Friday 9 December 2011

DATO' SRI @NajibRazak : SILA AMBIL PERHATIAN !!! PECAT JE PEGAWAI KERAJAAN YANG HAPRAK !!!

Pembangkang sabotaj kerajaan



Jika diteliti apa yang dipamerkan dalam gambar ini ia merujuk kepada pembelian oleh jabatan-jabatan kerajaan.

Jabatan menerima peruntukan setiap tahun dari kementerian atau perbendaharaan negara.

Ketua-ketua jabatan atau kakitangan mereka yang membuat pembelian secara berkala atau setiap awal tahun.

Selalunya barang-barang dibeli melalui egen yang datang sendiri untuk menawarkan produk mereka dengan harga mereka sendiri dan selalunya ia lebih mahal dari yang dijual dipasaran.

Andainya syarikat yang menjual ialah syarikat bumiputra maka harga boleh lebih tinggi daripada harga yang ditawarkan kepada bukan bumiputra.

Biasanya sebarang pesanan dibawah RM 50 ribu tidak perlu tender atau sebut harga. Cukup sekadar menggunakan Local Order atau pesanan tempatan.

Di sini lah kebiasaannya penyelewengan berlaku diantara penjual dan ketua jabatan atau sesiapa sahaja yang dipertanggungjawabkan untuk membuat pesanan.

Hari ini ramai kakitangan kerajaan adalah penyokong pembangkang dan pembekal juga ramai dari puak-puak pembangkang.

Tidak mustahil wujudnya komplot kenyang-kenyang antara pembekal dan pegawai kerajaan. Tambahan pula jika ada dikalangan ketua jabatan jenis periuk besar atau dapur lebih dari satu.

Mereka jenis hidup berlagak dan jenis makan komisyen, maka wujudlah apa yang dipanggil mark up price. Barang RM 100 jadi RM 500 dan ada kuantiti kurang daripada apa yang direkod dalam LO. Pesanan 1000 unit dan yang datang hanya 700 unit sahaja.
Inilah jenis pegawai kerajaan yang tidak amanah dalam melaksanakan tugas mereka dalam urusan bekalan dan perkhidmatan.

Begitu juga dengan kontrak-kontrak pembinaan atau projek naik taraf bangunan. 

Seperti kisah membina lantai dari simen biasa kepada jenis tile. Seorang kontraktor baru telah buat sebut harga RM 5000 dan bila sampai kepada ketua jabatan ia diubah menjadi RM 15 000. Siapa yang salah? Kerajaan BN atau pegawai kerajaan yang haprak. Hal ini berlaku dalam pangkalan tentera. Mungkin Laksamana Pertama (B) yang jadi orang kuat Pas tahu akan hal ini.

Kini pembangkang meletakkan kesalahan kepada parti politik yang memerintah. Ini amat dikesali.

Pembangkang memang gemar menjahanamkan kerajaan.

Sumber : Taiping Mali


Pssssttt... sebab tu dari awal aku dah cakap... buang kakitangan kerajaan yang jenis menjahanamkan kerajaan tambahan kalau penentang kerajaan ni... ramai lagi yang berkelayakan yang sokong kerajaan nak kerja dengan kerajaan... suruh puak-puak pembangkang yang nak sangat membangkang ni kerja la dengan pembangkang... buat apa kerja dengan kerajaan... dah kerajaan "kutip" bagi kerja... buat taik... selalunya yang merosakkan imej kerajaan ni kakitangan/pegawai yang menyokong pembangkang... kalau dah dasar haprak dan tak tau bersyukur macam ni la... manusia-manusia ni la yang merosakkan nama baik kerajaan... harap PM ambil maklum perkara ni... bagus lah lepas ni pekerja kerajaan dah tak ada status "state"... semua status "federal"... senang nak control and terjamin sikit... mana tau kalau tukar kerajaan negeri... ada pulak yang kena pecat beramai-ramai macam di Selangor lepas PRU-12 dulu.... Kerajaan fikir juga jaminan pekerja kerajaan... kalau pembangkang, kira nak buang kakitangan kerajaan je...

1 comment:

  1. Sudah sampai masanya kerajaan menyemak kembali sistem pengambilan tenaga kerja di jabatan2 kerajaan. Kerajaan patut mengutamakan penyokong2 kerajaan terlebih dahulu terutamanya dari ahli2 parti kompenen BN. Mereka inilah terbeban dengan perasaan tidak berpuashati kepada penyelewengan yang dilakukan oleh kakitangan kerajaan. Akhirnya mereka membuat protes senyap melalui undi. Perkara protes melalui undi ini dapat dilihat dari keputusan PRU 9 lagi, dan bertambah jelas dalam PRU12. Diharap DS Najib dapat memahami kehendak2 penyokong dahulu, sebelum perkara ini menjadi parah.

    ReplyDelete