Tuesday, 28 August 2012

CALON CALON YANG AKAN DIHUDUDKAN DI KEDAH !!!


Kiri kanan, depan dan belakang... Hudud masih diperkatakan.

Selepas PRU-12, Kedah ditawan oleh PAS yang kini sedang ligat membangunkan industry kelab malam hiburan dengan hidangan "chinadoll" di atas podium !!!

Namun, dimana Hudud PAS Kedah ???

Menggigit selimut hospital lah jawabnya Pak Jijan serba tak tahu andai ditanya pasal perlaksanaan Hudud di Kedah sekarang ni.

Sejurus selepas memenangi Negeri Kedah dalam pilihanraya 2008, Bernama (9 Mac 2008) melaporkan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merancang untuk melaksanakan Hudud di Kedah. 

Katanya, ia adalah di bawah kuasa kerajaan Negeri Kedah. 

Namun, tiada susulan dari mana-mana pemimpin PAS berkenaan perlaksanaan hudud di Kedah selepas laporan tersebut. 

Hanya setelah hampir sepenggal, hudud di Kedah diperkatakan semula melalui laporan kenyataan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak, di Sinar Harian (5 July 2012) bahawa beliau menyerahkan keputusan perlaksanaan hukum hudud kepada PAS Pusat. 

Ini berikutan perlantikan Jawatankuasa Pemandu oleh PAS Pusat, bagi memantau pentadbiran PAS Kedah. 

Sekiranya PAS Kedah ingin melaksanakan hudud, ia bukanlah sesuatu yang sukar kerana hanya terdapat 3 orang exco bukan Islam di dalam pentadbiran PAS kedah, dan hanya seorang dari mereka adalah dari parti DAP yang kuat menentang hudud. 

Jelas, PAS Kedah seperti juga PAS Pusat, tidak pernah merancang untuk melaksanakan hudud. 

Sebaliknya, hudud hanyalah impian penyokong-penyokong PAS yang dungu dan mainan politik pemimpin-pemimpin PAS yang licik. 

Mengikut sejarah, apabila PAS memenangi Terengganu, parti tersebut pernah membentangkan hudud tetapi telah ditolak oleh kerajaan pusat kerana terdapat berbelas-belas enakmen yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Antaranya, dibolehkan meliwat isteri, orang bukan Islam boleh dilantik sebagai hakim dalam undang-undang hudud dan juga perkara berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina iaitu sekiranya salah seorang saksi menarik diri, maka tiga lagi saksi boleh dihukum.

Perkara ini didedahkan oleh Dato’ Zulkifli Nordin di dalam Sidang Dewan Rakyat pada tahun 2011. 

Lebih menarik lagi apabila Dato’ Zulkifli juga menyebut tentang desas-desus yang didengarinya iaitu kesilapan atau percanggahan dengan ajaran Islam di dalam hudud yang dibentang PAS pada ketika itu adalah disengajakan. 

Ini bertujuan untuk memastikan Tun Dr. Mahathir, pada ketika itu Perdana Menteri agar menolaknya, sekali gus mencipta peluang untuk PAS menuduh beliau dan UMNO sebagai menolak hudud. 

Jika ini benar, nampaknya PAS bukan sahaja licik, tetapi busuk hati. 

Nasib baik juga PAS Kedah tidak memilih untuk bertindak licik seperti Terengganu dengan membentangkan enakmen hudud yang lemah dan bercanggah dengan Islam semata-mata untuk memburukkan kerajaan pusat. 

Sebaliknya, PAS Kedah tidak berminat untuk turut bermain wayang hudud bersama dengan PAS Pusat, dan lebih berminat untuk menambah pusat-pusat hiburan di sekitar bandaraya Alor Setar.


PAS TIDAK MAMPU NAK MENYANGKAL WALAU SEEKOR OKU !!!


Nampaknya irama Hudud kini menjadi tempat dalam setiap bualan panas politik negara.

Tetapi, pelik juga kerana irama Hudud tidak disiulkan dalam lagu selepas setiap pilihanraya umum berakhir mencanangkan keputusannya.

Irama hudud bukan lagi menjadi nyanyian PAS mahupun UMNO, malah kini turut dinyanyikan oleh DAP dan bangsa-bangsa lain selain yang berkaitan dengan Melayu dan juga Islam.

Walaupun pendirian DAP mengenai hudud adalah tetap iaitu menentangnya, tetapi parti tersebut nampaknya sudah malas melayan salakan PAS yang ingin melaksanakannya. 

Sebaliknya, hanya Karpal Singh seorang yang masih bersemangat menyergah PAS.

Malah, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng secara ‘rasminya’ meletakkan isu tersebut di atas bahu Karpal seorang dengan menyatakan yang DAP tiada hak untuk menjawab mengenai prosiding mahkamah terhadap Nasharuddin, ahli Majlis Syura PAS mengenai isu hudud. 

Mungkinkah akhirnya DAP menyedari bahawa mereka juga perlukan PAS untuk merealisasikan impian ke Putrajaya ??? 

Justeru, mereka mengambil jalan selamat dengan menghantar seorang saja ‘pejuang’ (Karpal Singh) untuk menghadapi beribu-ribu ekor anjing (akar umbi PAS). 

Ini lebih baik dari terpaksa berkelahi dengan anjing-anjing suruhan dan memalukan diri sendiri di depan musuh. 

DAP pastinya telah mencongak-congak akibat jika ‘pejuang’ yang seorang itu terkorban dibaham anjing-anjing dan apa yang mereka jangkakan ialah ia bukan merupakan satu kerugian yang besar. 

Namun begitu, DAP lebih yakin yang anjing-anjing tersebut tidak akan membaham sesiapa tetapi hanya akan terus menyalak-nyalak bising sekadar untuk menarik perhatian media dan pengundi. 

Walaubagaimanapun, di kalangan pengundi Cina, mereka masih lagi ragu-ragu akan strategi menghantar Karpal Singh seorang menghadapi tekanan akar-umbi dan segelintir pemimpin PAS. 

Tindakan Guan Eng, Kit Siang dan pemimpin-pemimpin DAP yang lain yang berdiam diri dikhuatiri akan memakan diri. 

Kaum Cina tidak lupa akan pesanan orang lama bahawa jangan sekali-kali memandang rendah akan kebolehan orang Melayu berpolitik, termasuklah Melayu PAS. 

Selain itu, sikap Guan Eng yang angkuh dan sombong membuka ruang kepada kesilapan dalam menyusun strategi dan isu hudud ini kemungkinan besar adalah kesilapan yang masih tidak disedarinya. 

Kaum Cina ingin melihat DAP yang tegas dan lantang serta berada lebih tinggi dari PAS. 

Sokongan kaum Cina yang cenderung kepada DAP akhir-akhir ini adalah kerana mereka percaya yang DAP sentiasa menguasai PAS dari belakang. 

Dengan sikap pasif DAP mengenai hudud akhir-akhir ini menyebabkan ramai yang tertanya-tanya, ‘apa sudah jadi?’

Benar, ia mungkin hanya strategi politik untuk mengelak pertelagahan secara terbuka di antara parti-parti sekutu Pakatan Rakyat. 

