Monday 12 December 2011

DS @NajibRazak : TERIMA KASIH KEPRIHATINAN JKM MEMBANTU ADIK MALANG INI !!!

Alhamdulillah...


Inilah yang dapat I4TT luahkan bila I4TT mendapat berita dari sahabat di utara Tanah Air berkaitan entri I4TT semalam berkaitan adik Suci Farisya. (KLIK SINI)



I4TT dikhabarkan pagi tadi telah ada bantuan segera dihulur kepada keluarga ini dan disampaikan terus ke tangan ibu adik Suci Farisya.


Bantuan RM600 untuk 2 bulan diserahkan pagi tadi oleh JKM dan bantuan seterusnya setiap bulan sepertimana OKU yang lain.


I4TT, sahabat blogger Pro-BN dan sahabat I4TT di utara yang menyampaikan maklumat ini, ingin mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada JKM yang pantas bertindak selepas entri I4TT ini mendapat perhatian dan turut juga disebarluas oleh rakan-rakan blogger yang lain.


I4TT mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada semua blogger, rakan facebook dan rakan twitter I4TT yang turut sama menyebarkan maklumat ini.


Diharap juga jika ada individu yang ingin menyumbang kepada keluarga ini, boleh lah berbuat demikian dan rujuk la entri I44TT semalam. (KLIK SINI)


Sekali lagi... Terima Kasih semua yang berjaya dalam usaha membantu adik Suci Farisya !!!


* Maklumat tambahan : Dato' Sri Shahidan Kassim juga turut menyampaikan sumbangan peribadi beliau. Terima Kasih Dato' Sri Shahidan !!!


* Kepada penyumbang secara terus ke akaun Ibu Adik Suci, terima kasih tidak terhingga kepada kalian. Moga Allah membalas kebaikan kalian semua.

No comments:

Post a Comment