Friday, 30 March 2012

DISEBALIK BANTAHAN VALE TELUK RUBIAH YANG DISEMBUNYIKAN PEMBANGKANG !!!


Kepada saudara saudari cikebung-cikebung yang akan berhimpun esok pagi untuk membantah Kilang Vale di Teluk Rubiah, mari kita baca apa cerita sebenar dan fakta berkenaan kilang itu ye.

1. Tanah Teluk Rubiah yang seluas 350 hektar merupakan tanah milik perseorangan sejak tahun 1986 atas nama Tan Sri Tajuddin Ramli.

2. Pada mulanya tanah itu dicadangkan untuk pembinaan ITM (kemudian UITM) namun dipindahkan ke Seri Iskandar dengan persetujuan baginda Sultan Perak dan Kerajaan Negeri atas alasan centralization universiti-universiti di sana dan kemudiannya wujudnya Teluk Rubiah Golf & Country Resort.

3. Disebabkan kemerosotan pengunjung ke resort berkenaan dan hutang yang melambung tinggi akhirnya resort itu terpaksa ditutup dan dalam masa yang sama pihak Vale International dari Brazil berminat untuk menjana pelaburannya di situ yang mencecah RM14.9 billion.

4. Perbincangan mengenai pelaburan Vale di Teluk Rubiah telah lama berlangsung dan pada ketika Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan pada tahun 2008 perbincangan formal masih berjalan dan Menteri Besar ketika itu Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin TIDAK PERNAH MEMBANTAH hasrat Vale untuk membina kilang berkenaan

5. Sepanjang 11 bulan memerintah Perak, Nizar TIDAK SEKALIPUN PERNAH menyuarakan cadangan beliau untuk dipindahkan kilang berkenaan di Tanjung Hantu seperti yang didakwa. Bantahan hanya dibuat setelah BN mengambil alih pemerintahan negeri pada tahun 2009 (rujuk juga rekod tarikh isu oleh bloggers pembangkang).

6. Berbalik kepada Vale yang sedang dibina di Teluk Rubiah, kilang itu HANYA DIJADIKAN TRANSIT untuk repackage bijih-bijih besi dari Brazil untuk dipasarkan ke Asia Pasifik.

7. Air di sekitar kilang berkenaan akan ditapis sebanyak tiga kali sebelum dilepaskan ke laut dan akan dihantar ke Jabatan Alam Sekitar di Kuala Lumpur SETIAP MINGGU untuk pemantauan dan akan dibuat kajian tahap keselamatannya kepada hidupan-hidupan akuatik.

8. Sebanyak lebih 40 spesis pokok akan ditanam di sekitar kilang berkenaan bagi mengelakkan hakisan dan pencemaran oleh karbon monoksida khususnya.

9. Pihak pembangkang tidak pernah mahu berhujah secara konkrit untuk menafikan keselamatan projek itu yang telah melalui proses kelulusan yang amat ketat Jabatan Alam Sekitar bagi laporan Impak Alam Sekitar (EIA).

10. Tidak timbul isu mempertahankan kawasan pelancongan di situ kerana ianya telahpun diluluskan oleh pihak berkuasa.

11. Vale bakal menyediakan sebanyak 5000 PELUANG PEKERJAAN kepada penduduk-penduduk Manjung setelah siap sepenuhnya pada tahun 2014 dan kebajikan nelayan-nelayan di sekitar kawasan berkenaan akan menjadi tanggungjawab Vale termasuklah sumbangan-sumbangan khas dan penajaan tertentu.

BY : Firdaus Azahar EB


Pssstttt... dengkinya pembangkang kepada ekonomi Melayu dan Negara !!!! Mungkinkah kerana projek ini tidak memihak kepada mereka ????




3 comments:

  1. salam....
    vale plant di teluk rubiah tu sebenarnya selamat beroperasi...tiada istilah iron ore process pun dilakukan di situ...saya setuju dgn article ini.. kite perlu mengambil vale ni sebgai contoh dlm pembangunan mana2 plant atau kilang di malaysia.. saya menulis kerna kilang ini sgt mematuhi segala arahan dan undang2 yg ditetapkan oleh kerjaan malaysia...jarang sekali kite melihat syarikat2 tempatan yang menunggu EIA dan EMP diluluskan bru memulakan pembersihan tapak project...tetapi...vale menunggu semua kelulusan sebelum se inci tanah di teluk rubiah di usik..

    dari insan yg memantau project vale semenjak EIA, EMP dan sekarang EMR dijalankan

    ReplyDelete
  2. biasa lah pembangkang kalau tak untung untuk depa..haram nak bising..kalau melayu punya aje ke ape..bising la satu malaysia konon bahaya..

    ReplyDelete
  3. I4TT,

    masa kilang ni nak mula beroperasi, cuba ajak si nizar lambai rasmikan pembukaannya!! aku yakin dia akan bergaya sakan & bergebang kuat kata 'everything is OK'!!!!!! hi hi hi...

    ReplyDelete