Tetapi, selama ini pun DAP sering berbalah dengan PAS mengenai isu hudud secara terbuka. 

Justeru, kenapa hanya akhir-akhir ini, DAP perlu berselindung dalam menyanggah PAS ??? 

Kenapa tidak lagi lantang dan garang seperti biasa ??? 

DAP dihormati kerana keterbukaan dan kelantangan dalam memperkatakan prinsip serta tidak perlu dan tidak akan tunduk atau berselindung dari sesiapa.

Apakah PAS telah berjaya mentarbiah DAP ??? 

Inilah yang menjadi topik perbualan di kalangan kaum Cina hari ini. 

Hudud tiada dalam Buku Jingga kerana ia telah dipersetujui secara bersama bahawa ia tidak akan dilaksanakan di bawah pemerintahan PR. 

Oleh itu, kaum Cina melihat adalah tidak menjadi kesalahan malah merupakan kewajiban bagi DAP untuk mempersoal atau menyanggah sesiapa sahaja yang menyatakan sebaliknya. 

Jelas, menyanggah PAS secara berselindung tidak membawa kebaikan apa-apa kepada DAP. 

Sebaliknya, ia mampu menggoyahkan kepercayaan kaum Cina ke atas kewibawaan parti itu. 

Di pihak PAS pula, menyerang Karpal seorang tidak akan memulihkan keyakinan kaum Melayu kepada parti itu kerana prinsip Karpal menolak hudud adalah juga prinsip DAP yang mana ia tidak pernah berubah, tegas dan kekal. 

PAS perlu dilihat menentang DAP secara keseluruhan, secara berani, terbuka, tegas dan lantang atas nama Allah S.W.T., jika benar ikhlas ingin melaksanakan hudud. 

Pemimpin PAS nampaknya gagal menilai kesan dari mengajak Karpal Singh bersilat seorang diri. 

Imej PAS sebenarnya akan lebih buruk jika masih tidak berjaya memperjuangkan hudud walaupun hanya berhadapan dengan Karpal Singh seorang dan bukannya seluruh parti DAP. 

Bayangkan, bagaimana PAS mampu menghadapi pengundi Melayu jika DAP menang dalam mempertahankan prinsip mereka walaupun hanya menghantar seorang pejuang - OKU pulak tu…?!!

Monday, 27 August 2012

ANDAI ARWAH TUN GHAFAR BABA BOLEH BANGKIT DARI KUBUR PASTI MAT SABU DAH KENA CEKIK !!!


Ahli keluarga Allahyarham Tun Ghafar Baba menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berhubung dakwaan mengatakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan menyertai Pas sekiranya masih hidup, sama seperti anaknya Tamrin.

Menantu Allahyarham Tun Ghafar yang juga Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah berkata, beliau dan keluarga cukup sedih dengan kenyataan itu dan menganggapnya sebagai tidak bertanggungjawab.

“Saya mewakili keluarga sedih dengan kenyataan dibuat Timbalan Presiden Pas itu dalam ceramahnya pada Ramadan lalu. Kita mahu beliau menarik balik kenyataan yang telah mengguris hati kami semua.

“Saya yakin, sekiranya Tun Ghafar masih hidup, beliau tidak akan sama sekali menyertai perjuangan Pas yang tidak relevan dan tidak menguntungkan perjuangan bangsa,” katanya kepada media di sini, semalam.

Kenyataan itu didakwa dikeluarkan oleh Mat Sabu ketika menyampaikan satu ceramah di Bukit Katil, Melaka pada 12 Ogos lalu, dan kandungan ceramah itu turut disiar di laman blog bertajuk, 'Jika Tun Ghafar umur panjang, dia pun masuk Pas'.

Isteri kepada Ahmad Hamzah yang juga anak kepada Tun Ghafar, Datin Zainon Ghafar turut menafikan dakwaan Timbalan Presiden Pas itu yang kononnya ada melakukan lawatan ke rumah bapanya ketika pemimpin itu sedang sakit teruk.

Sementara itu, ketika ditanya tentang kemasukan Tamrin ke dalam Pas, Zainon berkata, mereka sekeluarga tidak nampak apa yang menyebabkan abangnya itu berbuat demikian.

“Saya rasa lebih baik tanya tuan punya diri sendiri.Hanya dia dengan ALLAH sahaja tahu tujuan sebenar,” katanya.

-KL Pos -


SAHIH !!! KEMATIAN ALTANTUYA TIADA KAITAN DENGAN NAJIB !!! RM50 RIBU PUNCA DIBUNUH ?!!


Watak penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam (Balasubramaniam Perumal) pastinya masih ramai yang mengingatinya berikutan peranannya sebagai saksi dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu serta pernah mempunyai kaitan langsung dengan Abdul Razak Baginda.

Selain itu dia juga dikenali ramai kerana dua kenyataan bersumpahnya yang berubah-ubah dengan pelbagai fakta yang bercelaru tapi sedikit sebanyak masih dapat dimanfaatkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk tujuan menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Razak Baginda yang bersedap-sedap termasuklah menampung kehidupan Altantuya sejak mengenalinya pada 2004, orang lain pula yang terkena getah nangkanya.

Sesuatu yang perlu kita pegang erat dalam ingatan kita, pada 10 Oktober 2006 sehari selepas tiba di Malaysia, Altantuya telah meminta bantuan P.Balasubramaniam untuk membantunya menemui Razak Baginda.

Sebelumnya, beberapa ketika sebelum Altantuya tiba di Malaysia, Razak Baginda dilaporkan telah mengamanahkan sejumlah wang RM50,000 kepada Bala untuk diserahkan kepada Altantuya bagi tujuan untuk rawatan anaknya yang berada di Mongolia.

Persoalan sekarang di manakah wang RM50,000 tersebut yang sepatutnya diserahkan kepada Altantuya ??? 

Apakah Bala telah dengan sengaja menggelapkan wang tersebut untuk kepentingan dirinya ???

Mengikut sumber-sumber, seandainya wang RM50,000 tersebut sampai pada tangan Altantuya dengan selamat, berkemungkinan kematian Altantuya yang tragis itu tidak akan berlaku.

Sekiranya Altantuya telah menerima wang tersebut tentunya dia tidak akan tergesa-gesa datang ke rumah Razak Baginda dan membuat kecoh sebaliknya terus pulang ke Mongolia.

Tapi disebabkan sikap tidak amanah yang ada pada Bala, timbullah kekecohan selepas kedatangan Altantuya ke rumah Razak Baginda. 

Rentetan dari situ menyebabkan berlakunya salah faham komunikasi antara Razak dengan dua anggota polis yang dipercayai membawa kepada berlakunya pembunuhan tersebut.

Jadinya, tidaklah salah untuk kita nyatakan, disebalik peristiwa tragis yang pernah dijadikan isu politik oleh Anwar dan sekutunya sebelum ini, P.Balasubramaniam telah menyebabkan Altantuya mati terbunuh !!!


NURUL IZZAH MALU KENA HAMBAT DENGAN RAJA NONG CHIK !!!


