Tuesday, 8 November 2011

GEMPAR !!! ANAK SIAPA NI DITAHAN REMAN ???


Anak tiri kepada wakil rakyat (PAS) di Kelantan ditahan reman selama tujuh hari kerana dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun kedai serbaneka di sekitar bandar Kota Bahru. Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Asri Abdul Rahman Sidik di Mahkamah Majistret di sini pagi ini.

Pemuda berusia 20-an itu disiasat mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan kerana merompak dengan menggunakan senjata serta mencuba menyebabkan kematian atau cedera parah. Ketika dibawa ke mahkamah, lelaki yang bertubuh gempal, berambut kerinting dan memakai baju lokap berwarna ungu itu kelihatan tenang.

Suspek ditahan oleh sepasukan anggota polis di rumahnya di Jalan Telipot, selepas pihak berkuasa itu menemui beberapa petunjuk. Berdasarkan modus operandi, suspek disyaki menyamun sekurang-kurangnya lima buah kedai serbaneka di sekitar bandar ini iaitu di Jalan Parit Dalam, Jalan Seri Cemerlang, Jalan Kebun Sultan, Jalan Merbau dan bersebelahan pasar raya KB Mall baru-baru ini.

Sebelum menyamun, pemuda itu dikatakan berpura-pura untuk membeli kad tambah nilai pra-bayar sebelum mengeluarkan pisau dan melarikan wang. Malah dia juga dikatakan tidak memakai topi keledar atau topeng untuk menutup muka setiap kali melakukan rompakan.

Psssttt.... susun bini pandai... tanggungjawab buat2 lupa... tuihhh...


No comments:

Post a Comment