Tuesday, 24 January 2012

MAKI POLIS !!! HAK ISTIMEWA PAKATAN HARAM JADAH !!!


Pakatan Dapat Hak Istimewa Maki Hamun Polis


Pelik tapi benar, kita sering kali dimomokkan dengan perangai gampangan haprak pakatan yang memaki hamun pihak polis dengan kata kata kesat.

Ceramah ceramah haprak pakatan turut sama maki hamun dan dalam masa yang sama turut membuat fitnah terhadap pihak polis.

Tidak ada satu pun tindakan diambil oleh pihak polis, adakah hanya kerana mereka ini mewakili parti politik maka mereka mempunyai hak dan kelebihan untuk maki hamun?

Begitu juga dengan kes Anwar,beliau bagaikan diberi keistimewaan oleh pihak berkuasa untuk menghina mahkamah diseluruh negara.

Amat berbeza sekali dengan rakyat marhain yang tidak mempunyai ikatan dengan parti politik pembangkang,mereka akan diheret dan didakwa berdasarkan peruntukan undang undang tanpa dilepaskan atas budi bicara.


Maki polis dipenjara dua bulan

KOTA BHARU 22 Jan. - Tindakan seorang pekerja kilang papan memaki hamun anggota polis membawa padah apabila dia dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Muhamad Safuan Azahar menjatuhkan hukuman tersebut ke atas lelaki terbabit, Gur Chun Foo, 37, dari Johor selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut di Balai Polis Kota Bharu, kira-kira pukul 8.15 malam pada 15 Januari lalu.

Tertuduh yang bekerja di kilang papan di Kuala Krai didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 iaitu berlakuan tidak senonoh dengan membuat kacau dan memaki hamun anggota polis di balai berkenaan.

Sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak lebih RM500 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Menurut fakta kes, pada waktu kejadian, seorang lelaki telah datang ke tempat pertanyaan di Balai Polis Kota Bharu dan membuat kacau dengan memaki hamun anggota polis. Lelaki itu kemudiannya ditahan oleh pihak polis.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Saiful Nizam Mislah.-Utusan

Sumber : KGC


No comments:

Post a Comment