Sunday, 25 December 2011

SAHIH !!! UMNO PARTI ISLAM !!! PAS PARTI KRISTIAN ???

Terlebih dahulu I4TT dan mewakili semua warga kerja I4TT mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada semua readers yang beragama Kristian dan menyambut Krismas. 

Kepada readers I4TT yang tidak meraikan Krismas, diucapkan selamat bercuti. Bestkan cuti Sabtu, Ahad dan sambung ke Isnin.. Hehehe... 

Sempena Krismas, I4TT nak kongsikan 1 entri yang dikeluarkan sahabat blogger I4TT yang penuh kebenaran dan patut menjadi renungan kita semua... 

Jom baca dari Gelombang Rakyat...

APABILA NIK AZIZ IKHTIRAF PADERI DIBERI MUKJIZAT ALLAH!!


Salam Hari Natal buat semua rakyat Malaysia beragama Kristian. Itu adalah ucapan yang bukan sahaja kita dengar dari mereka yang beragama tersebut, malah dari seluruh pelusuk masyarakat tidak kira yang beragama Islam, Hindu, Buddha dan lain2. Mereka mengucapkan Selamat Hari Kristian buat rakan2 beragama Kristian. Ini budaya yang masih dipelihara di Negara ini. Dan menjadi label Malaysia sebuah Negara Harmoni.

Mungkin ada yang beranggapan ayat di atas sekadar skrip yang ditulis semata2 untuk tatapan masyarakat Malaysia. Akan tetapi hakikatnya, realitinya, hanya Malaysia sahaja yang masih memupuk semangat ini. Tiada peperangan yang melibatkan Agama dan Bangsa. Tiada kekacauan berlaku pada hari Perayaan Agama masing2. Dalam apa jua perayaan yang disambut, pelbagai Agama dan Bangsa sama2 menumpang gembira atas perayaan rakan2 mereka.

Benar. Ianya tidak berlaku di Negara2 lain. Ada masyarakat dari Negara luar mengherdik dan menganggap umat Islam itu Kufur hanya kerana mengucap 'Selamat Hari Natal' kepada rakan Kristian mereka. Persoalannya, adakah situasi harmoni ini akan kekal di Negara kita?

Cabaran besar penyatuan Umat Kristian dan Islam telah mula digoncangkan dengan pelbagai isu pada masa kini. Ada sahaja gangguan yang datang membangkitkan semangat kebencian sesama agama. Bermula dengan isu kalimah Allah, kemudiannya disusuli pula dengan penyebaran dakwah secara sulit memurtadkan masyarakat Islam dan lain2.

Ada yang ekstrim menentang. Ada yang membela. Ada juga yang mengugut. Namun pada ketika inilah kita dapat melihat kejujuran tokoh2 Politik Negara dalam menyelesaikan isu tersebut. 

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan isu kontroversi Gereja DUMC di Selangor, perasan atau tidak, kesemua yang tampil adalah Pemimpin2 yang beragama Islam, tidak kira dari pihak yang membongkar, pihak yang membela, malah pihak yang menentang. Semuanya datang dari tokoh Politik yang beragama Islam.

Pihak yang membongkar adalah Exco Agama Negeri Selangor Hassan Ali yang merupakan Pemimpin PAS melalui kajian dan siasatan awal JAIS. Akan tetapi yang tampil mempertahankan mangsa serangan ini juga melibatkan Pemimpin2 PAS iaitu Khalid Samad. Yang menentang? Sudah pasti NGO2 Radikal Melayu termasuklah dari Perkasa, juga beragama Islam. 

Kenapa Pemimpin2 Kristian tidak tampil membuat sebarang kenyataan? Mungkin ada yang berada 'di sebalik tabir' Pemimpin2 Islam mendesak agar isu ini diselesaikan agar ianya memihak kepada mereka.

Apa yang pasti, isu ini sebenarnya dapat diselesaikan dengan lebih mudah jika kita ada prinsip berlandaskan budaya Malaysia. Apa itu budaya Malaysia? Perpaduan berpayungkan Perlembagaan Negara. Prinsip yang diakui dunia sangat ajaib melalui Rukun Negara yang dicetuskan Allahyarham Tun Abdul Razak.

Dan tidak perlulah menyalak berlebih2 an untuk mendapat publisiti murahan. Diam dan lebih baik fikir cara penyelesaian. Jika anda rasa anda bertanggungjawab menyelesaikan isu tersebut, lakukannya dengan lebih pintar.

Cakap berlebih2 an tapi isu tak selesai tiada gunanya. Itu yang berlaku dalam PAS pada hari ini. Secara tiba2 masuk campur isu berkaitan DUMC di Selangor. Takut tak dapat sokongan bukan Islam, sehinggakan sanggup playsafe dan mencantas individu yang membongkar isu Murtad ini iaitu Hassan Ali. Walhal soal akidah inilah yang menjadi senjata PAS 1 ketika dahulu menyerang Pemimpin2 UMNO.

Kenapa isu ini memberi kesan Negatif terhadap Persekitaran politik PAS. Kerana Pemimpin2 PAS tidak jujur pada Allah. Allah diyakini wujud. Tapi perjuangan Allah itu menjadi mainan politik mereka. Tarik tali perjuangan Allah itu digunakan mengikut situasi. 

Pada mulanya hendak berjuang sampai sanggup mati. Berjuang sehingga menghina saudara seIslam yang menyokong UMNO. Kini perjuangan Allah yang pada mulanya diketepikan seketika terus lenyap entah ke mana. Kerana apa? Kerana berjuang dengan parti yang anti akan perjuangan Allah. Sudah pastilah DAP. Pun begitu, setiap Ahli UMNO terus dihina.


UMNO nampak lebih tenang walaupun cabaran Pemimpin No. 1 Najib Tun Razak tidak mustahil dikatakan lebih ekstrim dari zaman pemerintahan Mahathir. Namun Negara kekal harmoni. Walaupun ada sahaja pihak yang cuba membangkitkan semangat yang boleh mematahkan keharmonian Negara, tidak kira dari musuh mahupun dalam parti pemerintah sendiri, namun ia masih kekal. Itulah realiti UMNO yang kita tak nampak. Tapi realitinya ia kekal.


Kadang2 kita lupa memandang kebaikan UMNO kerana dirasuk mainan syaitan2 bertopengkan manusia di luar sana. Kerana yang buruk itu sedikit akan tetapi dilihat besar kerana faktor luaran semata2. Mungkin prinsip yang dipegang Najib menjadi kekuatan beliau untuk terus bertahan dan dapat mengekalkan keharmonian Negara. 1 prinsip yang tidak perlu dicanang kepada rakyat, akan tetapi disebarkan melalui cara kerja yang terbaik demi rakyat. Prinsip "Diam, tenang, laksana dan Ikhlas lillaahi Taala."



2 comments:

  1. tulisan yg dipemuhi dengan prejudis x akan merubah apa2, sebaliknya kredebliti anda dipertikaikan orang. generasi kini lebih berfikir, x seperti generasi dulu yg mudah dipengaruhi.

    ReplyDelete
  2. Anonymus yg rcomment tu mesti bukan ISLAM...atau dah jadi syirik kpda Allah & Rasul...

    ReplyDelete