Thursday, 24 November 2011

GEMPAR !!! PAKEJ 2 IN 1 UNTUK RAKYAT KELANTAN DISUBSIDIKAN OLEH PAS !!!

AIR MINUM PENDUDUK KELANTAN MERBAHAYA

Kelantan diminta segera rawat bekalan air

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa Kelantan supaya segera merawat bekalan air di negeri itu, yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan.

Beliau berkata analisis kementeriannya terhadap air di negeri itu mendapati adanya kandungan logam yang tinggi dan ia perlu dirawat segera.

"Analisis ini mendapati adanya risiko kepada pengguna, oleh itu pihak berkaitan harus menggalas tanggungjawab ini dengan menaik taraf loji pembersihan air mereka.

"Kita akan memanjangkan perkara ini kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk mengambil tindakan susulan," katanya kepada pemberita di Bangunan Parlimen, semalam.

Menurutnya ujikaji makmal kementeriannya juga mendapati air berkenaan mengandungi bakteria berbahaya termasuk E coli.

Liow menasihati penduduk negeri itu supaya hanya menggunakan air yang ditapis dan dimasak.

"Jangan ambil remeh perkara ini kerana ia melibatkan kemudahan asas kita.

"Kementerian Kesihatan akan memastikan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara terus memantau dan memastikan penambahbaikan kualiti bekalan air ini dilakukan," katanya.

- Bernama




Hebat PAS Kelantan !!! Setiap isi rumah dibekalkan secara percuma logam berat dan juga bakteria E-Coli dijangka untuk 27 tahun sekiranya PAS masih memerintah Kelantan. 2 dalam 1 tu.. Bayar bil air, automatic anda dapat logam berat dan E-Coli yang disediakan secara percuma dengan subsidi penuh kerajaan PAS Kelantan...!!! Prihatin sungguh Kerajaan Negeri Berkebajikan PAS ye.. 

E-Coli bukan laman jualan "Bra" !!!


Pssssttt.... mana itu RM600 million... lesap sudeh ker...??? 

Tolak Negeri Berkebajikan Penyakit !!! Kelantan Berubah Dibawah BN !!! BN Menang Rakyat Senang !!!

3 comments:

  1. KOTA BHARU, 24 Nov: Biar pun lima siri laporan khas dimuat Utusan Malaysia bagi memburukkan Kelantan berkaitan isu bekalan air bersih, namun ia dianggap belum mampu mengocak jiwa rakyat.

    Ini kerana setiap hari mereka boleh minum, mandi, membasuh dan apa-apa sahaja kegiatan menggunakan air bersih dibekalkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

    Malah, pelabur tetap memilih Kelantan sebagai destinasi pelaburan mereka. Seandainya bekalan air di sini kritikal mengapa mereka memilih mengembangkan operasi perniagaan di Kelantan.

    Apakah agenda setting Utusan peringkat tertinggi itu mampu memperbodohkan rakyat Kelantan. Jawapannya tidak.

    Begitu juga dakwaan isu air dicemari bakteria E.coli, mangan dan arsenik, sedangkan kadarnya lebih rendah berbanding negeri-negeri lain.

    Misalnya kadar kandungan E.coli di Kelantan hanya sekitar 0.88 peratus berbanding Pahang (1.12 peratus), Perak (0.90 peratus), Perlis (1.21 peratus) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01 peratus).

    Pengurus Besar AKSB, Ir Mohamad Hanafi Mahmud berkata, kadar kandungan bakteria E.coli hanya dalam peratusan kecil, dan diatasi segera setelah dikesan kandungannya.

    Lagi pun katanya setiap minggu sampel air di semua loji rawatan air AKSB dihantar ke Pejabat Kesihatan untuk dianalisis.

    ReplyDelete
  2. ”Setakat ini tiada pun teguran dibuat jabatan terbabit berkaitan isu yang ditimbulkan sebuah akhbar arus perdana sekarang,” katanya.

    Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman (kiri) berkata, sebanyak 3531 sampel air dianalisis Jabatan Kesihatan dan hanya 31 kes sahaja dikesan ada kandungan E.coli.

    ”Persoalannya sekarang mengapa Kelantan sahaja yang digegerkan dalam media sehingga setiap hari disiarkan kenyataan negetif.

    ”Ini seolah-olah menggambarkan negeri lain tidak ada E.coli. Tidak selamanya rakyat mudah ditipu dengan maklumat berat sebelah seperti yang menjadi mainan Utusan Malaysia sekarang,” katanya di sini.

    Malah kata beliau akhbar terbabit juga lupa tanggungjawab menyediakan perkhidmatan bekalan air adalah di bawah kerajaan pusat, dan kerajaan negeri cuma menyalurkan sumber air.

    ”Mengapa mereka tidak cuba rujuk kepada perlembagaan yang secara jelas menerangkan perkara itu. Jangan cuba hendak kelirukan rakyat.

    ”Memandangkan tugas tersebut tidak dilaksanakan kerajaan pusat, kerajaan negeri terpaksa mengambil alihnya bagi memastikan kesejahteraan kehidupan rakyat.

    ”Cuba bayangkan pula usaha kerajaan negeri mahu meningkatkan bekalan air tidak mendapat kerjasama kerajaan pusat dalam tempoh begitu lama.

    ”Selama 13 tahun Kelantan diketepikan mendapat sebarang peruntukan. Usahkan peruntukan, pinjaman pun tidak diberi pada awalnya,” ujarnya.

    Beliau berkata, sepanjang tempoh itu prasarana bekalan air tetap juga dipertingkat termasuk mendapat pinjaman daripada institusi kewangan.

    Hanya pada 2003 barulah pinjaman mudah diluluskan sebanyak RM600 juta, itu pun diberi bukan sekaligus, sebaliknya sedikit demi sedikit.

    Menurutnya Md Anizam hasil kesungguhan kerajaan negeri sehingga sekarang hampir 70 peratus rakyat Kelantan mendapat bekalan air bersih disediakan AKSB.

    ReplyDelete
  3. x kn la utusan nk tipu. x pasal2 plak kna saman nnti. x penah dengar plak negeri lain ada e.coli ni. setau aq mmg air kelantan teruk. aq belajar kat kelantan (kb), aq tau la. korg dok luar kelantan bleh r cite. org kelantan pon x bodo la nak pecaya harukah ubat kuat tu. kalau nk tgk rupa air kat kelantan yg mcm air kopi warnanya, dtg hostel sini tgk sendiri.

    ReplyDelete