Sebelum ini kita pernah dikhabarkan yang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah berura-ura untuk lari dari kampung halaman untuk mencuba nasib di Parlimen Nibong Tebal bagi menyelamatkan karier politik peribadi setelah mengetahui cengkaman pengaruhnya di Permatang Pauh saban waktu semakin merosot.

Pun demikian apabila menyedari hasratnya itu sudah terdedah pada umum, mahu tidak mahu untuk mengelak malu dan polemik yang berpanjangan, terpaksa digagahkan jua kakinya untuk terus bertahan di Permatang Pauh sekalipun tahu hujung hayat politiknya dalam PRU 13 mungkin bakal ternoktah di sana.

Rupanya bukan Anwar sahaja yang mengalami sindrom ketakutan untuk menerima penolakan rakyat kerana ia turut menjangkiti anak sulungnya, Nurul Izzah yang sekarang ini adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR.

Perkembangan terbaru yang diperolehi dari sumber-sumber PKR menyebut, Nurul Izzah sudah pasti akan lari meninggalkan Parlimen Lembah Pantai setelah tidak tahan menerima asakan dari Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang kian melebarkan pengaruhnya di sana.

Nurul Izzah sedar kehadirannya di Lembah Pantai langsung tidak memberi impak positif kepada penduduk dan pengundi di sana, apatah lagi selepas beberapa kajian yang dilakukan oleh jentera PKR turut mengesahkan senario semasa tidak lagi memihak kepada PKR.

Hasil kajian-kajian itu turut menjangkakan peluang PKR di Lembah Pantai bukan sahaja terlampau malap malah kemenangan pastinya condong kepada BN dengan kelebihan sekitar 2,000 undi.

Sementelah lagi sudah sekian ramai hulubalang dan orang kanannya di kawasan parlimen itu telah beramai-ramai terjun dari kapal mencari perlindungan di bahtera BN, nampak gayanya terpaksa juga Nurul Izzah mengorak langkah mencari kawasan baru yang difikirkannya masih putih untuk menerimanya.

Mengikut maklumat tersebut lagi, kawasan parlimen baru yang bakal ditandingi oleh Nurul Izzah ialah Titiwangsa yang sebelum ini dikuasai oleh calon PAS, Allahyarham Dr. Lo'Lo yang memenangi parlimen tersebut dengan majoriti 1,972 undi.

Sebagai ganti peralihan kerusi tersebut, PKR akan menyerahkan kerusinya di Parlimen Wangsa Maju untuk ditandingi oleh calon PAS. 

Pada PRU 2008, Parlimen Wangsa Maju dimenangi calon PKR, Wee Choo Keong selepas menewaskan penyandang asal dari BN dengan majoriti 150 undi. 

Wee, bagaimanapun meninggalkan PKR pada Mei 2010 dan kekal sebagai wakil rakyat Bebas sehingga sekarang.

Nurul Izzah mungkin berasa lega kerana merasakan sudah ketemu kawasan yang dikiranya selamat, tapi dengan senario hari ini yang makin memihak kepada BN dan gelombang penolakan rakyat terhadap pembangkang semakin kuat melanda negara, angan-angan Nurul Izzah untuk sekali lagi menjadi 'yang berhormat' nampaknya masih terlalu jauh dari jangkauan.


LIM GUAN ENG EDAR ALBUM GAMBARNYA DAN KELUARGA KEPADA RAKYAT PENANG !!! DUIT RAKYAT ?!! APA KEJADAHNYA !!!


ALAHAI! 


Belum reda lagi sebenarnya kekecohan dalam kalangan media Pulau Pinang berhubung gelagat Ketua Menteri, Lim Guan Eng dengan penyiaran 51 gambarnya - walaupun muka suratnya hanya 28 helaian pada keluaran Buletin Mutiara Mei lepas.

Gara-gara 'kerenah' sedemikian rupa, 'pasukan' Buletin Mutiara telah bertindak dengan 'efisien' mengurangkan gambar pemimpin mereka itu, dengan hanya menyiarkan 28 gambar sahaja dalam 28 muka surat pada keluaran Julai lepas. 

Tetapi agak kelakar bunyinya kerana masih tidak nampak pun sebarang perbezaan ketara kerana Guan Eng masih menonjol dalam buletin itu.

Barangkali, selepas mendapat tekanan serta kritikan hebat daripada media di negeri itu, Guan Eng seperti biasa mengambil jalan selamat dengan menyalahkan pasukan buletin tersebut sebagai 'tersilap secara teknikal'

Akibatnya, Pengarah Komunikasi Kerajaan Negeri, Yap Lee Ying segera memohon maaf melalui satu kenyataan media baru-baru ini dengan menyatakan, penyiaran 51 gambar Guan Eng merupakan kesilapan teknikal dan tidak akan berulang.

Kesilapan teknikal kali ini turut 'diperbetulkan' dengan kehadiran isteri Ketua Menteri, Betty Chew yang kelihatan 'agak anggun' pada keluaran buletin tiga bahasa tersebut. 

Jika sebelum ini, Betty hanya gemar mengenakan seluar 'slack' dan pakaian pendek yang kelihatan seperti wanita bekerjaya, kini dia tampil mengenakan busana, gaun beserta aksesori. 

Beberapa gambar Betty turut dimuatkan dalam Buletin Mutiara walaupun sebelum ini hanya gambar-gambar suaminya sahaja mendominasi buletin itu. 

Akhbar-akhbar berbahasa Cina mendakwa penampilan Betty kini kelihatan lebih bergaya.

Betty dikatakan kini lebih gemar menghabiskan masa menemani suaminya ke majlis-majlis penting serta berprofil tinggi di Pulau Pinang. 

Bagaimanapun dia masih ADUN Kota Laksamana di Melaka. 

Walhal, kalau nak diikutkan, rakyat Melakalah yang lebih memerlukannya berbanding Pulau Pinang. 

Tetapi ada pula masa dihabiskan di Pulau Pinang termasuk menghadiri pertunjukkan fesyen baru-baru ini. 

Media turut melaporkan Betty mengambil bahagian dengan memperagakan beberapa pakaian di Tanjong Tokong beberapa minggu lepas.

Buletin Mutiara didakwa dikeluarkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dengan peruntukan RM300,000 setiap dua bulan. 

Cuma, rakyat atau umum hendak tahu juga adakan duit peruntukan tersebut dikeluarkan daripada dana DAP. 

Ataupun menggunakan Wang Rakyat negeri itu hasil dari cukai yang dikutip ??? 

Sungguh tidak adil andainya wang tersebut milik rakyat kerana jelas sekali Buletin Mutiara memainkan peranan penting dalam menyebarkan propaganda DAP dan keluarga dinasti Lim kerana hanya mereka yang lebih menonjol.

Satu ketika, Buletin Mutiara ini akan diedarkan sendiri oleh DAP pada program-program kerajaan negeri. 

Pada masa sama ia diletakkan di sekitar masjid, pusat beli belah dan kawasan-kawasan tarikan pelancongan. 

Namun, kini mereka lebih 'hebat' apabila melantik syarikat tertentu untuk mengedarkan buletin tersebut rumah ke rumah.

Mengapa sampai begitu sekali ??? 

