Wednesday, 4 January 2012

PANAS !!! CINTA TERHALANG KERANA AUKU !!! TAK DAPAT BUAT MAKSIAT KE ???

AUKU seperti penghalang cinta Yuyu Luna dan Adam Adli !!



satu email dari Yuyu Luna kepada satu blog cinta . Yuyu Luna akui bahawa dia dengan dengan Adam Adli kenalan rapat dan sama-sama berjuang . Amboi ayat mengalahkan orang dilamun cinta ... macam AUKU ini zalim gila punya hingga menjadi penghalang sebenar perjuangan sejati mereka .


Nak lihat bukti pejuangan sejati Adam - Yuyu Luna , mereka kan berdepan tindakan tatatertib sekali oleh UPSI . 

AIDCNews – 03/01/12 – Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata selain Adam Adli Abdul Halim, seorang lagi mahasiswi, Siti Nurul Piteriah Abdul Halim akan turut didengar tindakan tatatertib kerana melakukan kesalahan melanggar AUKU.

Siti Nurul Piteriah atau dikenali sebagai ‘Yuyu Luna’ di laman sosial facebooknya juga terlibat bersama-sama Adam Adli ditahan polis pada malam demonstrasi pelajar luar di pintu pagar UPSI, pada 1 Januari.

“Tadi (petang semalam) dah dibebaskan atas jaminan polis, perbicaraan 20 Januari nanti tetapi saya masih kabur atas kesalahan apa saya ditangkap jam 3.30 pagi tadi (1 Januari 2012)”, kata Yuna seperti dilaporkan gazebodaily.net


Portal itu turut melaporkan Yuna juga turut dibuang daripada kolej berkuat kuasa malam ini.

AIDCNews sebelum ini pernah mengingatkan seandainya demonstrasi itu sekadar untuk permainkan Dr Junaidy, mereka silap besar. Mereka sepatutnya membaca sejarah siapakah tokoh yang buat kajian tentang “Mahasiswa Politik dan Undang-Undang” yang menjadi salah satu rujukan gerakan mahasiswa masa kini.

Ramai pemerhati politik kampus berpendapat, demonstrasi anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang bermentorkan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai satu usaha untuk memulakan ‘revolusi seperti Mesir dan Tunisia‘ yang bertopengkan pemansuhan AUKU.

Mahasiswa Diperkuda

“Sekarang giliran mahasiswa diperkudakan Anwar untuk mencapai cita-cita revolusi palsunya kerana takut menghadapi saat-saat menjelang 9 Jan”, kata SD Johari Yassin kepada AIDCNews.

SD Johari yang juga bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan berkata Anwar kini benar-benar terdesak sehingga sanggup memperkudakan mahasiswa setelah kehilangan sokongan daripada majoriti rakyat Malaysia.

“Pada tahun 1998, rakyat bangun, bangkit membela Anwar, termasuk saya..sekarang kebanyakan rakyat yang bangkit membela Anwar dulu telah sedar dan kembali ke pangkal jalan.

“Dulu rakyat yang bangkit membela Anwar sebab yakin Anwar tak buat benda tu.. sekarang Anwar yang bangkit mencari simpati rakyat, tapi rakyat tak bangkit sebab semakin yakin Anwar buat benda tu..kerana tiada sokongan, sebab itu ditagih sokongan mahasiswa yang belum benar-benar kenal Anwar”, katanya.

Sumber : GPB


No comments:

Post a Comment