Wednesday, 1 February 2012

PANAS !!! WARTAWAN TV3 BOLEH GANTI ADUN SRI ANDALAS YANG TIDUR !!!

ADUN Tidur Rakyat Klang Sengsara - Jom Ubah Selangor !


Baru-baru ini TV3 ada menyiarkan 1 berita berkaitan aduan penduduk di Taman Sentosa Klang. Penduduk yang sudah bersabar semenjak tahun awal tahun 2010 nampaknya sudah sampai kemuncak kesabaran !

Mereka bertahan selama hampir 3 tahun dengan bunyi salakan anjing dan pencemaran bau dari najis anjing. Mereka memberitahu bahawa masalah bau busuk dan salakan anjing itu semakin menjadi-jadi dan mencabar kesabaran penduduk.

Mereka mendakwa, punca masalah diorang ni datang dari penghuni 2 buah rumah di dalam taman perumahan tersebut yang menjalankan perniagaan menjual anjing. Lebih teruk haiwan berkenaan dikurung di depan rumah si penjual.Keluhan dan rungutan jiran pula seakan mencurah air di daun keladi.

" Masalah bau busuk kadang-kadang menyalak buat bising tu jelah maslah dia, tapi kalau hujan ke apa dia memang busuklah tak tahan lah bau dia memang sampai dalam rumah ikut angin kan ikut angin jelah mana-mana dia pergi bau dia busuklah. " - aduan seorang penduduk.

Masalah ini pernah dipanjangkan kepada pihak Majlis Perbandaran Klang berkali-kali semenjak 2010 dan terbaru Oktober tahun lalu. Malangya tiada tindakan diambil. Adakah MPK juga tidur sepertimana ADUN Sri Andalas juga ?

" Itu tahi dia cuci lagi bau lagi anak banyak sakit demam,selsema, bau kuat tau bila itu petang banyak bau lagi hujan lagi bau cepat nanti tutup itu cermin. " - aduan seorang lagi penduduk

" Keluar pun tak boleh jalan-jalan pun tak boleh. Kita ada anak lagi. Banyak kita hantar anak-anak jalan petang ye. Memang banyak bau tiba-tiba kuat bau tiba-tiba jalan pun banyak kuat bau orang lain semua jalan tutup mulut. Kita dah bagitau MPK semua sudah bagitau sudah telefon tapi diaorang tak ambil tindakan apa-apa memang dia buat tak tau. " - lagi testimoni penduduk

Menurut laporan TV3 malam kelmarin, masalah berkenaan telah pun TV3 panjangkan kepada Majlis Perbandaran Klang. Mungkin lepas ni kena lantik wartawan TV3 untuk menjadi calon di DUN memandangkan wartawan TV3 lebih prihatin daripada ADUN mereka sendiri.

Menurut Zulkifli Abbas (Pemangku Pengarah Kesihatan MPK), MPK pernah mengambil tindakan dengan mengkompaun pembela anjing tersebut pada November lalu.

" November, kita pernah buat and lepas tu kita tak ada terima apa-apa aduan, maknanya orang yang diadu itu dah berhenti ataupun dia bawak anjing pindahkan ke tempat lokasi lainlah tapi apa yang saya dapat sekarang ni ialah mereka bawak balik ke lokasi tempat ni jadi bila dia bawa balik ke tempat ni kita kena follow up baliklah. Kita punya team akan siasat balik benda ni dah mula balik dan kita kena mula balik tindakan kita seperti yang kita pernah buat. " - jawapan Zulkifli Abbas.

Macam yang aku cakap tadi lah, lebih baik bagi wartawan TV3 tu je yang jadi ADUN sebab ADUN yang sepatutnya buat kerja dan membantu menyelesaikan masalah rakyat masih tidur lagi.

Yang nyata, sebelum 2008 tiada pula perkara ni berlaku. Masalah penduduk Taman Sentosa Klang ni bermula semenjak tahun 2010. Dimana puncanya ? Siapa yang bagi lesen menjual anjing di kawasan perumahan penduduk ?

Adakah ini bermaksud kerajaan negeri sebelum 308 adalah lebih baik daripada kerajaan negeri pada hari ini ? Persoalan ini aku tinggalkan kepada seluruh rakyat dan pengundi Selangor untuk fikirkan !

PRU-13 undilah dengan BIJAK supaya pisang tak berbuah 2 kali !

Sumber : KGC


Pssstttt... kepada reader yang menyukai blog info4thetruth.blogspot.com ini.. silalah undi blog I4TT di SINI. Terima kasih kepada yang sudah mengundi dan hantar "vote". I4TT amat hargai.



No comments:

Post a Comment