Monday, 30 January 2012

AUKU - PAS KEDAH BACK UP AZIZAN !!! APA AZIZ BABI NAK KATA ?!!



PAS Kedah mempertahankan tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang enggan tunduk terhadap desakan pihak tertentu yang mahu Menteri Besar itu dipecat kerana tidak mahu campur tangan bagi menyelesaikan penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Mereka juga berpendapat pihak luar tidak sewajarnya campur tangan dalam soal pentadbiran negeri itu dan KUIN.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi, berkata pihak terbabit sepatutnya memberi peluang dan kepercayaan kepada Azizan dalam melaksanakan tanggungjawabnya dan memahami kedudukan masing-masing dalam Pakatan Rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri berkata, adalah tidak wajar rakan dalam pakatan rakyat sendiri membuat teguran secara terbuka melalui media massa kerana ia boleh disalah erti oleh pihak lain.

“Pada saya tidak wajar ada pihak lain campur tangan dan jika hendak menegur pun, gunakan saluran yang betul dalam pakatan rakyat untuk memberi pandangan kerana tidak elok jika dibuat melalui media.

“Perlu ada rasa hormat-menghormati kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas desakan pelbagai pihak, termasuk Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari supaya Pakatan Rakyat mengambil tindakan ke atas Azizan yang juga Pengerusi KUIN berhubung penggantungan lima pelajar universiti itu pada April lalu kerana memprotes tindakan universiti mengosongkan asramanya di kediaman Ar-Razi, di sini. 

Nik Nazmi dan Dr Abdul Aziz mahu tindakan itu dikenakan ke atas Azizan kerana mendakwa Menteri Besar itu menyokong kewujudan AUKU, sedangkan manifesto Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga menjanjikan mereka akan menghapuskan akta berkenaan.

Bagaimanapun, empat daripada pelajar terbabit sudah dibenarkan menyambung semula pengajian baru-baru ini, manakala seorang lagi masih dalam penggantungan.

Azizan dalam laporan akhbar semalam juga mempertahankan tindakannya untuk tidak campur tangan dalam keputusan KUIN mengambil tindakan ke atas pelajar terbabit dan dia sedia dipecat.

Selain itu, Azizan juga menjelaskan sebagai sebuah universiti, KUIN tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, selain terikat dengan peraturan menguatkuasakan AUKU.


No comments:

Post a Comment