Friday, 11 November 2011

GEMPAR !!! SEXUALITY MERDEKA - PART 2 : MATLAMAT PEMBANGKANG !!!

Apa kata kita teliti dahulu agenda dan matlamat pembangkang sebagai mukadimah.



Tahukah anda apa yang dimaksudkan oleh Polisi Pakatan Rakyat di halaman 2 itu? Saya akan cuba menerangkan polisi yang dimaksudkan oleh mereka ini. Saya mulakan dengan terjemahan...

"Dalam menghargai aspirasi rakyat, Pakatan Rakyat mengisytiharkan komitmen untuk sepenuhnya dan melaksanakan agenda politik baru dengan menggerakkan kuasa rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya sebagai satu kuasa.

Tambahan pula, kita mempunyai keyakinan, kita boleh menukar rangka kerja dasar kita dari pendekatan perkauman yang sempit kepada prinsip-prinsip asas yang berdasarkan fahaman agama, kemanusiaan, etika dan hak asasi manusia dan kesamarataan di sisi undang-undang tanpa mengira status, bangsa atau kumpulan.

Dasar-dasar yang diperolehi dari Perlembagaan dan prinsip universal keadilan akan melindungi kedaulatan undang-undang dan kebebasan badan kehakiman, yang seterusnya akan menjamin bahawa hak asasi manusia dan maruah rakyat akan terus dipertahankan dan ditegakkan."


Apa relevannya isu Sexuality Merdeka dengan polisi Pakatan Rakyat ini?

Sekiranya anda perhatikan bait-bait ayat dari polisi ini, jelas menunjukkan polisi ini menuntut kesamarataan bagi semua kaum, bangsa, status mahupun kumpulan melalui perundangan. Juga polisi ini dengan jelas ingin mencabar perlembagaan yang terlah memperuntukkan bahawa Agama Islam adalah agama rasmi dan kaum Melayu dan Bumiputera mempunyai hak-hak keistimewaan. Apa perlunya Malaysia mengikut prinsip keadilan sejagat ini? Dengan jelas dan terang apa yang telah termaktub didalam perlembagaan Malaysia.

Malaysia mempunyai penerapan budaya berdasarkan agama yang dianuti sesetiap kaum. Dan saya percaya semua agama dan kaum tidak akan sama sekali bersetuju dengan aktiviti songsang atau luar tabie' ini. Ianya adalah sangat melampau bagi mana-mana pihak yang menuntut kesamarataan bagi mahkluk-makhluk songsang ini. Dan sekaligus mencabar prinsip keagamaan bagi semua agama dan kaum.

Pada pendapat saya, Pakatan Rakyat mungkin tersalah tafsir maksud ADIL ini. Adil bukan bererti kesamarataan. Tetapi adil adalah meletakkan sesuatu pada yang Hak. Adakah menyokong dan menuntut kesamarataan bagi golongan LGBT's (Lesbian, Gay, Bisexual dan Transexual) adalah sesuatu yang Hak dan adil? Sekiranya mana-mana manusia normal di muka bumi Allah ini mengatakan YA, suka untuk saya ajukan 1 soalan. Apakah Hak golongan songsang ini dari sudut pandangan agama bagi semua kaum? Apakah adil bagi semua agama bila golongan LGBT's ini diikhtiraf? Cukup sekadar golongan ini menyenaraikan 1 sahaja kaum dan 1 sahaja agama yang mengikhtiraf golongan songsang dan luar tabie' ini.

Sebagai seorang Islam, suka untuk saya peringatkan kepada semua terutama golongan LGBT's yang beragama Islam ini bahawa golongan ini adalah golongan yang PALING dilaknat, selaknat-laknatnya oleh Allah SWT. Ini dapat saya buktikan melalui petikan Hadis ini;

Ketahuilah (semoga Allah Subhaanahu wa ta’ala menunjukimu) bahwasanya Rasulullah ` bersabda,

“لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ، لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ، لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَعَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ”.

“Allah Subhaanahu wa ta’ala melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, Allah Subhaanahu wa ta’ala melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, Allah Subhaanahu wa ta’ala melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth.” - Hadis ini diriwayatkan oleh Ath-Thabrani di dalam Al-Ausath dan oleh Al-Hakim,
Ia berkata, “Sanadnya shahih dari Abu Hurairah secara marfu’ dengan lafal: “….. dilaknatlah siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth….” Beliau mengulangnya sebanyak tiga kali, sampai pada akhir hadis.

Tidak ada relevannya bagi Malaysia yang mempunyai adat dan budaya yang penuh tata susila ini mengikut hawa nafsu irama barat. Sesuai jika saya katakan bahawa golongan LGBT's ini tidak layak untuk disenaraikan sebagai tuntutan hak asasi manusia. Adakah golongan ini kumpulan asas manusia? Tidak sama sekali kerana mereka ini telah terkeluar dari norma-norma kehidupan manusia normal yang sempurna fitrahnya.

Kepada golongan LGBT's yang beragama Islam, bertaubat lah segera dan pulanglah ke jalan Allah SWT. Sesungguhnya belum terlewat untuk anda menjadi manusia.

Kepada amBABIga, anda sepatutnya tahu perlembagaan dan arif tentang perundangan di Malaysia. Jika anda mahu menyokong atau mungkin anda salah seorang golongan LGBT's, lebih baik anda tidak menjadi warganegara Malaysia. Mungkin anda lebih sesuai menjadi peguam LGBT's di Barat. Kerana anda memalukan semua kaum, semua agama dan semua manusia normal yang hidup di bumi bertuah Malaysia!!!


Psssttt... next episode kita tengok siapa yang nak jadi juara dalam isu sexuality merdeka ini... erkk... dalam pakatan haram jadah ni ada ke golongan GAY, lesbian, bisexual dan transexual ni...??? tanya jer... ahahahahaha....

No comments:

Post a Comment