Monday 12 December 2011

6 PENGAMAL MEDIA DAN TIDAK KETINGGALAN DATUK DR HASSAN ALI TERIMA PINGAT & DARJAH KEBESARAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR !!!



DIRGAHAYU Ke Bawah DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ 


Sultan Selangor Darul Ehsan sempena hari keputeraan baginda yang ke 66.

Patik ingin merafak sembah dan menjunjung kasih berdoa semoga Tuanku dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik dan diberikan kesejahteraan, agar dapat terus berada diatas tahta singgahsana memimpin rakyat di negeri bertuah ini, AMIN…

Patik turut ingin mempersembahkan bahawa Tuanku merupakan sumber aspirasi seluruh rakyat Negeri Selangor. Titah dan nasihat Tuanku akan sentiasa dijunjung dan disanjung menjadi pedoman rakyat di negeri ini. Semoga negeri yang dicintai ini senantiasa diberikan keamanan, kesejahteraan, dijauhi dari sebarang musibah, bencana dan juga gangguan daripada golongan mereka yang tidak bertanggungjawab.

Patik dan seluruh rakyat akan terus mempertahankan Institusi Raja Berpelembagaan sebagai sumber perpaduan dan kekuatan orang melayu khususnya dan rakyat Negeri Selangor amnya.



Allah Lanjutkan Usia Tuanku

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

6 pengamal media terima anugerah sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor

KLANG: Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Fikry@Fickry Yaacob adalah antara enam pengamal media yang menerima darjah dan bintang kebesaran sempena ulang tahun keputeraan ke-66 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.

Beliau menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk iaitu Darjah Kebesaran Datuk - Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS).

Manakala Ketua Pengarang Ch-9 Media Sdn Bhd (TV9), Mohd Lokman Hamidi menerima anugerah darjah Ahli Mahkota Selangor (AMS).

Ketua Biro Selangor Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Muammar Kamarudin adalah antara empat pengamal media yang menerima Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS).

Turut menerima anugerah itu ialah Ketua Biro Selangor Berita Harian, Wan Ahmad Jailani Wan Abdul Razak; Editor Sinar Harian Edisi Selangor/Kuala Lumpur, Khairul Amri Yasin dan Penolong Pengarang Pemprosesan Utusan Malaysia, Nor Sedek Ismail.

Ketika ditemui pemberita kemudian, Muammar berkata anugerah itu adalah satu penghargaan kepadanya dan pengamal media lain.

Pada majlis di Istana Alam Shah itu, Sultan Selangor berkenan mengurniakan darjah dan bintang kebesaran kepada 110 daripada sejumlah 113 penerima.

Nenda baginda, Tengku Arif Temenggong Selangor Tengku Muhamad Yusof Shah ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah mengetuai senarai penerima dengan dianugerahi Darjah Kerabat II (DK II).

Tahun ini, genap 10 tahun Sultan Sharafuddin Idris Shah memerintah Selangor. - BERNAMA





Pssstttt... Tahniah Datuk Dr Hassan Ali kerana turut dianugerahkan pingat DPMS oleh Baginda Sultan Selangor... walaupun didengki oleh puak-puak PASpispus... rakyat Selangor yakin pada kredibility Datuk Dr Hassan Ali...!!!

No comments:

Post a Comment