Friday, 17 February 2012

CONFIRM !!! ELI KANG KANG LETAK JAWATAN !!! ANWAR ?!!


elizabethwongnudephotoscausing

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong mengumumkan perletakan jawatan sebagai ADUN dan juga Exco Kerajaan Negeri Selangor berikutan pengakuan terhadap gambar bogelnya yang telah tersebar luas.

Dilaporkan bahawa kekecohan timbul dalam sidang media yang diadakan apabila para penyokong Elizabeth bertindak berang dengan menjerit dan marah sambil mempersoalkan kenapa ADUN pilihan mereka ini terpaksa meletak jawatan.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada pihak pembangkang agar jangan cuba menuduh BN terlibat dalam hal tersebut.

Katanya, insiden yang berlaku ke atas Elizabeth adalah masalah peribadi dan hal dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dianggotainya dan tidak ada kena mengena dengan orang lain.

Dalam perkembangan tersebut, Naib Presiden PKR, Azmin Ali melontarkan tuduhan yang mendakwa isu gambar bogel tersebut adalah angkara UMNO dan BN.

Azmin juga memberitahu bahawa tiada tekanan dari PKR ke atas Elizabeth untuk meletakkan jawatan sebaliknya tindakan tersebut dibuat kerana ADUN itu tidak mahu mengheret parti dalam isu peribadinya.

Sesungguhnya, apa yang dinyatakan oleh Azmin tidak bersandarkan kepada bukti dan hanya tuduhan semata-mata.

Mengimbas kembali kepada insiden hampir sama berlaku ke atas BN apabila Datuk Seri Chua Soi Lek terlibat dalam skandal video, perkara yang sama dilakukan iaitu dengan meletak jawatan tetapi tidak ada sebarang kekecohan dibuat oleh para penyokongnya.

Sebaliknya, Datuk Chua telah meminta para penyokongnya agar bertenang dan tidak mengambil tindakan yang bertentangan dengan undang-undang Negara.

Begitu juga, BN dan MCA tidak menuduh pihak pembangkang tetapi menyerahkan siasatan berhubung hal tersebut kepada pihak berkuasa bagi mengambil sebarang tindakan.

Dalam perkembangan lain, dilaporkan juga bahawa Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dijadualkan mengadap Sultan Selangor petang ini bagi memaklumkan perletakan jawatan ADUN Bukit Lanjan tersebut.

Dalam hal ini sememangnya tindakan yang dilakukan oleh Elizabeth sebagai seorang wakil rakyat adalah wajar kerana bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku dalam salah laku yang sememangnya bertentangan dengan nilai dan etika.

Malangnya para penyokong Elizabeth tidak dapat menerima kenyataan sambil menyalahkan pihak lain atas insiden yang terjadi.

Walaupun Elizabeth mengatakan dirinya menjadi mangsa kepada pihak yang cuba menganiayanya tetapi dia mengakui bahawa gambar tersebut dirakam oleh bekas teman lelakinya.

Jika diambil soal etika dan moral, sudah pastilah hal sedemikian amat memalukan masyarakat dan juga para pengundinya di samping turut membabitkan institusi kerajaan negeri dan rakyat di Negeri Selangor juga. - UMNOonline

Gara-gara kekasih hati yang menyebar gambar ini ye...


Yang ini bila lagi nak letak jawatan...????




2 comments:

  1. Nuar si muka tak malu ni takkan letak jawatan. Dia mana tahu malu. Bukannya sedar diri pun.

    ReplyDelete
  2. AIK HAL PERIBADI PON UMNO N BN YG KENE. KALAU DIA DEMAM OR SAKIT PON AKU RASA DIA AKN KATA TU UMNO N BN PUNYA KERJA. MENGONG!!

    ReplyDelete