Saturday, 24 December 2011

GEMPAR !!! AZIZAN BUKTIKAN BAHAWA PAS MUNAFIK !!!

PAS Kedah Bersekongkol Dalam Usaha Memerangi Islam !



Berdasarkan kenyataan media yang diterbitkan oleh 'Aman Tv' (unit media kerajaan Kedah) Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan Razak menyatakan bahawa jumlah wang RM 1.48 Juta telah HABIS DIAGIHKAN.

Wang berkenaan dibayar kepada pihak Kerajaan Negeri Kedah oleh pihak Pemaju Projek bagi mendapatkan Lot 418 TANAH WAKAF KHAS milik individu yang telah DIAMANAHKAN kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) untuk mengimarahkan dan menjalankan aktiviti-aktivi KEBAJIKAN serta PENGAJIAN ISLAM.

Dalam perbincangan dengan jawatankuasa madrasah baru-baru ini, YB Zulkifli Nordin mencadangkan perkara itu dibawa kepada ketua Agama Islam Kedah iaitu Tuanku Sultan Kedah dengan mengemukakan dokumen berkaitan.

Menurutnya langkah kedua ialah melantik peguam untuk mengambil tindakan mahkamah bagi mencabar keputusan pengambilan TANAH WAKAF KHAS ini selain memohon deklarasi terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa negeri.

Zulkifli berkata beliau terkejut kerana pada pengetahuannya WAKAF KHAS ini tidak boleh dijual beli kerana ia menjadi syiar dan jariah yang perlu dijaga oleh semua orang muslim.


Berikut laporan bernama;

Jawatankuasa Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah Kanchut di Jalan Tambang Badak di sini akan menghantar memorandum kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah tidak lama lagi bagi membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan madrasah itu.

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Mansor Ahmad berkata, memorandum itu akan dihantar bagi menghalang pihak pemaju dan kerajaan negeri merobohkan madrasah berkenaan untuk dibangunkan sebagai pusat membeli belah.

"Kita akan menghantar memorandum tersebut selepas kita selesai mesyuarat bersama jawatankuasa madrasah dan kemungkinan besar kita turut akan menghantar memorandum tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian penubuhan Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah Kanchut di sini hari ini. - Bernama
Apakah peranan PAS khususnya PAS Kedah pada hari ini ? Adakah PAS kini berperanan untuk membantu kafir laknatullah dalam memerangi Islam sehinggakan tanah wakaf pun turut digadai ? Azizan perlu menjawab isu ini berdasarkan pendirian PAS terhadap Islam... Tolong jangan jawab... "Tak Tahu... Sapa habaq kat hampa..." confirm penduduk Kedah cili mulut tu..!

Sumber : KGC


Psssttt... Azizan hang Islam ka kapir ??? Kalau PAS dok laung-laung Hudud dan hukum Allah (tapi masyarakat pun tau itu cuma retorik PAS) tak guna kalau hak-hak Islam anda tak jaga wahai Azizan serba tak tau... Azizan pemimpin Islam yang tidak menjaga amanah Allah !!! TOLAK PAS YANG MUNAFIQ !!!


No comments:

Post a Comment