Monday, 26 December 2011

GEMPAR !!! ADUN DAN MP PAKATAN HARAM DISERANG !!!

Tunjuk Perasaan - Penduduk dakwa Wakil Rakyat Pakatan Penipu.

alt

SHAH ALAM 24 Dis. - Seramai 60 Penduduk Jalan Bukit Kemuning, Kampung Batu telah berhimpun tanda protes terhadap 2 wakil rakyat Pakatan Rakyat mewakili kawasan mereka.

Menurut salah seorang penduduk yang terlibat, demonstrasi ini tercetus akibat daripada rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan Ahli Parlimen Kota Raja Dr. Mariah Mahmud dan ADUN Sri Muda yang tidak menunaikan janji untuk turun padang menyelesaikan beberapa masalah yang dibangkitkan penduduk setempat.

Beberapa masalah yang berlaku termasuklah isu masalah banjir dan infrustruktur termasuklah pembinaan jalan raya telah dijanjikan 2 wakil rakyat ini akan diselesaikan selepas kempen Pilihan Raya Umum yang lalu.

Akan tetapi sehingga hari ini masalah tersebut berlarutan tanpa sebarang maklum balas dari pihak 2 wakil rakyat tersebut.

Mereka turut mendakwa masalah banjir terutamanya telahpun dikenalpasti dan dibentangkan kepada wakil rakyat semasa PRU12 yang diantaranya berpunca daripada longkang yag sempit, tidak teratur menyebabkan saluran air hujan tidak dapat mengalir dengan lancar.

"Apa yang menyebabkan kami semakin berang adalah kesan permasalah yang berlaku menyebabkan berlakunya masalah yang mengundang bahaya kepada penduduk termasuklah serangan serangga berbisa dan ular," kata salah seorang penduduk tersebut.

Mereka juga menuntut janji ADUN Sri Muda yang akan melakukan penstrukturan semula beberapa kemudahan infrustruktur seperti pembangunan perumahan, perusahaan dan pengurusan sampah yang sekian lama tidak beroperasi dengan baik.

Laporan pihak polis turut dibuat atas dakwaan berlakunya penyelewengan tugas dari ADUN dan MP terbabit.

Demonstrasi ini turut menyebabkan berlakunya insiden perrgaduhan melibatkan kumpulan yang didakwa Penyokong Pakatan Rakyat dengan penduduk tersebut. 3 buah peronda polis telah dikerah untuk mengawal keadaan.

Sumber : KL Pos


Pssstttt... rasakan kau... kebangkitan rakyat kepada wakil rakyat penipu pakatan haram jadah... masa janji kalau boleh bintang dan bulan pun nak dipetik...


No comments:

Post a Comment