Saturday, 26 November 2011

PANAS !!! NIK AJIS TAKUT PADA KETUA MENTERI MELAKA ???

KELANTAN JUARA, KETUA MENTERI AKUI

Melaka Kalah Dengan Kelantan?

Jarang-jarang ketua sebuah negeri hendak mengaku negerinya kalah dengan negeri lain. Tapi lain pulak cerita dengan Ketua Menteri melaka Datuk Seri Ali Rustam yang mengaku kalah satu perkara dengan Kelantan.

Katanya, Melaka kalah dengan Kelantan dari segi gejala sosial, terutamanya yang berkaitan dengan mengandung luar nikah.

Apa bukti? Menurut beliau, buktinya, di Sekolah Harapan yang didirikan oleh kerajaan Melaka ada enam orang Kelantan berbanding hanya dua orang Melaka.
“Bab itu Melaka kalah dengan Kelantan, dan saya mengaku,” katanya sambil senyum sinis semasa menghadiri program kesenian di rumah Penghulu Md Natar di Merlimau Pasir petang Ahad.

Sebab itu kata Ali Rustam, beliau ajak PAS debat mengenai Sekolah Harapan ini.

“Saya dah ajak sebelum ini, tapi mereka diam, nanti selepas pilihanraya ini saya akan ajak lagi, kita debat terbuka pilih mana TV yang dia nak, TV3 boleh TV1 boleh, saya tak ada masalah,” katanya.

Sekolah Harapan, adalah sekolah khas untuk pelajar yang mengandung luar nikah dan dikelolakan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Sekolah yang mendapat peruntukan RM500,000 setahun dari kerajaan negeri itu bagi membolehkan pelajar yang mengandung luar nikah meneruskan pengajian mereka dengan jagaan khas dan mengelakkan kes-kes pembuangan bayi.

Jiwa Paradox


Diatas petikan dari blog Pas Beruk...

Sekurang-kurangnya, Kerajaan Negeri Melaka cuba mendidik golongan yang telah tersasar dilembah maksiat untuk pulang ke pangkal jalan dan tidak mengulangi semula kesilapan lalu. Kerajaan Negeri Kelantan pula cuba nak sembunyi dan sorokkan bangkai busuk.


Pssstttt... berani ke Nik Ajis nak debat dengan Ali Rustam tu... hahaha...

1 comment:

  1. kuman di seberang, dia nampak... gajah depan mata, dia boleh x nampak pula kan... parti berteraskan Islam, tp negeri sendiri, x terjaga,.. inikan pula dia nak menjaga malaysia..haha, jahanam! kalau jalan hukum hudud, gua rasa, beratur rakyat dia di mahkamah menunggu kena hukuman....

    ReplyDelete