Wednesday, 14 March 2012

DISEBALIK SBPA !!! MENJAWAB PERSOALAN ANWAR ALJUBURI !!! -02


Najib nafi dakwaan ketepikan CUEPACS ketika rangka SBPA 

Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bahawa kerajaan tidak pernah memanggil Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk berbincang dalam merangka Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, dalam proses merangka skim itu, kerajaan sudah mengadakan forum perbincangan bersama kongres berkenaan dan wakil persatuan melalui tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang bersidang sekurang-kurangnya tiga kali setahun.

Di samping itu, jelasnya, mesyuarat tidak berkala lain juga diadakan antara pegawai tinggi kerajaan dengan ahli-ahli Majlis Tertinggi CUEPACS dengan tuntutan-tuntutan tertentu yang telah dikaji dan diambil kira dalam kerangka SBPA.

Ia bagi menjawab soalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengapa kerajaan tidak memanggil CUEPACS sebelum pelaksanaan SBPA di peringkat awal.


Sumber : Berita Harian












No comments:

Post a Comment