Mengapa menyajikan propaganda DAP kepada rakyat Pulau Pinang dengan begitu agresif ??? 

Adakah kerana buletin itu tidak mendapat sambutan dalam kalangan rakyatnya ??? 

Mungkin juga kerana rakyat sudah mula sedar tembelangnya.

Baru-baru ini terdapat kecaman daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang kerana menggunakan buletin itu sebagai platform untuk menghentam kerajaan.

Ketua Wanita MCA Pulau Pinang, Tan Cheng Liang berkata, buletin tersebut hanya digunakan sebagai media untuk memberitahu rakyat di negeri itu terhada aktiviti selain dasar dan polisi kerajaan negeri.

"Andainya pakatan pembangkang mahu berbicara tentang politik atau membuat kecaman kepada mana-mana ahli politik kerajaan Persekutuan, mereka harus menggunakan medium yang sesuai. Gunalah duit sendiri untuk keluarkan akhbar propaganda. Tetapi bukannya menggunakan wang rakyat" tegasnya.

- Utusan -


ANWAR TUNJAL KEPALA HOTAK PAS - DAP KETAWA SAKAN !!! HUDUD BUKAN AGENDA UTAMA !!!



Lakonan PAS, DAP dan PKR mengenai hudud semakin memualkan. 

Dah rasa macam esok hari membuang undi !!! 

Sekaligus membuktikan kehebatan Anwar meneggelamkan Tok Gundu Nik Ajis dan membuktikan juga bahawa PAS hanyalah melukut ditepian gantang.

Tak ubah seperti hanjing belaan PKR dan DAP !!!

Tidak ada apa di dalam lakonan ini selain dari skrip berbelit yang bermain dengan kata-kata. 


Sedangkan, umum sedia maklum bahawa hudud tetap tidak akan dilaksanakan sekiranya PR memerintah biar apapun perkataan yang PAS gunakan untuk menunjukkan kesungguhan mereka ingin melaksanakannya. 

Walaupun PAS cuba mengheret UMNO dalam kemelut hudud antara mereka dengan DAP, tetapi akhirnya PAS terpaksa juga berhadapan dengan DAP apabila DAP berterusan menempelak PAS yang mungkir janji untuk tidak lagi menyebut tentang hudud. 

Apapun, kata putus mengenai hudud pastinya terletak di tangan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai ‘bakal’ Perdana Menteri atau Presiden sekiranya PR memenangi PRU kali ini.


Hari ini, Ketua Pembangkang itu telah pun menegaskan bahawa hudud tiada dalam Buku Jingga iaitu dokumen dasar serta program jangka panjang PR sekiranya mereka memerintah negara nanti. 

Alasan Anwar lagi, hudud tidak akan dilaksanakan selagi tidak mendapat persetujuan DAP. 

Apa yang kita tahu ialah DAP tidak akan sekali-kali bersetuju dan sanggup mati dari membiarkan hudud dilaksanakan, manakala PAS pula sanggup merelakan apa saja asalkan dapat sehidup semati dengan DAP. 

Maka, kesimpulannya, hudud tidak akan sekali-kali dilaksanakan sekiranya PR memerintah. 

Noktah !!!

Justeru, eloklah Nasaruddin, Nik Abduh, Hadi Awang, Nik Aziz dan semua pemimpin dan penyokong PAS meletakkan senjata hudud mereka segera. 

Tak perlulah dibazirkan air-liur dan tak perlulah menghabiskan masa berdebat di dalam laman-laman sosial. 

Kata putus sudah pun nyata, hentikanlah lakonan yang sia-sia. 

Drama yang meleret-leret amatlah menjengkelkan dan tidak mustahil jika drama ini tidak ditamatkan segera akan mengakibatkan semakin ramai yang meninggalkan PAS di saat-saat akhir sebelum pilihanraya. 

Sudah-sudahlah menipu rakyat dan umat Islam !!!

WAJIB BACA !!! PENEMUAN TERBARU PENYAKIT DI MALAYSIA !!!


Kenali Penyakit Di Malaysia...!!!

Penemuan terbaru...!!!


1- PARKINSON

Penyakit Parkinson adalah keadaan di mana daya kawalan otot seseorang itu merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri.
Penyakit PASkinson adalah keadaan dimana pemimpinnya tiada daya kawalan menahan nafsu sehingga semuanya merosot teruk sampai tidak mampu mengurus diri sendiri asyik kena dengan DAP dan PKR.
2- ANGIN AHMAR

Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. 

Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. 

Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius.

Angin Pkrtrok atau trok benor ni ialah masalah mental yang diakibatkan oleh salur janji-janji manis disumbat kearah penyokongnya dan bekalan ini akan merata keseluruh pemimpinnya kuat berangan. 
Bahagian tersebut tidak lagi menerima manfaat yang mencukupi dan oleh itu sel penjara sesuai untuk mereka. 
Mengakibatkan bahagian lain dikuasai tamak dengki dendam oleh itu tidak berfungsi. 
Angin ini ialah kecederaan mental yang serius.
3- KENCING MANIS

Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus) merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

Penyakit DAPbetes atau kencing janji manis terlebih atau (BM = DAPatbetis mampus; Inggeris = DAPbetes) merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan menerima habuan (tinggi kandungan kebodohan PAS dan PKR dalam pakatan) terutamanya selepas memperbodohkan mereka, pada pengidapnya baik mati jer tiba-tiba.
Cara tangani masalah ini :

- PAS jangan berjuang syok sendiri kata boleh gantikan UMNO sedangkan yang jelas ialah DAP sedang menggantikan PAS.

- PKR jangan terlebih janji manis jika tidak, teruk menagih sampai sekarang banyak tak selesai.

- DAP spesis sama PAP di Singapura. Kena hati-hati dengan mereka.

Ubat yang sesuai :

- Sedarlah apa yang diperjuangkan.. Agama Bangsa Tanahair semua kerana Allah...

- Undi BN pada PRU13 nanti !!! Jangan ada bantahan.. Jika tidak menyesal jadi macam Singapura.. Melayu Islam jadi lemah.. Kekuatan kita adalah bersatu.. Semangat jaga juang untuk Negara ini.

~ ABBB ~


SEMESTINYA WANITA MALAYSIA HEBAT DIMATA DUNIA !!!


Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz mengekalkan kedudukannya di kalangan ketua-ketua bank pusat yang dinamakan oleh majalah Global Finance sebagai Ahli Perbankan Pusat Terbaik di Dunia sejak beberapa tahun lepas.

Dr. Zeti adalah salah seorang daripada enam ketua bank pusat yang mencapai mata "A" di dalam Kad Laporan Ahli Perbankan Pusat yang diterbitkan oleh Global Finance.

Beliau juga mencapai mata "A" pada tahun lepas dan 2010.


Ketua bank pusat yang lain yang mengekalkan mata "A" termasuk Amando Tetangco Jr. dari Filipina, Fai-Nan Perng dari Taiwan, Gabenor Reserve Bank of Australia, Glenn Stevens dan Gabenor Bank of Israel, Stanley Fischer.

