Berkahir petang tadi HIMPUNAN SEJUTA UMAT - SELAMATKAN AKIDAH UMAT !!
Menandakan bermulanya satu jihad memerangi MURTAD !!! Walaupun pada hemat saya, HIMPUN tidak memenuhi sasaran yang dikehendaki tetapi Majlis HIMPUN telah berjaya dengan penuh keberkatan. Di musim tengkujuh berjalannya HIMPUN namun dengan kehendak Allah segalanya berjalan baik dan lancar. Dapat kita lihat yang hadir hari ini telah datang atas tiket individu dan tak kurangnya yang datang atas tiket NGO seperti PERKASA. Diharapkan semoga majlis HIMPUN ini dapat diadakan lagi. Antara respon yang diterima dari yang hadir amat positive. Manakala respond dari yang tidak dapat menghadirkan diri adalah kerana kekangan masa dan jarak. Mungkin di lain kali pihak penganjur dapat mengadakan HIMPUN di hari cuti umum. Antara komen dan cadangan survey yang saya dapati dari laman social Facebook.
Tahniah buat penganjur Majlis Himpunan Sejuta Umat dan juga tahniah kepada hadirin yang telah menjayakan HIMPUN. Semoga usaha murni ini akan berterusan dan tidak berakhir sepertimana berakhirnya Majlis HIMPUN ini. Biarlah berakhirnya Majlis HIMPUN menandakan permulaan bagi satu usaha JIHAD memerangi MURTAD.
Pssstttt... terima kasih Dato' Dr. Hassan Ali. Semoga Allah merahmati anda...
No comments:
Post a Comment