Kadang-kadang rasa nak tergelak dengan kebebalan rejim Khalid Gagap dalam menyelesaikan masalah rakyat. Adakalanya aku kasihan dengan nasib rakyat Selangor yang buta-buta ditipu dengan gimik politik kerajaan Selangor dan ada masanya aku rasa kerajaan Selangor ini umpama penukul dan paku.
Kalau kita masih ingat pada 30 Januari lepas, Bernama melaporakan bahawa seramai 57 keluarga Kg Bunga Raya telah membuat mogok lapar sebagai bantahan terhadap kerajaan Selangor yang gagal mengotakan janji pilihan raya umum lepas untuk menyediakan rumah baru kepada mereka.
Mereka dakwa MP Subang R Sivarasah berjanji memberi rumah baru kepada mereka menjelang 2010. Lebih menyedihkan janji itu kononnya akan ditepati ketika menyambut Deepavali. Itu strategi "membeli jiwa" pengundi. Itu janji pertama mereka.
Sebenarnya aku ada sedikit kemusykilan dengan isu Kg Bunga Raya ini. Selepas kehadiran pemimpin BN Selangor melawat keluarga yang mengadakan mogok lapar tempohari, semalam 2 Februari R Sivarasah melalui Selangorkini dengan bangganya mengisytiharkan bahawa mereka telah berjaya menyelesaikan masalah Kg Bunga Raya.
Sungguh menarik, dalam tempoh 2 hari selepas lawatan pemimpin BN mereka berjaya menyelesaikan masalah rumah tersebut walhal janji untuk menyelesaikan masalah tersebut sepatutnya dibuat pada tahun 2010. Melihat kepada tajuk artikel, seolah-olah mereka berjaya memberi rumah baru kepada penduduk sempena Thaipusam minggu depan tetapi selepas selesai membaca artikel tersebut, rupa-rupanya India Botak ini berjanji untuk kali kedua.
Kali ini beliau menjanjikan rumah penduduk Kg Bunga Raya akan disiapkan dalam tempoh setahun iaitu tarikh penyerahan kunci akan dibuat pada 2 Februari 2013. Seperti biasa, berjanji lagi demi menyelamatkan survival politik. Ini adalah antara kenyataan beliau di dalam Selangorkini.
Projek perumahan itu diambilalih ECL Management Sdn Bhd yang akan menyiapkan pangsapuri kos rendah itu dengan jumlah 480 unit dalam tempoh setahun. Penduduk Kampung Bunga Raya diberi hak pemilikan dengan harga jualan RM42,000 manakala pemilik lain dengan harga RM68,000.
Kita jangan terlepas pandang dengan kenyataan wakil penduduk Kg Bunga Raya kepada Bernama berkenaan pemaju. Kenyataan mereka mengatakan bahawa "pemaju pertama projek perumahan itu diisytihar bankrap dan melarikan diri, manakala pemaju kedua pula menipu dengan menggunakan campuran ”polisterin” untuk membina dinding rumah, menyebabkan penduduk membantah."
Inilah strategi politik kerajaan Selangor sekarang. Andai ada pemberontakan dikalangan rakyat atas kegagalan mereka menunaikan janji pilihanraya, mereka akan menjanjikan bulan dan bintang buat kali kedua dan menyalahkan Barisan Nasional dalam masalah tersebut.
Aku cuma terfikir, kenapa bukan Exco Perumahan yang membuat pengumuman tersebut? Adakah Exco tidak mahu campur tangan dengan janji Sivarasah kerana sudah awal-awal lagi sudah sedia maklum akan kesukaran untuk menyiapkan projek ini?
Cuba kita fikir, apa yang akan terjadi andai Exco Perumahan yang mewakili kerajaan negeri yang mengumumkan projek tersebut tetapi bila sampai masanya janji akan tinggal janji. Sekiranya Ahli Parlimen yang mengumumkannya mereka boleh memesong fakta dengan mendakwa itu bukan janji kerajaan negeri kerana wakil kerajaan negeri dalam isu perumahan adalah YB Iskandar dan bukanlah YB Sivarasah.
Bijak !! Bijak !!
Sumber : KGC
No comments:
Post a Comment