tag:blogger.com,1999:blog-615348155335847987.post2268261016981781581..comments2024-01-28T05:18:25.967+08:00Comments on Info 4 The Truth: PANAS !!! SELANGOR DAN PULAU PINANG NAK BUBAR DUN DALAM MASA TERDEKAT ?!!Unknownnoreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-615348155335847987.post-91930383106882673182012-06-14T10:02:24.180+08:002012-06-14T10:02:24.180+08:00Artikel Suara PKR telah lupa bidang kuasa Sultan S...Artikel Suara PKR telah lupa bidang kuasa Sultan Selangor. Malaysia belum jadi Republik.

Kemudiannya Suruhanjaya Pilihanraya pun bukan tunggul kerana ada kuasa yang di peruntukkan kepadanya mengenai DUN.

Mengambil

PETIKAN PERKARA-PERKARA BERHUBUNGKAIT DENGAN URUSAN PILIHAN RAYA

LXX. (1) Duli Yang Maha Mulia hendaklah dari semasa ke semasa melalui Proklamasi yang disiarkan dalam Warta memanggil Dewan Negeri bermesyuarat dan tidak boleh membiarkan luput 6 bulan antara persidangan terakhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan
bagi persidangan pertamanya dalam penggal yang berikutnya.

(2) Duli Yang Maha Mulia boleh memprorogkan atau membubarkan Dewan Negeri.

(3) Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Dewan Negeri hendaklah terus berjalan selama 5 tahun dari tarikh persidangan pertamanya dan
selepas itu adalah terbubar.

(4) Bilamana Dewan Negeri menjadi bubar suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam masa 60 hari dari tarikh ia menjadi bubar itu dan Dewan Negeri yang baru hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 90 hari dari tarikh itu.

(5) Sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam masa 60 hari dari tarikh kekosongan itu berlaku:

Dengan syarat bahawa jika sesuatu kekosongan luar jangka dipastikan pada suatu tarikh dalam masa 2 tahun dari tarikh Dewan Negeri itu akan terbubar mengikut Fasal (3), maka
kekosongan luar jangka itu tidak boleh diisi melainkan jika Speaker memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya secara bertulis bahawa kekuatan bilangan parti yang membentuk majoriti semua ahli Dewan Negeri adalah terjejas oleh kekosongan itu, dan dalam keadaan sedemikian kekosongan ini hendaklah diisi dalam masa 60 hari dari tarikh pemberitahuan itu diterima.

(Petikan http://www.naztech.my/spr.gov.my/images/stories/pdf/SELANGOR.pdf)

Peruntukan undang undang cukup untuk melindungi keselamatan Negeri Negeri dari di musnahkan oleh orang orang dungu.

Mereka fikir kita rakyat tak akan baca undang undang.

Pergi buat cerita merepek ini kepada orang gila.Mordechai Kuchaihttps://www.blogger.com/profile/06435224552414544180noreply@blogger.com