Thursday, 22 December 2011

MAJORITY SPEAKS !!! BUKTI TELAH LAMA MAJORITY SISWA/I MENDOKONG ASPIRASI KERAJAAN !!!

Majoriti Mahasiswa Dan Mahasiswi Menyokong Kepimpinan Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak

Kenyataan Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar UPSI 2011/2012 - Adam Adli mencalar imej UPSI dan tindakan golongan yang membuat demonstrasi bukan mewakili majoriti mahasiswa.



Berikut kenyataan dari Setiausaha Agung MPP UPSI, Shahril Khasin terhadap perbuatan kurang ajar Adam Adli yang mencemar nama baik seluruh mahasiswa dan UPSI dilama sosial FB beliau.




Baiklah, aku cuma nak ulas statement S/U MPP UPSI pada printscreen yang terakhir tu.
Jika betul apa yang mereka lakukan, mengapa hanya segelintir mahasiswa yang menyertainya? Adakah mereka layak membawa suara mahasiswa secara keseluruhannya? Atau hanya membawa suara pihak berkepentingan? Tidak perlu menurunkan bendera tersebut, ia satu tindakan yg biadap dan mencalarkan imej MAHASISWA terutama Universiti sendiri... memalukan dan mencalarkan imej institusi pendidikan ulung, UPSI !!!

Benar, mereka yang melakukan demontrasi itu hanyalah MINORITI dan bukan majoriti siswa/i. Untuk pengetahuan semua, disetiap kampus/universiti diadakan pilihanraya yang dinamakan Pilihan Raya Kampus (PRK). Pada sessi 2011/2012 majoriti institusi pengajian dimenangi oleh Pro-Aspirasi dan hanya 3 yang dimenangi Pro-Mahasiswa.

Pro-Aspirasi adalah golongan yang lebih ke arah aspirasi serta visi institusi pendidikan berkenaan dan kerajaan Malaysia manakala Pro-Mahasiswa pula adalah lebih ke arah bertentangan atau biasa dipanggil dalam terms "lay-man" pembangkang. Mari kita imbas semula laporan dari Kosmo pada Februari 2011.

Pro-Aspirasi kuasai 7 universiti
KUALA LUMPUR – Pro-Aspirasi terus mengungguli pilihan raya kampus (PRK) bagi sesi 2011/2012 apabila berjaya mengukuhkan kedudukan di tujuh buah universiti awam di negara ini.
Antara universiti yang dikuasai oleh kumpulan yang melabelkan diri mereka selari dengan aspirasi kerajaan ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Bagaimanapun Pro-Mahasiswa (Pro-M) mendakwa sudah berjaya merobek beberapa kubu Pro-Aspirasi.
Menurut jurucakap Pro-Aspirasi UPM, Muhammad Zulkhairi Dzulkifli, semua pemimpin dan pendokong kumpulan tersebut harus bekerja lebih keras pada masa depan bagi memastikan mereka terus mendapat sokongan padu daripada mahasiswa.
“Mahasiswa bersama-sama mendukung aspirasi kita dan untuk itu kita tidak perlu rasa kecewa, putus asa dan terus berusaha menjadi seorang pemimpin yang baik,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kenyataan S/U MPP UPSI ini boleh dikuatkan dengan jadual dibawah;



Jelas sekali, bahawa "Mahasiswa Jalanan Murahan" itu hanyalah golongan MINORITI dan aksi demonstrasi dan vandalisme berkenaan bukanlah simbolik kepada MAJORITI siswa/i di Malaysia. Janganlah kerana nila setitik susu sebelanga pula yang rosak. Tidakan yang tegas perlu diambil terhadap pihak yang berkelakuan seumpama "beruk".

Kepada Mahasiswa unggul... Tahniah kerana anda masih menyokong kepimpinan PM. Lakukan yang terbaik demi masa depan yang lebih cemerlang dan selamat menghadapi exam yang akan menjelang tidak lama lagi !!!


KGC


1 comment:

  1. MPP UPSI pon tak guna. sibok nak berpolitik dari jaga kebajikan pelajar. Budak UPSI naik bas macam sardin bukan dorang nak bantu. kalau setakat keluar statment konon sokong kerajaan sebab takot tak posting boleh blah la. memang UPSI lubuk pembangkang dari beberapa tahun lepas lagi. senang cerita bebudak UPSI ni boleh tikam belakang... anytime..

    ReplyDelete