Nama baru yang menyertai senarai itu ialah Mark Carney dari Kanada, yang pada tahun lepas mendapat mata "B+". Sementara itu, Pengerusi Rezab Persekutuan AS, Ben Bernanke menambah pencapaiannya kepada "B" daripada "C" pada tahun lepas.

Rencana Central Banker Report Card itu, yang diterbitkan setiap tahun oleh Global Finance sejak 1994, menggred para Gabenor Bank Pusat 50 negara utama (dan Bank Pusat Eropah) pada skala "A" hingga "F" bagi kejayaan dalam bidang seperti kawalan inflasi, matlamat pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah.

"A" mewakili prestasi cemerlang dan turun sehingga "F" bagi kegagalan mutlak. Kriteria subjektif juga boleh digunakan.

Penerbit Global Finance, Joseph Giarraputo berkata: "Ahli-ahli perbankan pusat di dunia kini diuji melalui tahun-tahun yang sangat mencabar pernah dicatatkan."

"Setiap tahun, kami menilai kecekalan ahli-ahli perbankan pusat untuk menghadapi campur tangan politik dan usaha mereka mempengaruhi kerajaan masing-masing menghadapi isu-isu seperti perbelanjaan dan keterbukaan ekonomi yang berhadapan dengan pelaburan asing dan perkhidmatan kewangan. - BERNAMA


AL-KISAH SEORANG SUAMI BERSEMUKA LELAKI YANG SKANDAL DENGAN BININYA SENDIRI !!! DUA-DUA HANTU !!!

Sekadar gambar penghias wajah.. Ikut suka intrepetasi korang la...

Pada aku, kisah ni agak lucu la jugak... tetapi macam aku bagitahu awal-awal tadi, ikut intrepetasi korang la yer.

Korang nak kategorikan kisah ni sebagai kisah kesian ke, kisah simpati ke haper ke, ada aku KISAH ?!!

Pada aku kisah ni agak lawak dan lucu.

Kisah 2 mamat...

Ini adalah kisah tentang seorang mamat bernama Asmin yang telah mengahwini seorang perempuan bernama S.

Asmin ni sayang amat kat bini dia ni.

Tapi, dia ni syak bini dia si S ni curang dengan orang lain.

Ini juga kisah tentang seorang lagi mamat.

Tapi mamat ni yang bernama Anu-War cukup suka bini orang.

Kedua-duanya telah mati pun dan diorang ni jadi hantu pun sudeh.

Ikuti perbualan 2 ekor hantu ni, Asmin dan Anu-War yang tak pernah berjumpa semasa hidup tetapi hanya berkenalan di alam hantu.

“Apsal kau ni asyik menggigil je?” tanya Hantu Asmin.

“Oh.. cara aku mati dulu teruk.. aku mati dalam peti ais… sejuk !!!” Jawab Hantu Anu-War sambil menggigil lagi.

“Ooo.. kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu Asmin ramah.

“Kau memang sakit jantung kronik ye ? Apsal ko tak gi buat operation ? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.” balas Hantu Anu-War.

“Dah, aku dah buat dah ! In fact masa aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu Asmin sayu.

“Ceritalah sikit.. Sambil-sambil lepak nih..” gesa Hantu Anu-War.

“Camni.. Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So pada satu hari, aku ingat nak perangkap la isteri aku.. Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.” cerita Hantu Asmin.

“So, ko dapatlah tangkap diorang ???” tanya Hantu Anu-War penuh minat.

“Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Dalam jamban pun aku cari sambil makan aiskrim yang aku beli masa tunggu tadi... Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak…” kata Hantu Asmin mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu Anu-War terdiam mendengarkan cerita Hantu A. 

Selepas beberapa ketika, Hantu Anu-War berkata,

“Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk ??? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi !!! BODOH !!!"

Hahahahahaha....

Cerita ini adalah rekaan yang aku edit lepas jumpa kat facebook (tak ingat kat laman mana 1)...

Tak ada kene mengena langsung dengan siapa-siapa yang masih hidup atau yang sudah Innalillah...

Kalau watak ada persamaan dan terasa, lu pikirlah sendiri !!!


2 AWEK LARI TENGAH MALAM DALAM KEADAAN SEPARUH BOGEL SELAMATKAN DIRI !!!


Dua remaja perempuan berusia 17 tahun terpaksa berlari minta pertolongan orang ramai dengan hanya memakai pakaian dalam ketika menyelamatkan diri daripada cubaan dirogol oleh seorang pemandu teksi.

Kejadian berlaku di Taman Serdang Raya, di sini, kira-kira jam 9 malam kelmarin ketika kedua- dua mangsa pulang dari kelas tuisyen dan menaiki teksi suspek di Taman Cheras untuk pulang ke rumah mereka di Taman Connaught.

Menurut sumber, sebelum kejadian, suspek yang berusia 40-an itu dikatakan membawa dua mangsa bersiar-siar hampir dua jam dengan memberi alasan mahu membeli susu kepada isterinya yang sedang sakit mahu bersalin.

"Apabila sampai di satu kawasan gelap, suspek tiba-tiba mengeluarkan pisau dan memaksa mangsa membuka pakaian. Mangsa kemudian dibawa masuk ke dalam sebuah rumah kosong di kawasan itu.

"Suspek kemudian cuba merogol mangsa, namun mangsa melawan dengan cuba memukul kepala suspek dengan besi sebelum berlari keluar dari rumah dan menjerit meminta tolong dengan hanya memakai pakaian dalam," katanya.

Sumber itu berkata, seorang lelaki yang tinggal berdekatan mendengar jeritan itu lantas datang membantu mangsa sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan.

Baca lagi : KLIK SINI


DASAR AIR PERCUMA TIDAK BIJAK DAN BUKAN LESTARI !!! JOM MEMBAZIR !!!


Dasar kerajaan negeri Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lepas adalah langkah yang tidak bijak dan bukan bersifat lestari, kata seorang ahli akademik.

Prof Dr Suhaimi Abdul Talib berkata dasar itu menyebabkan hasil bagi kerajaan negeri terus merosot yang akan sebaliknya memberi manfaat atau berguna bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur.

“Walaupun pemberian air percuma kelihatan baik dari segi faedah jangka pendek, tetapi dari segi jangka panjang kita tidak mendidik orang ramai untuk menghargai air,” katanya dalam satu temu bual dengan Bernama hari ini.

Dr Suhaimi, yang juga Penolong Naib Canselor bagi Pembangunan, Pengurusan Kemudahan dan ICT Universiti Teknologi Mara (UiTM), memberi amaran,” Kita tidak mempunyai limpahan bekalan air yang tidak terhingga. Kita perlu sedar bahawa sumber-sumber air semakin berkurangan berikutan peningkatan permintaan yang mendadak.”

Beliau berkata negeri itu akan sampai pada satu peringkat di mana ia tidak lagi dapat menarik air mentah dari sumber luar dan sumber air yang baru akan perlu datang bergantung kepada bagaimana ia dapat menguruskan sumber dalamannya sendiri dengan cara yang terbaik.

Dr Suhaimi berkata beliau menentang dasar air percuma kerana persoalan berhubung kemampuan bukan satu isu di sini.

