berkaitan tweetnya kepada Papa Gomo. Janganlah kerana sudah terkena batang hidung sendiri maka meroyan salah kan orang lain. KJ tidak pula sebut nama LGE atau sesape saja malah tidak juga sebut kisah meRABA atau paling hangat disebut "Breast 200K". 


Jalan terbaik yang saya lihat adalah seperti saranan dan cadangan dari YAB TPM Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin. Buat sahaja laporan Polis. Kan lagi afdal dan mudah. Biar pihak polis lakukan siasatan dan jangan lepaskan sesiapa sahaja yang bersalah tidak kiralah walau kategori Juvana sekali pon. Heret sahaja ke muka pengadilan. Blogger-blogger tidak termakan dengan penafian kosong tanpa bukti. LGE buatlah laporan polis biar segalanya disiasat. Harapnya tak ada pula lah bende baru yang discover bila berlaku siasatan lanjut. Menarik tu. Hahaha...


Pssstttt.... Kalau tahu takutkan ombak, Jangan berumah di tepi pantai.. Kalau takut kain diselak, Jangan la msuk kancah politik oii.. makan cili ka..? pedas ka..? batang hidung terhantuk ka..? sakit ka..? hahahaha...

Saturday 22 October 2011

SETANDAN PISANG ROSAK BELUM TENTU SEMUA BUSUK !!!!



TAHNIAH DATUK DR. HASSAN ALI YANG MENYOKONG HIMPUN !!! TURUT BERSAMA MUFTI PERAK TAN SRI DR HARUSSANI ZAKARIA !!!

PERSONALLY.. SAYA TABIK DATUK DR. HASSAN ALI !!!! BIARPUN BERSENDIRIAN BELIAU TETAP HADIR..!!!

Pssstttt... mana Anwar, Hadi, Nik Aziz, Wan Azizah dan pemimpin pembangkang yang beragama Islam ????

HIMPUN !!! LIVE !!! (4)

MELAYU SEPAKAT
ISLAM BERDAULAT !!!!



PENUH SEMANGAT !!!


SAHABAT-SAHABAT WARTAWAN DAN BLOGGER YANG SEDANG MEMBUAT LIPUTAN. TAHNIAH GANG !!!

HIMPUN !!! LIVE !!! (3)

PERKASA BERSAMA HIMPUN !!!!



JANGAN GUGAT KEDUDUKAN ISLAM !!!

MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT !!!

SIAPA BERTANGGUNGJAWAB KRISTIANKAN MELAYU ???


Dalam pada semua umat Islam sibuk berHIMPUN di HIMPUNAN SEJUTA UMAT - SELAMATKAN AKIDAH di Shah Alam, ada pulak pihak yang mengedarkan risalah Christianity. Agak-agak la kalau phsyco orang pon. Tujuan dan matlamat HIMPUN adalah membanteras Murtad.. Ada jugak jenis x paham bahasa... Tuihhh Sialll Laaa....!!!!!

HIMPUN !!! LIVE !!! (2)


PERSEMBAHAN MENGALUKAN KEDATANGAN !!


ANAK MUDA SAYANGKAN AGAMA ISLAM !!


TEAM HAFIZ AL-QURAN DI SEAT ATAS (JUBAH PUTIH)


SEKITAR STADIUM !!!

ALHAMDULILLAH.. SYUKUR PADAMU YA ALLAH !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??