Syukur.. Peguam Negara failkan Notis Rayuan... disaat akhir 4.15pm
Alhamdulillah... I4TT mendapat panggilan telefon petang tadi dari sahabat I4TT memberitahu bahawa AG telah memfailkan notis rayuan Saiful di saat-saat akhir.
Nampaknya, kes rayuan ini bakal menjadi lebih panas. Apa pula akal Anwar untuk tidak memberikan DNA. Kebiasaannya didalam kes rayuan, penghakiman lebih thorughly dan teliti.
Setiap bukti akan lebih konkrit dan sepina terhadap DNA akan lebih diutamakan. Tidak lupa juga, kenyataan dari peguam bela Anwar... Perbuatan liwat itu berlaku diatas dasar suka sama suka malah tiada paksaan didalam perlakuan songsang berkenaan !
I4TT ingin kongsikan luahan syukur dari Saiful Bukhari Azlan;
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya bersyukur kehadirat Allah SWT dan menerima baik keputusan Yang Berbahagia Tan Sri Peguam Negara didalam memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan pada petang tadi terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 yang lepas.
Saya dan keluarga saya juga ingin menyatakan disini bahawa dengan pemfailan Notis Rayuan tersebut, hak untuk aduan saya sebagaimana laporan polis yang saya buat pada tahun 2008 didengar dan melalui proses keadilan sehingga ke peringkat Mahkamah yang tertinggi menurut undang-undang adalah terlaksana.
Saya dan keluarga juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung memberi sokongan kepada saya agar hak saya sebagai warganegara untuk melalui proses keadilan ke peringkat Mahkamah Rayuan terlaksana.
Saya akan terus berdoa, istiqamah, sabar
Kepada Allah saya berserah.
SAIFUL BUKHARI AZLAN
20hb Januari 2012
Teruskan perjuangan, sahabat-sahabat akan bersamamu dan memberikan sokongan !
Nadi Rakyat dan I4TT bersama perjuangan Justice 4 Saiful !
No comments:
Post a Comment