“Jika kita perlu membayar bil air kita sebanyak RM40 sebulan, apa sangat dengan RM40? Anak anda belanja lebih daripada RM40 ke atas (telefon bimbit) pra bayar. Jadi, ia bukan satu persoalan mengenai kemampuan. Kita sepatutnya membayar bagi bil air kita.”

Dr Suhaimi berkata rakyat negeri Selangor perlu dididik supaya mengubah tanggapan mereka mengenai air dengan cara menghargai nilai sebenar air dan ini tidak boleh dilakukan selagi mereka mendapat bekalan air percuma.

“Rakyat negeri Selangor kena guna air secara berhemah supaya setiap penduduk dapat mengurangkan penggunaan sebanyak 20 peratus. Ini bermakna kapasiti di empangan-empangan kita boleh meningkat 20 peratus. Ini adalah sesuatu yang kita terlepas pandang.”

Beliau berkata negara-negara maju telah menukar daripada pengurusan sumber air kepada pengurusan permintaan sambil menambah “kita perlu mengawal rakyat yang menggunakan air.”

“Hanya ada satu cara bagi kita untuk memastikan penggunaan air secara lestari. Kita mesti mengubah tingkah laku kita terhadap air dan hanya melalui pengubahsuaian tingkah laku, membolehkan kita mengekang permintaan yang tidak terkawal. Sudah tentu, permintaan akan meningkat tetapi kadar peningkatan itu boleh dikawal,” kata Dr Suhaimi.

Dr Suhaimi menjelaskan jika peningkatan tarif air tidak dapat dielakkan, katakan setiap beberapa tahun, ia perlu wajar dan dengan persetujuan kerajaan. “Maksudnya begini: Dalam negara ini, apa sahaja (bayaran bagi) barangan dan khidmat yang akan dinaikkan akan memberi gambaran buruk ke atas kerajaan. Ini kerana kita biasanya mendapat apa sahaja dengan percuma atau melalui subsidi.

Jadi bila anda cuba untuk mengambilnya balik, orang ramai akan kata ini hak kami, jadi masalahnya dengan rakyat Malaysia adalah ini..ia bukan persoalan mengenai kemampuan, kita boleh membayar tetapi ia satu persoalan mengenai kesediaan individu itu untuk membayar.”

Beliau berkata air yang merupakan keperluan asas bagi setiap orang, tidak sepatutnya diberi secara percuma kerana ia memberi makna bahawa komoditi yang berharga itu tidak mempunyai nilai. – BERNAMA


Sunday, 26 August 2012

YB MABUK YANG LANGGAR ANAK MELAYU KINI DIHIMPIT IGAUAN NGERI !!! NOH OMAR LEMPANG YB MABUK NI !!!


Masihkah kita ingat..!!! 

ADUN DAP langgar pelajar Melayu !!! 

Andaikata kalau pelajar Cina.. dah lama huru-hara ???

Pada 7 Februari 2010, jam 11.50 malam, seorang pelajar bernama Mohd Bakri Mohd Bazli telah dilanggar oleh ADUN DAP Sekinchan, Ng Suee Lim di persimpangan lampu isyarat, berhampiran UNISEL, Seksyen 7, Shah Alam. 

Ng Suee Lim dipercayai baru pulang dari satu majlis makan malam sebelum kejadian tersebut berlaku. 

Dan Ng dalam keadaan mabuk dan bau araknya sangat kuat !!!

Kalau nak tahu lebih terperinci kes ni jika masih ada yang tak tahu KLIK SINI.

Sekarang ni YB Mabuk ni dah panas dengan flyer ni;









Isu kolam udang yang melibatkan Menteri Pertanian, Noh Omar yang dibangkitkan oleh Ng Sue Lim, ADUN Sekinchan sebenarnya kurang mendapat perhatian daripada pecacai-pecacai Pakatan Rakyat yang menulis dalam Bahasa Melayu tetapi dalam Facebook yang berbahasa Cina serta beberapa buah forum seperti Low Yat, sambutan daripada kaum yang tidak tahu berbahasa Kebangsaan dan berbahasa Inggeris tunggang langgang, cukup hangat. 

Segala macam tohmahan diberikan kepada Noh Omar dan menjadikan Ng Sue Lim sebagai hero yang cukup hebat kerana berjaya mendedahkan satu lagi skandal dan penyelewengan kuasa.

Sebelum ini juga, dialah orangnya yang menuduh bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohd Khir Toyo sebagai seorang penyeleweng yang telah mendapatkan sebuah banglo agam berharga RM24 juta dengan menggunakan kuasanya. 

Namun apabila perbicaraan dilakukan, nilai rumah agam berkenaan tidak lebih daripada RM6 juta, jauh tersasar berbanding tohmahan dan fitnah yang dilemparkannya.

Dan yang lebih penting, rumah tersebut dibeli dengan menggunakan pinjaman bank setelah mendapat harga penilaian daripada Jurunilai Bertauliah berstatus antarabangsa !!!

Sekarang, Ng Sue Lim cuba 'mengusik' Noh Omar pula dengan status tanah yang telah diperolehi pada 8 Mac 1995 iaitu sebelum Noh Omar menjadi wakil rakyat Tanjong Karang pada April 1995 lagi.

Projek udang yang dipertikaikan oleh Ng Sue Lim telah dimulakan pada tahun 1996 apabila tanah berkenaan disewakan kepada Syarikat Seri FUMA Sdn. Bhd tetapi tergendala kerana masalah tertentu. 

Hanya pada 5 Januari 2011, Syarikat Pristine Agrofood telah mengambilalih sewaan tanah tersebut dan dengan nilai sewaan RM25,200.00 setahun selama 10 tahun.

Ng Sue Lim dalam hal ini kelihatan amat sembrono dan kelihatan amat terdesak selepas skandal penyelewengan projek kondominium Sekinchan yang dibina tidak mengikut spesifikasi Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam didedahkan. 

Bahkan untuk membalas dendam kerana saman fitnah RM10 juta oleh Noh Omar kepadanya kerana memfitnah, menambahkan lagi hangit dan hangatnya jubor Ng Sue Lim.

Sudahlah terdesak dek Khir Toyo, nampaknya Ng Sue Lim terdesak pula oleh Noh Omar. 

Kedua-dua pemimpin UMNO yang seringkali dikhabarkan oleh DAP, tidak sebulu dan sependapat bahkan saling bertentangan antara satu sama lain, nampaknya 'bekerjasama' mengenakannya sedangkan para pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat Selangor yang lain, kelihatan meminggirkan diri daripada Ng Sue Lim agar mereka tidak sama terkena getahnya.

Begitulah diatas ini petikan dari Flying Kick.


VIDEO - TUN M VS KARPAL !!! HEBATNYA TUN M WALAU TIADA KUASA DIGERUNI PEMBANGKANG !!!



Semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi Tun M dan semoga panjang umur !!!


Saturday, 25 August 2012

TAG TEAM : LGBT DAN YB JAMBAN VS 2 WANITA !!! JANGAN MAKAN AISKRIM DALAM JAMBAN !!!



Apa lah nak jadi dengan seekor Tanggang Modern ni !!!

