Friday, 2 March 2012

UMB JANGANLAH JADI BEBANAN KEPADA PM @NajibRazak DAN UMNO !!!





Wa dok baca ada 1 story ni.. Macam-macam hal la UMB ni... Wa tak suka nak campur dalam hal bila A sama A gaduh. Satu kapal tu dowh.


Tapi, kali ni wa kena tegur la juga bila melibatkan orang dalam pertahanan negara.


Kalau UMB nak gaduh dengan wa nyer geng Gomo. Lu pi la gaduh, apa wa susah kan. Blogger Pakatan Haram tepuk tangan tu bai !


Tapi.. jangan suka suki tok nenek korang nak fitnah Bekas Panglima Armada Tentera Laut ! Orang yang banyak jasa patut dikenang diingat budinya, tapi lu orang suka suki fitnah beliau hanya kerana dendam kesumat lu orang pada Gomo.


Totally unfair bai. Kalau UMB berterusan serang blogger 1 kapal, honestly lu orang memang tak profesional dan unethical.


Bila duduk dalam 1 kapal, lepas tu ada pulak 1 pihak mental tak kira tempat dok tebuk lubang kapal, tu dah macam nak tenggelamkan seluruh kapal. Segelintir orang-orang dalam UMNO dah cukup membebankan PM dan UMNO, tak kan UMB pun nak jadi bebanan buat PM dan UMNO.


Tak sedap la wa baca kat dalam blog sahabat-sahabat wa, papagomo.com dan mediawangsamaju.blogspot.com.


Ape ape ajelar weh...


Gua Kecewa Bila Laksamana TLDM Difitnah Blogger No 1 UMNO

 

Agak terkilan bila difitnah begitu hebat oleh sekutu dalam Blogger Pro Kerajaan. Gomo dah nyatakan banyak kali jika ada isu yang anda sendiri berasakan was was maka adalah elok jika dirujuk terlebih dahulu kepada yang tahu.

Tapi nak buat macam mana dah nama pun Blogger baru, mula mula berblogg pun Papa Gomo lah juga Sifunya malah untuk memilih nama Blogg pun Papa Gomo yang bagi nasihat serta pendapat.

Kini Blogger tersebut disara sepenuhnya oleh Tuan Besarnya, barangkali kemaruk untuk menjadi Juara no 1 dalam Blogger Pro BN maka serangan perlu ditalakan keatas Papa Gomo sampaikan artikel Fitnah nya menjadi santapan harian.

Nak tahu siapa Blogger No 1 Yang Fitnah Laksamana TLDM?

Psssttt... Cam menyesal pun ada ajar budak berblogg, tapi tak mengapa coz Gomo tak suka Blogger baru jadi Pencacai kepada Papa Gomo : )

KLIK SINI untuk selanjutnya....

Blogger UMB UMNO Kini Layak Digelar SEBAGAI PEMFITNAH MAHA DAHSYAT

 

GWM mengucapkan selamat maju jaya kepada Bekas Panglima Armada Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Datuk Jamil Osman yang kini mahu menumpukan perhatian dalam bidang korporat setelah mengumumkan persaraannya.

Jasa dan bakti yang dicurahkan beliau tiada galang ganti terhadap negara.

Terima kasih diucapkan kepada Datuk Jamil Osman yang telah melakukan pencerahan berkaitan isu beliau difitnah oleh beberapa blogger UMB kononnya beliau dipaksa bersara awal akibat menjadi 'kambing hitam' kepada rakan dan sahabat blogger paling rapat GWM ... PAPA GOMO.

Berita Harian, 2 Mac 2012, muka 16 sebagai bukti paling sahih Datuk Jamil Osman dan PAPA GOMO dijadikan instrumen baru menghalalkan fitnah oleh blogger-blogger yang bernaung dibawah payung UMNO.

UMNO kini perlu berhadapan dengan risiko paling besar dalam sejarah media maya kerana terpaksa menggalas biawak-biawak hidup yang bergelimpangan menjanakan hasrat 'Tuan Besar' yang menggaji puak-puak ini dibelakang tadbir.

Jangan dinafikan, imej dan kredibiliti UMNO semakin tercalar akibat perbuatan tidak bertanggungjawab tanpa memikirkan dosa dan noda permainan pejuang-pejuang yang kononnya memartabatkan maruah parti.

Jauh sekali bukti dan fakta yang mampu ditonjolkan, melainkan menghisap lendir-lendir fitnah sebagai pengisian artikel berbentuk dakyah dan tohmahan.

Persoalannya, apa yang perlu dilakukan oleh UMNO bagi membuat 'damage control' oleh blogger-blogger ini? 

Suka atau tidak, golongan ini membawa nama baik UMNO kerana sememangnya mereka ini secara langsung bernaung di bawah parti keramat orang Melayu.

KLIK SINI untuk selanjutnya...


P/S : wa malas nak ulas panjang-panjang. Sendiri dah besar.. pandai-pandai la berfikir untuk naikkan semula nama baik UMNO dan Barisan Nasional. Tak kan hanya kerana Papa Gomo dapat naik Scarpone pun nak jadi isu. Dah macam game pembangkang pulak. Apa nak heran, mengikut ranking Alexa, dah memang dia di carta teratas. Nombor wahid (1). Manakala, Dr Novandri di ranking kedua dengarnya bakal menjadi calon di PRU-13, kami semua sebulat suara menyokong, tidak pula ada antara blogger tak bertuan ni yang pertikai.



No comments:

Post a Comment