Monday, 23 January 2012

SEXUALITY MERDEKA !!! MENENTANG KAUM LUTH DIHUKUM PENJARA !!!

Bantah homoseksual, lelaki dihukum penjara

Bantah homoseksual, lelaki dihukum penjara

LONDON 21 Jan. - Tiga lelaki beragama Islam menghadapi hukuman penjara sehingga tujuh tahun kerana mengedar risalah meminta golongan homoseksual digantung, direjam dan dibakar sampai mati.

Mereka merupakan sebahagian daripada anggota kumpulan yang mengedar bahan tersebut di jalan-jalan raya dan menampalnya di peti-peti surat dengan menyatakan golongan homoseksual merupakan punca masalah sosial.

Risalah tersebut yang digelar Hukuman Mati memaparkan imej sebuah patung digantung selain teks menyatakan hukuman mati adalah satu-satunya cara untuk menghapuskan perlakuan homoseksual dalam masyarakat.

Ihjaz Ali, Kabir Ahmed dan Razwan Javed merupakan kumpulan pertama dihukum di bawah undang-undang baru menghasut kebencian ke atas golongan homoseksual.

Ihjaz, 42, Kabir, 28, dan Javed, 28, kesemuanya dari Normanton, Derby didapati bersalah mengedar bahan tersebut bertujuan menimbulkan kebencian terhadap golongan homoseksual.

Mahkamah Derby akan menetapkan hukuman ketiga-tiga lelaki tersebut pada bulan depan.

Pada perbicaraan kes tersebut, mahkamah dimaklumkan Ihjaz yang dipercayai ketua kumpulan tersebut berjumpa beberapa kali secara rahsia dengan ketua kumpulan pelampau Al-Muhajiroun, Anjem Choudary.

Al-Muhajiroun diharamkan di bawah undang-undang antikeganasan United Kingdom kerana mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa.

Pemimpin Islam yang mengkritik aktiviti kumpulan itu menjadi sasaran dalam kempen kebencian dengan gambar mereka dimasukkan dalam poster 'Orang dikehendaki'. - AGENSI


Pssstttt... Say No To LGBT's !!!


No comments:

Post a Comment