Penangan syok stor kunyit "kangkang" terlebih ni, sampai lupa kat mak dan keluarga sendiri !!!

Bagaimana nak jadi pemimpin jika sebagai anak lelaki tidak mampu menjaga seorang ibu.

Bagi seorang anak lelaki, ibu adalah yang utama dan kepentingan seorang isteri tu hanya datang selepas ibunya sendiri !!!

Tapi bagi seekor YB Jamban ni pula, stor kunyit lebih penting dari ibu dan segala-galanya.

Kalau perangai macam ni lah dalam UMNO dah lama kena tendang sebab UMNO tidak akan menyimpan liabiliti seperti mana tahun 1998 Tun M menendang seekor pengamal stor kunyit ke kandang jarang.

Tajuk di Malaysiakini berbunyi, ‘leave my mum alone, Azmin tells UMNO’ (Jangan ganggu ibu saya, kata Azmin kepada UMNO) membuatkan kita tersenyum sinis.


Mungkin Azmin tidak faham bahawa yang menghancurkan hati ibunya bukan UMNO, tetapi Azmin sendiri.

Yang menyebabkan ibunya memilih saluran media untuk meluahkan perasaan bukan UMNO, tetapi kederhakaan Azmin sendiri yang tidak memberi peluang dan ruang lain lagi untuk ibunya menariknya agar kembali ke pangkal jalan. 

Yang menyebabkan Azmin menjadi anak derhaka pula bukan UMNO, tetapi Anwar Ibrahim. 

Justeru, jika Azmin perlu melepaskan kemarahan kepada seseorang, lepaskanlah kepada diri sendiri dan Anwar Ibrahim bukan UMNO. 

Tidak wajar juga bagi Azmin untuk menyalahkan stesen TV dan media yang memberi ruang kepada ibunya menyerunya pulang kerana media hanya menjalankan tugas, iaitu mencari berita sensasi. 

Dan berita seorang ahli politik yang derhaka kepada ibu pastinya sensasi. 

Selagi berita tersebut benar dan bukannya fitnah, maka Azmin tidak ada hak untuk menghalang kebebasan media. 

Sedangkan parti Azmin sendiri sering mempergunakan media untuk memburuk-burukkan keluarga dan sanak-saudara pemimpin-pemimpin UMNO maka apakah salahnya jika media pro-UMNO juga menyebarkan berita mengenai keluarga dan sanak-saudaranya ??? 

Apatah lagi jika berita tersebut bukanlah fitnah, tetapi benar belaka. 

Paling jelek ialah apabila Azwan, abang Azmin dari golongan LGBT juga turut menghina ibu mereka di dalam twitter miliknya. 

Azwan dengan biadapnya menghina ibunya sebagai ‘sanggup menjadi bahan TV3 untuk ratings’

Begitu rendah sekali kedudukan ibu sendiri di mata Azwan. 

Namun, apa yang kita boleh harapkan dari seorang pondan..???

Begitupun, Azmin seharusnya mempunyai kredibiliti dan integriti yang jauh lebih tinggi dari Azwan kerana beliau bukan seorang penyanyi atau pelakon atau pengacara murahan seperti Azwan. 

Sebaliknya beliau adalah seorang pemimpin dan punya tanggungjawab terhadap rakyat. 

Malangnya, Azmin tidak menunjukkan perbezaan taraf antara dirinya dengan Azwan, si pondan tua yang kehilangan arah kehidupan. 

Persamaan mentaliti antara Azwan dan Azmin pastinya menakutkan rakyat. 

Tidak mungkin manusia yang ‘hilang arah’ mampu memimpin ??? 

Seseorang pemimpin hanya akan mampu menjadi pemimpin yang baik, berkesan dan berjaya jika mendapat restu ibunya. 

Tanpa restu ibu, Azmin seolah-olah telah dilaknat untuk musnah. 

Bagaimana kita mengharapkan pemimpin yang telah ‘tersumpah laknat oleh ibu’ dapat membawa kesejahteraan dan kecemerlangan kepada rakyat dan negara ???

Kita bukannya hendak menyibuk dengan perihal keluarga Azmin dan kesudahan nasib Azmin di dunia mahupun akhirat. 

Tetapi sikap dan perbuatan Azmin terhadap ibunya adalah cerminan corak kepimpinan Azmin sebagai pemimpin kanan PKR sekiranya partinya mendapat mandat untuk memerintah. 

Justeru, walaupun kita enggan menjadi penyibuk, soal restu ibu Azmin sedikit sebanyak tetap menjadi urusan seluruh rakyat jelata. 

Selain itu, sokongan kuat saudara kandung Azmin dari golongan LGBT terhadapnya juga turut menimbulkan persoalan mengenai pendirian PKR terhadap homoseksual, lesbian, biseksual dan transgender. 

Tampak seolah-olah parti ini cenderung untuk menghalalkan LGBT andainya mereka memerintah nanti. 

Apa yang pasti, dua perkara yang melingkungi Azmin iaitu hubungan sejenis dan anak derhaka, sudah cukup untuk membawa kita ke arah kemusnahan yang dijanjikan Allah S.W.T sekiranya parti beliau memenangi pilihanraya.


VIDEO WAJIB TONTON !!! HUDUD PUNYA PASAL PUAK PAKATAN HARAM BERPERANG SIAP KENA RAKAM - ANWAR TEPUK MEJA MENENTANG HUDUD !!!

Sebelum kita tonton video-video ni, apa kata korang baca dulu bebelan yang dibawah ni yer...

Sekarang ni Pakatan Haram masing-masing nak tunjuk hero.

Tak tahulah hero untuk laksana hudud dan hero untuk menentang hudud pun ada !!!

Dah rasa macam esok nak pilihanraya pulak... Hahahaha...


Di sebalik perbalahan berterusan PAS dan DAP mengenai aspirasi pelaksanaan hudud, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sejak awal lagi menegaskan undang-undang Islam itu bukan sebahagian daripada dasar pakatan pembangkang buat masa ini.


Menurut Anwar, undang-undang Syariah itu juga bukan merupakan perkara yang terkandung dalam Buku Jingga iaitu dokumen dasar serta program jangka panjang pakatan pembangkang sekiranya berjaya memerintah negara pada masa depan.

Katanya, walaupun PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk melaksanakan hudud, undang-undang Islam itu masih tidak boleh dijalankan di negara ini selagi ia tidak mendapat persetujuan DAP.

Ini kerana, katanya, keputusan mengenai pelaksanaan hudud perlu dicapai melalui konsensus ketiga-tiga parti, dasar bersama dan pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, katanya, pakatan pembangkang memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah 11 Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003.

“Kita menghormati hak (PAS) untuk menyuarakan dan mengambil inisiatif (melaksanakan hudud) tetap pendirian kami adalah jelas, tanpa ragu ragu, sekarang (hudud) bukan merupakan dasar Pakatan Rakyat (Pakatan Pembangkang) dan Penentangan DAP boleh dihormati dan diambik kira,” katanya.

Anwar berkata demikian pada sidang ahkbar selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan Pembangkang di ibu pejabat Pas di sini pada 28 september 2011 seperti dipetik dalam video siaran blog propembangkang http://suarapakatanrakyat.com hari ini.

