Saturday, 28 January 2012

PERAK !!! CABARAN I4TT UNTUK LIM KIT SIANG !!! ADA "EGG" ???





Baru-baru ini, I4TT ada la lepak-lepak santai dengan kawan-kawan politik dari Perak. Ada sama juga kawan politik dari Parti PPP (Parti Progresif Penduduk) dari DUN Pasir Bedamar (N55).


Sembang-sembang santai pasal isu politik semasa dan main teka teki winnable candidate dan juga wannabe candidate. Hehehe...


Keluar juga cerita-cerita kerusi sini UMNO akan ambil, kerusi sana akan diberi kepada MCA, ada kerusi sini akan bertukar kepada MIC, juga akan dirombak kerusi diberi kepada GERAKAN dan ada kerusi akan dapat pada PPP. 


Biasa la, lama tak jumpa, jadi macam-macam cerita dan sembang panjang.


Juga al-kisah YB DAP di Parlimen Teluk Intan (P76) yang tak pernah nampak batang hidung. Kalau nak tengok muka YB Teluk Intan kena bukak paper kalau-kalau ada demonstrasi Interlok lagi. Hehehe...


Kisah DAP sekarang yang sedang berebut kerusi hampir kebanyakan DUN dalam Perak. DAP dah kucar kacir dek kerana kerusi, maklumlah dah nak dekat PRU. 


Tak pe la, tak payah nak gaduh-gaduh... Nanti I4TT bagi la kerusi IKEA kat diorang tu. Kerusi pun nak rebut. Hahahaha...


Tapi, yang sebenarnya bukan hal rebut-rebut kerusi yang jadi persoalan utama sekarang ni. Yang ingin I4TT sampaikan kepada readers semua adalah berkaitan Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Ipoh Timor.


Pada PRU-12 (308), Lim Kit Siang memenangi kerusi Parlimen Ipoh Timur. Tetapi, maklumat yang disampaikan sahabat I4TT baru-baru ini dalam perjumpaan terbabit, I4TT difahamkan LKS akan bertanding di Parlimen Kampar (P70) pada PRU-13 nanti.


Apa sudah jadi ? Kenapa ke Kampar pula ? Penduduk Ipoh Timor menolak LKS ke ? Hahaha...




Sikit penerangan tentang Kampar atau pernah dikenali sebagai Batang Tonggang suatu ketika dahulu.


Penempatan awal Kampar dan kepesatan industri perlombongan mendorong kedatangan orang-orang dari luar terutamanya orang-orang Cina dari Tanah Besar China, terdapat juga orang-orang Cina yang datang ke Kampar ialah mereka yang telah bermastautin di Pulau Pinang danTaiping untuk memulakan hidup baru di Kampar sebagai pekerja lombong, peniaga dan sebagainya.
Hari ini Kampar telah membangun sebagai pusat pentadbiran Daerah Kecil Gopeng dan Kampar serta menjadi pusat perniagaan dan kewangan yang menjadi tumpuan penduduk sekitarnya. Berbagai-bagai kemudahan dan infrastruktur telah disalurkan oleh pihak kerajaan untuk penduduk Kampar seperti hospital, sekolah, bekalan air, elektrik dan sebagainya.
Jumlah penduduk Kampar sekarang dan kawasan sekitarnya di bawah MDKS berjumlah kira-kira 98,534 (setakat 1993) penduduknya terdiri dari orang Cina, Melayu, India dan sebagainya. Kepesatan pembangunan Kampar setaraf dengan bandar-bandar lain di negeri Perak malah pada satu ketika dahulu Kampar adalah Bandar yang keempat besarnya di Perak selepas Ipoh, Taiping dan Teluk Intan. Ini membuktikan bijih timah menjadi sumber yang memainkan peranan penting menentukan kepesatan Kampar seperti juga Kuala Lumpur, Ipoh, Seremban dan Taiping.

Kalau was-was dengan info diatas boleh rujuk SINI.

Sedikit lagi I4TT nak tambah...



Boleh rujuk SINI untuk pengesahan maklumat image.

Oleh itu, kesimpulan yang dapat dibuat adalah majoriti penduduk di Kampar adalah masyarakat Cina yang mana mereka sebelum ini didatangkan beramai-ramai bagi merancakkan industri perlombongan sebelum merdeka. Dan mereka kekal lagi di Kampar selepas merdeka dan mendapat kerakyatan sehingga hari ini.


Persoalan I4TT, kenapa LKS memilih Kampar ? Adakah kerana majoriti adalah kaum Cina ?


Untuk pengetahuan readers, pada PRU-12 Parlimen Kampar telah dimenangi oleh YB Dato' Lee Chee Leong dari MCA (BN). Kenapa LKS memilih untuk bertanding di kawasan majoriti kaum Cina untuk melawan MCA ?

Bukankah LKS dan angkatannya mendakwa bahawa orang Melayu menerima DAP. Kenapa tidak LKS bertanding di kawasan majoriti Melayu dan membuktikan bahawa Melayu menerima DAP.

Kalau LKS ada telor, apa kata bertanding di kawasan majoriti Melayu dan lawan kerusi berhadapan dengan UMNO (BN). Ada berani ???

I4TT cabar Lim Kit Siang bertanding di mana-mana Parlimen Lenggong (P55), Parit (P69), Kuala Kangsar (P67), Pasir Salak (P73) atau Bagan Datok (P75) !!!

Tapi I4TT lagi suka kalau Lim Kit Siang bertanding di Pasir Salak. Tempat YB Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman. Best juga di kawasan YB Tan Sri Rafidah Aziz di Parlimen Kuala Kangsar.

So, Lim Kit Siang... Ada telor tak nak bertanding di kawasan majoriti Melayu seperti di Pasir Salak (kawasan penuh sejarah kebangkitan semangat Melayu) atau di Kuala Kangsar.


Cabaran ni khas buat Lim Kit Siang. Nak tengok ada telor ke tak de bertanding di kawasan majoriti Melayu pada PRU-13 !!!








No comments:

Post a Comment