Saturday, 31 March 2012

MAUT PASANG BENDERA PARTI POLITIK !!!!

First of all... Inna lillah wainna ilaihi rojiun.. Al-Fatihah...



Gara-gara bersemangat untuk memasang bendera sebuah parti politik, dua rakan maut di Tanah Merah terkena renjatan elektrik apabila sebatang buluh yang diguna untuk menggantung bendera itu terkena kabel elektrik bervoltan tinggi di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam tadi.

Rosli Hussin, 47, dan rakannya Mohd Daisan Ibarahim, 37, yang terjatuh dan pengsan selepas terkena renjatan elektrik itu, disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Tanah Merah.

Abang ipar seorang daripada mangsa, Che Musa Mamat berkata adik iparnya, Rosli bersama empat rakannya ke kawasan itu untuk mendirikan buluh setingga kira-kira 12 meter untuk menaikkan bendera itu pada pukul 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Abdul Aziz Mahmood ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu awal pagi ini.

Beliau menasihatkan orang ramai, khasnya penyokong parti politik supaya jangan terlalu ghairah bertindak memasang bendera politik sehingga mengabaikan keselamatan diri.


Sumber : din.huluselangor.net




8 comments:

  1. semasa memasang bendera dap - huh ini dah kira mati syahid ni, kemuliannya cuma kurang sikit dari mempertahankan karpal singh. kalaulah dia mati kerana mempertahankan karpal singh darjat syahidnya tentulah lebih tinggi. ya la nempertahankan orang yang menentang islam dan melawan umno pasti masuk surga. tak percaya tanyalah pok nik, apakah hukumnya mempertahankan karpal singh, dengar dengan ikhlas apa katanya mempertahankan orang yang menentang islam tetapi namanya karpal singh yang dok dalam dap, pasti jawapnya mati syahid. kalau mempertahankan orang bukan islam yang menentang islam tetapi bukan dari kumpulan dap tidak diiktiraf sebagai syahid.

    ReplyDelete
  2. MATI DALAM IMAAAAN.......PEMIMPIN SYOK KAT RUMAH HAMBA RAKYAT YANG TIDAK BERAPA CERDIK JADI KORBAN POLITIK TOLOL,yang benar MAT JU JALAN KUBUR TANAH MERAH, KELANTAN. aku nak dengar apa komen ORANG TERCERDIK PAS,

    ReplyDelete
  3. Mati sebagai seorang SUHADAH ke? Tunggu fatwa Nik Ajis...

    ReplyDelete
  4. adakah tokoh keparat mrelawat semasa kejadian ini,mereka duduk sedap kat rumah yg simati ni apa pun tak dapat apa kata nik ajis dalam hal ini ,adakah mereka mati syahit kita tunggu kenyataan mereka nanti

    ReplyDelete
  5. anti- aljubori xxx1 April 2012 at 00:31

    tak baik citer org yang dah takde...

    sedekah Al-fatihah ...

    ReplyDelete
  6. tak kira siapa yang meninggal ni, mereka adalah orang islam, semoga roh mereka dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  7. Bendera BN laaaaa

    ReplyDelete
  8. penyokong bn yang lain masih buta lagi??? dh la mati dalam perjuangan bn, langsung tak dihargai perjuangan, xmengaku rakan seperjuangan pun... maluuuu punya pasal masing2 nk cover kt tv, utusan, blog semua... lebih baik join pas!

    ReplyDelete