Tuesday, 13 December 2011

WAJIB BACA !!! FAKTA !!! UMNO SEMAKIN DIGERUNI PEMBANGKANG !!!

Dendam Dan Ketakutan Terhadap UMNO Semakin Ketara


Puak-puak pakatan haram kini semakin menunjukkan rasa takut dan gentar mereka terhadap UMNO. Kini mereka melancarkan satu kempen yang disebut A.B.U. bagi singkatan kepada Asal Bukan UMNO atau Anything But UMNO.

Malah mereka turut mewar-warkan sidang media serentak seluruh tanahair. Betapa takutnya mereka terhadap UMNO.

Ini jelas menunjukkan bahawa perjuangan Pakatan Haram Jadah ini hanyalah berteraskan dendam mereka terhadap UMNO semata-mata dan bukanlah perjuangan demi Rakyat.

Kenapa mereka tidak melancarkan kempen yang menjurus kepada perjuangan rakyat? Jelas membuktikan bahawa mereka tidak punya agenda lain hanyalah dendam terhadap UMNO.

Mari kita tengok semula rentetan sejarah penubuhan parti-parti di dalam Pakatan Haram Jadah ini.

PAS

Kita mulakan dengan PAS. Memandangkan PAS antara parti tertua di Malaysia selepas UMNO. PAS ditubuhkan oleh desakan British apabila ada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati terhadap UMNO. Demi menggagalkan usaha UMNO dalam memerdekakan Malaysia tetapi British menggunakan alasan untuk mengimbangi politik Melayu di Tanah Melayu.

Kemudiannya PAS pernah bersama-sama dengan UMNO didalam Barisan Nasional pada tahun 1970 tetapi kemudiannya dek kerana sikap khianat mereka juga, akhirnya PAS ditendang keluar pada 1978. Dengan 9 parti didalam Barisan mengundi PAS dikeluarkan dan 1 undi berkecuali dari PPP manakala tentulah 1 undi menentang itu dari PAS.

Jelas bukan, PAS tidak mahu keluar dari Barisan tetapi bukan UMNO sahaja tidak mahukan PAS didalam Barisan malah 9 dari 11 parti tidak sanggup dikhianati PAS. Makin bersemaraklah dendam PAS terhadap UMNO. Dendam terhadap UMNO ini sehingga ke hari ini masih belum terpadam nampaknya.

DAP

Bagaimana pula DAP? Semua maklum bahawa DAP adalah hasil aspirasi PAP. Dendam kesumat anak buah Lee Kuan Yew ini memang sukar dibendung lagi dan kini semakin jelas. Sekali lagi kita lihat rentetan sejarah penubuhan DAP ini.

Sebelum kewujudan DAP, terdapat sebuah perti dipanggil PAP di Malaysia ini. Singapura ketika itu masih didalam Malaysia dan PAP adalah parti yang memerintah Singapura. Kemasukan warga asing dari China melalui Singapura ketika itu sangat aktif.

Tahukah anda peristiwa 21 Julai 1964? Jika tidak tahu dan terlupa, mari kita kenang semula sejarah. Itulah tarikh dimana berlakunya rusuhan kaum paling teruk ketika Hari Maulidur Rasul. Kemudian episod-episod rusuhan kaum ini berlarutan. Rusuhan kaum antara Melayu dan Cina semakin buruk dan keadaan sangat kacau bilau ketika itu.

Walaupun keputusan menendang Singapura dibuat dengan maha berat sekali oleh Tunku, namun demi menjaga kesejahteraan dan keharmonian negara keputusan itu terpaksa dibuat. Keadaan yang semakin tegang antara kaum Melayu dan Cina yang dicetuskan PAP membuatkan Tunku terpaksa mencadangkan didalam Parlimen untuk memisahkan Sungapura dari Malaysia.

Akhirnya pada 9 Ogos 1965, dengan undi 126-0, maka keluarlah Singapura dari Malaysia. Dan pengusiran Singapura dari Malaysia merupakan tamparan yang teramat berat bagi Lee Kuan Yew.

Dengan aspirasi dan ideologi yang sama dengan PAP, maka tertubuhlah DAP 2 bulan kemudian iaitu Oktober 1965 dan 6 bulan kemudian didaftarkan secara rasmi. Selepas pengumuman pilihanraya 1969 pada 10 Mei 1969, terjadi peristiwa yang paling menyayat hati dan mengerikan iaitu peristiwa 13 Mei yang mana tidak akan dilupakan sesiapa sahaja begitu juga ayah dan bapa saudara aku yang ketika itu berada disana dan menyaksikan segalanya.

Berikutan peristiwa 13 Mei cetusan DAP dan GERAKAN ini, maka Parlimen digantung dan selepas itu tertubuhlah Barisan Nasional yang dianggotai juga oleh GERAKAN. Presiden GERAKAN turut memohon maaf diatas perlakuan melampau penyokong didalam perarakan 13 Mei 1969.

Jelas membuktikan dendam dari PAP dibawa oleh DAP ini. Sehingga hari ini, dendam terhadap UMNO yang mengepalai Perikatan dan kini Barisan Nasional tidak pernah padam.

PKR

Sekarang mari kita ingat balik macam mana PKR ditubuhkan. Mana tahu kalau-kalau ada yang tak tahu macam mana parti anak beranak ini ditubuhkan. Pada aku, penubuhan PKR adalah antara yang paling kelakar dalam dunia.

PKR atau disebut Keadilan ini adalah bertujuan untuk membebaskan Anwar semata-mata. Bukan untuk rakyat. Mentaliti mereka sentiasa mengatakan UMNO yang memenjarakan Anwar tanpa mahu melihat sendiri punca-punca Anwar dipenjarakan. Penubuhan PKR adalah dari aspirasi gelombang reformasi ketika pemecatan Anwar dari UMNO pada 2 September 1998.

Penubuhan parti ini hanyalah sekadar menegakkan benang yang sedia basah. PKR bukanlah parti yang beragenda rakyat tetapi hanyalah untuk kepentingan Anwar semata-mata. Inilah satu-satunya parti kartun dalam Malaysia. Semakin lama, semakin menebal dendam Anwar kepada UMNO. Tambahan pula bila cita-cita menjadi PM terbantut bila dia dijemput khas ke Penjara. Mungkinkah episod menyumbatan Anwar ke panjara akan bermula sekali lagi?



Secara kesimpulannya, perkataan Asal Bukan Umno atau Anything But UMNO ini jelas menunjukkan agenda dendam mereka semata-mata terhadap UMNO. Ini bukanlah agenda rakyat. Tiada untungnya pada rakyat pun. Mungkin setiap malam mereka mengalami mimpi buruk dengan UMNO maka dendam mereka cuba dizahir dengan slogan yang jelas menunjukkan sifat dendam itu.

Kelakar juga rasanya bila kempen-kempen dan slogan mereka mesti dikaitkan dengan UMNO. Takut benar mereka terhadap UMNO.


Sumber : KGC


Psssttt... pakatan haram jadah ni boleh mati kalau tak de UMNO... tanpa UMNO apa la yang dapat diorang perjuangkan... hahahahahaha....


ALLAH BERSAMA UMNO !!! A.B.U. !!!


ALLAH BERKATI UMNO !!! A.B.U. !!!





No comments:

Post a Comment