Monday, 23 April 2012

30 ARTIS SERTAI 'BAN' SOKONG KERAJAAN !!

DR. ZAMBRY Abd. Kadir (lima dari kiri) bersama sebahagian pemain pasukan Barisan Artis Nasional ketika perlawanan persahabatan antara pasukan pilihan Menteri Besar Perak di Padang Ipoh, Perak.

Seramai 30 artis terkenal tanah air menyertai persatuan Barisan Artis Nasional (BAN) sebagai tanda sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Antara artis berkenaan adalah Adlin Aman Ramli, Datin Emylia Rosnaida, Emelda Rosmila, Azza, Ery Putra, Isma AF, Angeline Tan dan Shajiry Damery.

Presiden BAN, Datuk AC Mizal berkata, BAN yang merupakan persatuan berasaskan kesenian dan hiburan itu akan menyokong dan membantu kerajaan dalam melaksanakan agenda pembangunan kesenian dan kemasyarakatan.

Beliau turut menegaskan, sebagai pertubuhan yang menghimpunkan barisan artis dan penggiat tanah air, BAN tidak akan menyokong sebarang anasir-anasir yang cuba meruntuhkan perpaduan, kesejahteraan dan kedaulatan negara.

''Sebagai pertubuhan yang menghimpunkan artis tanah air, kami menyokong dan berpendirian teguh dalam menyokong kerajaan pemerintah," katanya pada majlis pelancaran BAN yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Datuk Hamidah Osman.

AC Mizal yang juga Duta Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 berkata, pada masa sama, BAN merupakan landasan untuk golongan artis menyokong sektor pelancongan negeri melalui pelbagai program yang dianjurkan.

"Saya percaya golongan artis adalah antara komponen penting dalam usaha mempromosikan pelancongan Perak ke serata dunia.

"Selain berbakat dalam bidang seni, artis dilihat mempunyai hubungan yang sangat terbuka dengan masyarakat dan ini dilihat memberi impak yang baik kepada sektor pelancongan di negeri ini," katanya.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita, Zambry berkata, penubuhan BAN memperlihatkan sokongan golongan artis terhadap usaha-usaha pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan selama ini.

Ditanya kemungkinan timbul isu baru yang dibangkitkan pembangkang berhubung penubuhan BAN, beliau berkata, ia merupakan perkara biasa yang dilakukan oleh pihak berkenaan.

"Pembangkang ini kerjanya meletakkan beban itu di kepala kita dan kemudian minta kita pula berfikir untuk menangkis tuduhan yang ditimbulkan tanpa sebarang soal selidik.

"Ini satu taktik mereka. Betul atau tidak, itu perkara lain tetapi yang penting apa yang dilemparkan itu memberi kesan negatif kepada kita," katanya.

Sumber : Utusan




6 comments:

  1. Tgk artis yg mwnyokong bn tu.semua melalaikn.xde yg menyeru jalan dakwah.berlainan ngan artis yg menyokong pas.tgk mcm aisyah.bob loqman.renggo.mail xpdc.catrina ross.sume yg insaf n menjari jalan akhirat akan memilih pas.sesar la wahai saudara seislam ku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke artis yang sokong pas buat macam tu. Mungkin bagi anda ya... anda pernah datang ceramah dorang ke? Ceramah Bob pernah datang ke? Bob masa ceramah mencarut habaq hang. Bob doakan agar MB perak pendek umur hang tau tak?

      Delete
    2. xpyh nk menipu sangat la pasal bob lokman.xpnh dia ceramah nk kutuk org lain.selama dia berceramah dia hny sebut pasal keinsafan diri dia ja..

      Delete
  2. Minta dipautkan blog saya di blog hebat ini. Blog anda sudah dipautkan.

    http://assassincyber.blogspot.com

    TQ

    ReplyDelete
  3. Anda sendiri blh tgk perubahan pd mereka.knp kt msh nk menyokong mereka yg membawa kt lalai kepada allah..menentang yang zalim iyu satu dakwah jugak.anda sendiri tahu ramai ulama yg sertai pas.xkan orang mcm dato haron din mahu menyertai.parti yang sesat.anda fikirkan lah

    ReplyDelete