Tuesday, 21 February 2012

PEKERJA KSSB DIPECAT KINI MENJADI BURUAN !!!



Hari ini 2 kenyataan panas keluar berkenaan kreabiliti kerajaan negeri Selangor. Pertama kenyataan bekas bekerja KSSB seramai 9 orang bahawa mereka dipecat selepas mengadu tentang salahlaku yang berlaku di dalam KSSB dan kedua kenyataan Pengerusi Selcat bahawa prosiding akan diteruskan pada 5 Mac 2012.

Agak-agaknya apa yang dikatakan oleh bekas pekerja KSSB sehingga mereka dipecat. Mungkin ramai nak tau. Tak apa, kita tunggu masa yang sesuai. Apa yang penting sekarang adalah keselamatan mereka. Kita sedia maklum unsur-unsur samseng memang wujud di dalam KSSB. Aku pernah dedahkan satu laporan polis oleh seorang bekas pegawai pemasaran bahawa beliau menerima ugutan melalui panggilan telefon.

2 pegawai yang dimaksudkan di dalam artikel The Star dan Malaysian Insider adalah Kapten Azmi b. Mat Isa Pengurus Keselamatan KSSB dan juga Mejar Zulkifli Suhada Pengurus Kanan Operasi Sungai KSSB.


Kapten Azmi pernah menulis surat kepada Khalid Gagap tentang salah urus tadbir KSSB pada 14 Julai 2011. Surat tersebut juga dihantar kepada Dato Arif Rahman, Suhaimi Kota Raja, Wong Su Kok, Khairuddin Othman dan Ganabatirau Veranam kesemuanya adalah Ahli Lembaga Pengarah KSSB.

Susulan daripada surat tersebut mereka berdua telah digantung tugas dari 20 Julai 2011 selama 14 hari.

Inikah yang dinamakan ketelusan di dalam pentadbiran kerajaan Selangor?

Selcat akan bersidang pada 5 Mac nanti. Kesemua bekas pekerja KSSB ini wajib dipanggil untuk memberi keterangan. Aku yakin keterangan mereka akan menguatkan lagi bukti penyelewengan yang berlaku di KSSB yang sekarang ini di terajui oleh Ir Wan Abdul Halim Wan Ismail, rakan baik Gay Tua ketika di MCKK.

Sumber : KGC


No comments:

Post a Comment