Video tersebut boleh ditonton di dalam entri bertajuk "Hudud: Mufti kedah elok diam, jauhkan diri dari politik".

Ia disiarkan berikutan ketidakpuasn hati pengendali blog itu terhadap kenyataan tegas mufti kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad yang meminta pengerusi DAP, Karpal Singh menghentikan segala kritikan berkaitan agama islam kerana tindakan karpal menentang hudud di lihat tidak menghormati sensitivity umat islam.

Menurut pengendali blog berkenaan, Sheikh Muhamad tidak sepatutnya masuk campur dalam soal politik yang hanya layak didebatkan oleh orng politik sahaja dan bukan pegawai kerajaan biasa yg ‘makan gaji’ seperti beliau.

Perbalahan di antara PAS dan DAP dalam isu hudud muncul kembali apabila Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dalam satu debat baru baru ini mendakwa Karpal Sedia berkompromi dalam isu perlaksanaan hudud namun pekara itu segera dinafikan oleh karpal.

Sementara itu, dalam entri sama, blog berkenaan turut memaparkan video sidang akhbar setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng berkenaan isu hudud tanpa menyatakan tarikh serta tempat sidang akhbar itu berlansung.

Kata Guan Eng, isu hudud tidak timbul kini kerana ia bukan merupakan sebahagian daripada dasar yang dipersetujui Pakatan Pembangkang.

“Jika nak dilaksanakan sesuatu seperti hudud, sekiranya mungkin kalau PKR atau PAS setuju tapi DAP tidak bersetuju, ia tidak boleh dilaksanakan dalam pakatan rakyat. Ia mesti dibincangkan dahulu sehingga ketiga tiga pihak bersetuju,” tegasnya..

Petikan : Utusan Malaysia

Jom tonton besi-besi (Nik Ajis tidak dapat bezakan besi dengan video) ni dulu sebelum ada mana-mana pencacai pakatan haram nak berhujah pasal Hudud !!!




BUKTI VIDEO !!! ARTIS MALAYSIA SEORANG MUSLIM DIRAKAM DIDALAM GEREJA !!! DUMC ?!!


Salam and mornink gang...

Aku memang tak suka nak citer pasal artis-artis ni tapi aku rasa ini patut diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam apabila melibatkan sensitiviti agama kita...

Honestly, aku memang suka gak la kat artis ni sebab performance dia ni sempoi gak dan suara dia agak unik.

Arrangement lagu-lagu dia pun best jugak dan memang aku akui dia ni berbakat dan dah pun tembusi level international.

Tetapi baru-baru ni aku ada lah tengok persembahan artis ni dalam gereja melalui laman youtube.

Belum apa-apa dah ada yang kafirkan artis ni sebab perform dalam gereja dan ada pula yang kata artis ni kristian.

Artis ni adalah berketurunan Melayu dan beragama Islam !!!

Namun hanya kerana artis ni masuk ke dalam gereja untuk perform persembahannya, maka tidak adil kita mengkafirkan artis ni dan membuat tuduhan melulu sebaliknya adalah lebih baik jika kita bertanya kepada yang pakar dan ahli tentang hal ni sebelum mengeluarkan komen-komen bodoh dan memperbodohkan diri sendiri !!!

Izyan Ali Rahman atau  lebih dikenali sebagai Zee Avi yang amat popular dengan lagu Kantoi pernah membuat persembahan dalam First Unitarian Church tapi tak pasti la daerah mana maybe Philadelphia, Portland atau mungkin juga Rochester.

Sebab First Unitarian Church ni ada banyak rangkaiannya seluruh US.

So, apa kata kita ketahui dulu apakah hukumnya memasuki Gereja.

Hukum dasar seorang muslim masuk ke gereja adalah mubah atau boleh

Namun bila di dalamnya sedang diadakan upacara keagamaan, maka kita diharamkan hadir di dalamnya. 

Meski pun ada juga yang tidak mengharamkannya.

Namun para fuqoha berbeza pendapat tentang hukum seorang muslim memasuki gereja.

1. Yang Memakruhkan

Ulama di kalangan mazhab Al-Hanafiyah menyatakan bahawa makruh hukumnya seorang muslim memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir.

Sebab tempat tersebut merupakan tempat berkumpulnya syaitan bukan kerana seorang muslim tidak mempunyai hak untuk memasukinya.

2. Yang Membolehkan

Para ulama di kalangan mazhab Malikiyah dan Hanabilah serta sebagian ulama Syafi'iyah berpendapat bahawa seorang muslim diperbolehkan memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir lainnya.

Tapi sebahagian yang lainnya mensyaratkan harus ada izin dari mereka yang menggunakan tempat tersebut.

Keterangan seperti ini boleh kita baca pada kitab Kasyful Qana' jilid 1 halaman 294 serta kitab Hasyiyatul Jamal jilid 3 halaman 572.

Oleh kerana itu hukum memasuki gereja untuk menghadiri perkawinan atau bertugas melakukan pekerjaan tertentu, bukanlah sesuatu yang diharamkan.

Asalkan selama orang muslim tersebut tidak melaksanakan hal-hal yang bertentangan dengan aturan-aturan agama. 

Meskipun demikian, sebaiknya dia tidak melakukannya (masuk ke gereja) kecuali jika perlu dan mendesak.

3. Yang Mutlak Diharamkan

Sedangkan hukum memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka adalah haram. 

Sahabat Umar bin Al-Khattab ra berkata:

"Janganlah kalian memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka, kerana kemarahan Allah akan turun kepada mereka."


Jadi semua orang tahu bahawa penyanyi kerjanya adalah menyanyi kan, tak kan lah memasak pula atau jual karpet.

So, jelas disini yang Zee Avi sedang melakukan perkerjaannya dan berdasarkan penerangan yang aku dah bagi kat atas tu, apa lagi isunya ???

Lainlah jika video tu menunjukkan Zee Avi sedang buat cross-finger (seperti gambar dibawah) atau cross her body didalam gereja.


She is just doing her job.. She is just singing and performing as she is a singer !!!

Bukannya Zee Avi berbuka puasa dalam gereja macam yang terjadi di DUMC tahun lepas atau pegang lilin untuk orang mati.

Jangan lah jadi pendek akal (panggil bodoh nanti marah) dengan terus menjatuhkan hukum kafir kat artis yang memasuki gereja tanpa sebarang usul periksa dan merujuk kepada yang pakar dan ahli.

Manusia tidak bijak dalam semua hal. 

Boleh jadi kita bijak dalam beberapa hal dan bodoh dalam beberapa hal yang lain. 

Itu sebab dalam Islam kita disuruh untuk bertanya kepada orang yang tahu, “Tanyalah kepada pakar, jika kamu tidak tahu.”

Orang-orang yang bijak tahu apa yang mereka tahu dan tahu juga apa yang mereka tidak tahu. 

Salah satu tanda orang yang bijak ialah mengatakan tidak tahu untuk perkara-perkara yang mereka kuasai. 

Atau dijawab dengan “Wallahuaklam”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??