EKSKLUSIF !!! SENATOR EZAM MENGAKU DIA YANG HANTAR SURAT PADA WORLD BANK !!! INI BUKTINYA !!!
Anwar Ibrahim si peliwat dan penzina tegar yang suka menipu rakyat yg naif memfitnah plak dengan mendakwa Tun Dr. M pernah menulis kepada IMF minta bantuan semasa krisis kewangan 1999 lalu.
Dalam usaha membuang gelaran "ejen AS dan ejen Yahudi" terhadapnya,si peliwat ini mendakwa plak pada tahun 1993 dia pernah menulis kepada IMF sebagai menteri kewangan ketika itu untuk menolak bantuan kewangan.
Tweet Ezam : Ceramah Gombak td (tadi). Anwar kata Tun M hantar surat pd (pada) World Bank. Itu tipu. Yg (yang) betulnya sy (saya) ada surat Anwar pd (pada) World Bank. Gadai maruah pd (pada) Yahudi.
Tun Dr. Mahathir Mohamad mencabar Anwar Ibrahim agar bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999 seperti yang didakwa. Tun Mahathir berkata,beliau tidak pernah berbuat demikian sebaliknya menolak permintaan daripada Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan.
"Saya minta Anwar tunjukkan surat itu kalau ada. Saya yang menolak semasa wakil Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) datang nak tawarkan bantuan dana. Saya nak suruh dia bersumpah menjunjung al-Quran bersama saya jika benar saya menulis surat itu," jelas Tun Mahathir.
Katanya, beliau menolak tawaran Bank Dunia dan IMF itu kerana tidak mahu menjadi hamba kepada bank along yang terbesar itu.
“Dia (Bank Dunia) yang nak bagi sangat kat kita.. saya kata ‘Tidak’, pasal kalau kita terima... kita jadi hamba dia. Kita kalau minta tolong orang... kita jadi hamba orang yang kita minta tolong. Sebab tu kita tak nak”, katanya.
Portal pro Anwar, Meloyakini melaporkan Anwar membuat dakwaan itu ketika menyampaikan ucap utama dalam majlis makan malam membincangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) pada malam 15 Disember yang turut dihadiri wakil kedutaan asing. Tambah portal itu, dakwaan terbaru Anwar itu sebagai satu usaha membuang gelaran “agen AS” terhadapnya. Selain memburukkan Dr Mahathir, selaku Perdana Menteri ketika itu, portal itu turut melaporkan Anwar memuji dirinya sebagai Menteri Kewangan yang hebat.
“Anwar berkata, pada tahun 1993, beliau juga pernah menulis kepada Bank Dunia atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan ketika itu untuk menolak bantuan kewangan. Katanya, walaupun beliau (Anwar, ketika itu) mempengerusikan jawatankuasa pembangunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, beliau berpendapat Malaysia tidak memerlukan dana itu.
Anwar Berbohong
Dr Mahathir, menjawab kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Multaqa Wehdatul Ummah di Butterworth, berkata dakwaan Anwar adalah satu pembohongan.
“Pergi semak balik laporan-laporan akhbar pada masa itu (Ketika itu). Anwar ini terkenal sebagai orang yang memperkenalkan ‘cara-cara IMF dengan World Bank tanpa pertolongan World Bank’. Dia ikut cara-cara World Bank, sampai rosak (ekonomi). Saya juga kata, Anwar, kalau you buat macam ini, satu hari nanti kita tak ada cukup (duit) untuk bayar gaji pegawai.. Dia lupa kah ? Kaki bohong”, katanya.
Dr Mahathir juga turut mencabar Anwar bersumpah sambil menjunjung Al Quran untuk membuktikan kata-katanya benar.
“Suruh Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah dalam masjid.. junjung Al Quran.. saya sanggup junjung Quran dalam masjid.. sama-sama junjung Quran dengan dia”, katanya.
Halau Pegawai Bank Dunia-IMF
Sementara itu, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang turut hadir dalam pertemuan antara pegawai-pegawai Bank Dunia dan IMF dengan Dr Mahathir menyokong kenyataan bekas Perdana Menteri itu. Ketika itu Nor Mohamed adalah Timbalan Gabenor Bank Negara.
“Saya masih ingat, ada orang dari IMF, World Bank datang. Dia kata nak mengelakkan krisis ini, kita kena menambah kadar faedah.. kadar bunga. Kerajaan pula tak boleh belanja, Bank Negara pula kena tarik balik semua pinjaman. Dan Tun beritahu mereka, Tun kata, kalau macam ini, ‘bloods in the streets‘. Budak-budak IMF.. World Bank (yang berusia) 30.. 40 tahun pula kata, 'let it be bloods in the streets'. 'Bloods in the streets' merupakan satu istilah ekonomi yang diperkenalkan oleh Baron Rothschild, keluarga perbankan Yahudi yang berkata, “The time to buy is when there’s blood in the streets.”
Mendengar jawapan pegawai-pegawai Bank Dunia-IMF yang mahu mencipta ‘ekonomi panik’ supaya rakyat menderita serta menggalakkan rusuhan jalanan, Dr Mahathir telah menghalau mereka keluar dari pejabatnya.
“Tun beritahu mereka, please get out.. get out.. Itu yang berlaku, bukan Tun tulis surat. Tun hanya kata ‘get out‘, kata Nor Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Sumber : Badut Rakyat
Pssstttt... adeih... malu lagi... mana nak sorok kote Nuar oiii... hahaha...
tabik TUN
ReplyDeleteSatu masa anuar ni jadi gila royan....kejar bayang2 sendiri.....
ReplyDeleteTp pencacai2 nuar masih lg mau percaya..mcm lahanat..
ReplyDelete