Friday, 30 December 2011

PANAS !!! ANWAR MELUTUT MINTA MAAF ???

Permohonan Maaf Kepada Ustaz Badrul Amin, Anwar Bukan Imam Mahdi!


Ustaz batak pendatang dari Indon Badrul Amin sebelum ini didedahkan menggelar Anwar Ibrahim sebagai Iman Mahdi. Apabila tersebar dengan meluas video rakaman tersebut Badrul Amin sudah gelabah.

Beliau menafikan Anwar bukanlah Iman Mahdi sebaliknya sudah disalah tafsir,kita sebagai umat Islam tidak baik membuat tuduhan melulu kepada Ustaz Badrul Amin,apa yang dimaksudkan oleh beliau bahawasanya Anwar Ibrahim adalah dajal.Berdasarkan hadis dibawah kita dapat lihat siapakah sebenarnya Anwar.

Sulaiman bin Syihab berkata : “Suatu ketika, Abdullah bin Maghnam datang kerumah.Kemudian , dia menceritakan Nabi Muhammad saw pernah bersabda :

“ Tidak lagi ada kesamaran tentang Dajjal. Sesungguhnya dia akan muncul dari arah timur. Kemudian, dia menyeru atas namaku sehingga dia diikuti oleh ramai orang. Kemudian dia memerangi mereka dan berjaya menguasai mereka. Dan dia masih berbuat seperti itu hingga dia datang ke Kufah. Dia menampakkan agama Allah lalu mengamalkannya sehingga dia diikuti dan disenangi kerana itu. Kemudian Dajjal berkata : “Sesungguhnya aku adalah nabi”.Dengan ucapan itu, maka takutlah orang yang memiliki hati dan akal yang lurus lalu (mereka) meninggalkan Dajjal. Dajjal masih terus hidup hingga dia mengatakan “Aku adalah Allah”. Dengan itu, akhirnya matanya tertutup, telinganya terpotong dan antara kedua matanya tertulis KAFIR ..”

[ Hadis direkodkan oleh Tabrani ].


Beberapa perkara dapat difahami berdasarkan hadis diatas, iaitu :

1).Dajjal akan muncul dari Timur. “Sesungguhnya dia akan muncul dari arah timur".

2).Dajjal akan berdakwah dengan memperalatkan nama Nabi Muhammad. Ini adalah sebagaimana dalam hadis diatas: “kemudian dia akan menyeru atas namaku”. Ini mungkin berkaitan dengan gelaran Imam Mahdi (imam yang mendapat petunjuk) yang mana Rasulullah mengatakan nama al-Mahdi adalah seperti namanya, iaitu Muhammad Bin Abdullah. Ini bermakna Dajjal akan memanfaatkan maklumat dari hadis ini bagi menipu manusia dengan mengisytiharkan dirinya sebagai Imam Mahdi (al-Mahdi palsu) dengan nama Muhammad. Ini sekaligus adalah tindakan Dajjal bagi menyaingi dan memburukkan Imam Mahdi yang sebenarnya muncul di Makkah lebih awal dari itu.

3).Ramai orang yang terpesona dengan akhlak Dajjal yang baik, santun dan murah hati. Dalam hal ini, kita dapat mengambil peringatan daripada hadis Rasulullah tentang Syubhat iaitu perkara yang samar-samar, mencampur adukkan yang haq dan yang bathil atau melakukan kebaikan dengan tujuan menipu yang dibawa oleh Dajjal. Antara Syubhat yang dibawa oleh Dajjal adalah akhlak yang baik. Pada masa itu, Dajjal menerapkan ajaran islam dalam kehidupan seharian, sehingga beramai-ramai orang menjadi pengikutnya dan menyukainya. “Lalu dia(Dajjal) menunjukkan agama Allah dan mengamalkannya sehingga dia diikuti dan disenangi kerana amalannya itu”. Ini menjadi bukti pada fasa itu, Dajjal masih dalam keadaan normal malah berkarisma.Pada masa itu belum ada tulis “KAFIR” di dahinya dan salah satu matanya belum buta. Ini kerana jika Dajjal sudah sejak awal lagi mempamerkan keadaannya yang sebenar, maka sudah tentu tiada seorang pun yang menjadi pengikutnya.

4).Apabila pengikutnya mulai ramai, Dajjal mengisytiharkan dirinya sebagai nabi, “selepas itu, Dajjal berkata : sesungguhnya aku adalah nabi”. Mungkin Dajjal mengisytiharkan dirinya sebagai Nabi Isa yang dikatakan akan muncul pada akhir zaman. Dajjal akan cuba menonjolkan dirinya sebagai Nabi Isa dengan cara menyembuhkan orang yang sakit, menghidupkan orang mati dan sebagainya sehingga mereka yang lemah imannya segera mengiktiraf Dajjal sebagai Nabi Isa. Apabila ini berlaku, golongan yang selama ini menyembah Jesus akan menemui Nabi Palsu itu lalu menyembahnya. Itu adalah taktik Dajjal, iaitu mempergunakan keterangan teks al-Quran dan hadis tentang Imam Mahdi dan Nabi bagi menipu manusia.

5).Selepas pengikutnya bertambah ramai, Dajjal mengisytiharkan pula dia adalah Tuhan, “Dajjal masih terus hidup hingga dia mengatakan : Aku adalah Allah”.Bagi menghapuskan agama kebendaan yang dipimpin oleh Dajjal, Allah menurunkan Nabi Isa, iaitu manusia yang disebut-sebut sebagai orang yang paling zuhud. Akhirnya , Nabi Isa membunuh Dajjal di Gerbang Lod- Gerbang Lod mungkin merujuk kepada Lapangan Terbang Ben Gurion yang terletak di Kota Lud/Lydda, Israel.Hanya Allah yang mengetahuinya.

6).Berdasarkan hadis ini, kita dapat ketahui sebahagian daripada pengikut Dajjal terdiri daripada umat islam yang lemah imannya.Ini kerana mereka tidak tahu orang’warak’ itu adalah Dajjal. Ini bermakna pada masa itu, belum ada tulisan KAFIR di dahi Dajjal dan salah satu matanya belum buta. Ini kerana jika Dajjal awal-awal lagi sudah mempamerkan keadaannya yang sebenar, sudah tentu tiada seorang pun yang menjadi pengikutnya; dan

7).Kemuncak pendustaan Dajjal adalah apabila dia mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan, Allah menghukum Dajjal dengan bencana yang menyebabkan sebelah matanya buta dan pembentukan tulisan KAFIR di dahinya….




No comments:

Post a Comment