Monday, 26 December 2011

GEMPAR !!! AHLI PAS PUN SUDAH TAK PERCAYA KAT PAS !!!



Kali ni bukan cerita tamparan wanita, tapi ini cerita PAS ditampar laju-laju.

42 orang ahli PAS keluar dari kesesatan dan kembali ke jalan yang benar. Alhamdulillah, mereka sedar akhirnya.

Sebelum ini 37 ahli dan penyokong PAS dari Cawangan Bakau Tua Penaga, Kepala Batas telah istihar keluar parti pada 1/10/11 yang lalu. Sejarah tercipta lagi, 42 ahli PAS menyertai UMNO hari ini di Penaga. 

Dalam majlis yang dihadiri oleh lebih 100 orang turut disertai oleh Datuk Seri Reezal Merican Ketua Pemuda Umno Kepala Batas dan borang diserahkan kepada Adun Penaga Datuk Azhar.

Dalam sidang akhbar tadi mereka menyatakan menyatakan tindakan meninggalkan PAS dan menyertai UMNO adalah atas kerelaannya sendiri tanpa disogok oleh mana-mana pihak demi utk menyelamatkan negeri Pulau Pinang, agama dan bangsa Melayu. 

Mereka juga telah hilang keyakinan terhadap perjuangan PAS. Dan mereka juga menyatakan bahawa perjuangan PAS telah keluar dari landasan asal perjuangan.

Seperti biasa mereka yang keluar parti akan dituduh dengan pelbagai fitnah dan kecaman. Kita tunggu pula puak-puak mereka meroyan dengan pelbagai tuduhan.

No comments:

Post a Comment