Thursday, 15 March 2012

BERAKHIRNYA TRAGEDI MENYAYAT HATI NURUL NADHIRAH ABDULLAH "DIRANG"..!!




KEJAM....
Dimanakah hilangnya sifat-sifat kemanusiaan dan keinsanan..

Kita sekali lagi digemparkan oleh berita yang menyayatkan hati apabila seorang lagi kanak-kanak diculik dan dibunuh. Kes penculikkan dan pembunuhan kanak-kanak Nurul Nadhirah Abdullah yang dikenali dengan nama “Dirang” 5 tahun...

Pada 1 mac lalu Nurul Nadhirah Abdullah telah meminta untuk pergi ke kedai runcit di tingkat bawah blok perumahan bersebelahan kediamannya untuk membeli mee segera dan telur bersendirian dengan membawa RM4 bersama nota bertulis ‘mi segera dua bungkus dan telur RM2’. Kehilangannya hanya disedari oleh bapanya Lima Medeng 25,beliau bertanya kepada isteri di mana Dirang selepas menjenguk ke bawah dan gagal menemui anak kedua mereka.

Kehilangannya menimbulkan tanda tanya apabila sebelah seliparnya ditemui dalam kebun sawit berhampiran perumahan itu, manakala satu lagi ditemui 500 meter dari situ dengan telur yang dibelinya pecah dan mee segera bertaburan.




Pada 8 mac lalu, rangka yang ditemui rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai adalah sah milik adik Dirang setelah keputusan ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) sepadan dengan DNA ibunya Roselyn Alan.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan misteri kehilangan Nurul Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam. Berikutan itu satu pasukan siasatan khas telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Amer Awal dan dibantu pasukan dari Bukit Aman bagi menyelesaikan kes itu.


                        Suspek Dipercayai Bapa Kandung Nadirah


Sehubungan itu 4 suspek telah ditahan untuk membantu siasatan,seorang daripada 4 suspek wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan ice manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi. Polis kini menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Jenazah kanak-kanak malang yang juga dikenali sebagai Dirang itu dituntut oleh keluarganya di Hospital Sultanah Aminah pada hari rabu kira-kira jam 11.45 pagi selepas selesai urusan memandi dan mengkafan dilakukan oleh Majlis Agama Islam.Jenazah kemudian disembahyangkan di Masjid Al Muhajirin Masai sebelum dibawa menaiki van jenazah menuju ke tanah perkuburan berkenaan dengan diiringi oleh ibunya, Roselyn Alang, 25, dan datuknya Alan Alip, 49, serta beberapa orang jiran.Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pertanian Masai kira-kira 1.30 tengah hari.



          Jenazah Nurul Nadhirah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam                                                                     Kampung Pertanian Masai


Kes seumpana ini, telah beberapa kali berlaku di Negara kita dan tindakan terhadap individu yang melakukan pembunuhan kejam ini haruslah diberikan hukuman yang berat kerana tindakan ini dianggap tidak berperikemanusiaan!!!

Jangan biarkan kejadian ini berulang lagi kerana semuanya berpunca dari kecuaian sendiri.IbuBapa 'harus' meningkatkan pengawasan terhadap anak-anak mereka untuk menghindari peristiwa seperti ini dari berulang.

No comments:

Post a Comment