Saturday, 25 February 2012

BN THE BEST !!!



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat supaya tidak terlalu bergantung dan memberi kepercayaan kepada pihak yang hanya mementingkan kedudukan daripada membela nasib rakyat dan negara.

Berucap di hadapan lebih 10,000 hadirin di Padang Taman Malim Jaya, Bachang di sini malam ini, beliau berkata, sebaliknya rakyat perlu meletakkan keyakinan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah membuktikan kemampuan untuk membawa banyak manfaat kepada mereka.

"Tidak ada pihak yang lebih baik memimpin negara melainkan kerajaan BN. Pembangkang pula sekadar janji tinggi melangit hanya ingin meraih sokongan. Kita tidak tipu rakyat, kita cakap apa yang kita boleh buat.

"Apa yang penting, kita (kerajaan) dah beri hasil, bukti dan melakukan tindakan. Tidak ada pihak lebih baik daripada BN dan rakyat tidak perlu bergantung kepada pembangkang," katanya pada majlis Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Rakyat di sini hari ini.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan pemimpin parti komponen BN.

Perdana Menteri turut menjadikan Melaka sebagai contoh kepada rakyat di negeri lain bagi membuktikan kemajuan yang telah dicapai di bawah BN.

"Saya melihat kalau hendak beri markah mana satu negeri yang boleh dijadikan cerminan kepada penghayatan gagasan 1Malaysia, barangkali Melaka ini negeri tertinggi.

"Faktanya amat jelas, cuba kita tengok setiap majlis diadakan, memang saya tengok kehadiran, air muka masyarakat 1Malaysia yang berhimpun menyokong majlis-majlis yang telah diadakan," katanya.

Najib menambah, semua itu adalah titik permulaan dan negara kini sudah masuk dalam pusingan akhir ke arah negara maju berpendapatan tinggi.

Katanya, ia bukan satu igauan atau impian kosong, tetapi matlamat yang boleh digenggam. - Utusan


Aku kata: memang BN yang terbaek !!


No comments:

Post a Comment