Tuesday, 27 December 2011

PANAS !!! LAGI KOMEN MAHASISWA BERHEMAH !!!

Kata-kata dari seorang terpelajar yang matang !

Syed Luqman (sebelah kiri) dan bekas pengerusi IMAM Saudara Iqbal (sebelah kanan)

Pengerusi Ikatan Mahasiswa Anak Melaka Mesir Sau. Syed Luqman Hakim mewakili persatuan Perubatan Mesir Al-Azhar tahun 3 tidak menyokong tindakan Adam Adli menurunkan bendera Perdana Menteri Malaysia.

Tindakan Adam Adli daripada pelajar UPSI yang menurunkan bendera Perdana Menteri dan menggantikan dengan bendera bebas bukan menunjukkan imej yang baik sebagai mahasiswa yang menceroboh rumah kerajaan di PWTC. 

Sebagai seorang mahasiswa yang bakal bergelar pendidik haruslah mempunyai sikap profesionalisme dan juga berfikiran matang. Untuk menjadi seorang mahasiswa yang berjaya dan bercita–cita tinggi haruslah menumpukan masa terhadap akademik dan bukannya untuk menimbulkan sesuatu isu.

Selain itu,demo yang diadakan juga bukan merupakan jalan penyelesaian tetapi hendaklah meluahkan pendapatnya dengan saluran dan medium yang betul dan bukannya dengan cara menurunkan bendera Perdana Menteri kerana ia tidak ada kena mengena dengan tuntutan mahasiswa.

Tambahan pula, PWTC juga bukan merupakan tempat yang sesuai untuk menunjuk perasaan. Apa yang penting bagi kami, tindakan Adam Adli bukan menggambarkan imej seorang mahasiswa yang berfikiran matang tetapi adalah sebaliknya.

Oleh itu, kami mewakili salah sebuah persatuan di Mesir sesekali tidak menyokong tindakan Adam Adli yang bergelar mahasiswa. Sebagai seorang mahasiswa hendaklah menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan bukannya hanya pandai berdemonstrasi dan membangkang kerajaan yang sedia ada.

I LOVE PM...

(Dikirim dari seorang sahabat yang kini di Mesir, Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir)


Psssttt... ini baru betul kata-kata dan ayat dari seorang yang LAYAK bergelar Mahasiswa... bukan MahaSewel macam si Adam Adli sial tu... Syabas Syed Luqman... Moga berjaya dunia dan akhirat...!


No comments:

Post a Comment