Friday 20 January 2012

JUSTICE 4 SAIFUL !!! MASA MAKIN SUNTUK !!! ADAKAH SAIFUL BUKAN WARGANEGARA ??? PEGUAM NEGARA PLEASE WAKE UP !!!



Assalammualaikum,

Untuk makluman semua, semalam, peguam saya Tetuan Zamri Idrus & Co telah menghantar sepucuk surat rasmi bagi pihak saya kepada YBhg Tan Sri Abd Ghani Patail, Peguam Negara, memohon beliau untuk memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan ke atas keputusan yang di buat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9hb Januari 2012.

Saya terpaksa mengutus sepucuk surat rasmi ini kerana sehingga ke hari ini tiada maklum balas terhadap permohonan terbuka saya dan bapa dari YBhg Tan Sri sama ada beliau akan memfailkan rayuan atau tidak. Masa juga semakin suntuk.

Rayuan ini penting kerana ia membabitkan maruah dan masa depan saya.

Jika saya berhak memfailkan rayuan itu sendiri, saya akan berbuat demikian tanpa menyusahkan individu lain. Namun kuasa mutlak untuk memfailkan rayuan, hanya terletak ditangan Peguam Negara.

Pada hemat saya, saya hanya menuntut hak saya sebagai warganegara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dimana setiap aduan itu berhak didengar dan diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Tertinggi.

Saya berdoa agar Peguam Negara mempertimbangkan permohonan saya ini.

Terima kasih saya ucapkan pada rakan-rakan dan semua pihak yang mendoakan dan menyokong saya untuk permohonan rayuan ini.

Saya akan terus berdoa, sabar dan istiqamah.

SAIFUL BUKHARI AZLAN
19hb Januari 2012

Seperti yang telah Tun M tuliskan didalam blog beliau, ada 1 part yang ingin I4TT bangkitkan disini.

Cuba korang kira balik rayuan dan songeh Al-Juburi sepanjang kes main jubur ni berjalan. I4TT boleh katakan bahawa Al-Juburi ni dah memang sesuai dapat title "Raja Appeal".

Kenapa sekarang ni, hak Saiful cuba dinafikan AG? Adakah Saiful sememangnya tidak berhak? Adakah Saiful bukan ahli politik maka dia tidak berhak membuat rayuan?

Pertama kalinya sepanjang perbicaraan, Saiful memfailkan rayuan kepada Peguam Negara. Adakah kini hak Saiful pula mahu dinafikan?

Apakah benar dakwaan Anwar bahawa mahkamah boleh dibeli????


No comments:

Post a Comment