Wednesday, 25 April 2012

BENCINYA PAKATAN KEPADA RAJA-RAJA MELAYU !!! PATUT DITARIK KERAKYATAN !!!


Dakwaan penghinaan oleh pemimpin-pemimpin PKR terhadap raja-raja Melayu dan pembesar-pembesar negara semasa majlis pertabalan Seri paduka Baginda Yang diPertuan Agong adalah amat memeranjatkan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu.

Dakwaan yang dibuat oleh salah seorang tetamu yang hadir pada majlis gilang gemilang dan penuh istiadat Melayu dalam satu artikel yang ditulisnya mengenai insiden yang memalukan itu menyerlahkan sikap sebenar PKR dan pemimpin-pemimpinnya.

Memang benar parti itu ingin membawa politik baru seperti mana yang tercatat dalam manisfesto dan Buku Jingga tetapi seni politik yang ingin di bawanya amat bercanggah sekali dengan budaya dan adat resam rakyat negara ini.

Tidak salah kalau dikatakan PKR bersama-sama rakannya dalam Pakatan Rakyat sebenarnya adalah anti-Raja.

PKR sebenarnya adalah gabungan daripada Parti Keadilan Nasional (PKN) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Sementara PKN ketika ditubuhkan adalah parti yang lahir dari politik jalanan memperjuangkan nasib dan agenda peribadi Anwar Ibrahim, PRM pula adalah sebuah parti yang cenderung kepada ideologi sosialisme dan pemikirannya adalah berhaluan kiri.

Gerakan berhaluan kiri seperti sosialisme atau ideologi yang lebih ekstrim dalam bentuk komunisme rata-ratanya adalah anti-institusi Raja.

Semasa zaman darurat melawan ancaman komunis, golongan berhaluan kiri bersekongkol dengan musuh negara.

Negara-negara yang dahulunya mempunyai institusi raja seperti India, Indonesia dan terbaru Nepal, semuanya menjadi mangsa kepada gerakan anti-Raja yang didalangi oleh fahaman sosialisme dan komunisme.

Dalam PKR, fahaman sosialisme yang anti-raja telah meresap ke dalam parti itu melalui PRM.

Sikap kurang ajar PKR terhadap institusi raja adalah disebabkan kehadiran begitu ramai bekas-bekas pemimpin PRM mendapat jawatan tinggi dalam PKR antaranya bekas Timbalan Presiden, Senator Dr Syed Husin Ali, yang merupakan guru dan juga ideolog Anwar, Sivarasa Rasiah (MP Subang), Tian Chua (MP Batu), Latifah Koya (Pengarah Biro Guaman), N. Surendran (Naib Presiden), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (Timbalan Ketua AMK), Hishamuddin Rais dan ramai lagi pemimpin parti itu.

Dasar dan halatuju PKR banyak dipengaruhi oleh fahaman sosialisme kerana bekas pemimpin PRM seperti Sivarasa mempunyai peranan besar dalam penggubalan beberapa fasa baru dan pindaan perlembagaan parti itu kira-kira dua tahun lalu.

Sebab itu wujudnya konsep kesamarataan dalam pengagihan kekayaan negara, keadilan sosial, hak beragama serta hak berpolitik.

Malangnya perlembagaan PKR telah meminggirkan hak-hak orang Melayu yang terpaksa dikorbankan demi mengambil hati golongan sosialis dalam PKR.

Lihat sahaja penerbitan media rasmi lidah parti, Suara Keadilan yang masih diterbitkan walau pun tidak mempunyai permit.

Dasar dan halatuju akhbar tersebut dikawal ketat oleh tokoh-tokoh sosialis PKR seperti Tian Chua, Dr Syed Husin dan Latifah Koya.

Malah kartunis Zunar yang mengepalai sidang pengarang akhbar itu sememang terkenal dengan sikap sosialisnya begitu juga dengan kebanyakan anggota sidang pengarangnya.

Tema dan bahan-bahan yang disiarkan di dalam akhbar itu yang bersifat kutuk, mengutuk, caci-mencaci, fitnah, tohmah, semuanya mencerminkan pandangan ekstrim kumpulan sosialis yang bersarang di dalam pucuk pimpinan PKR.

Jika dibiarkan budaya sosialis ini berkembang dan merebak melalui penerbitan seperti ini, kemungkinan besar masyarakat juga akan terpengaruh dengan fahaman ekstrim ini.

Malah, sebelum ini beberapa pemimpin PKR seperti ADUN Seri Muda sudah pun dihadapkan di mahkamah kerana menghina Sultan Selangor dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Ini tidak termasuk lagi senarai panjang perbuatan menghina institusi raja yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang lain dalam DAP dan PAS.

Adalah penting rakyat berhati-hati memilih parti seperti ini yang hanya mempergunakan isu untuk meraih undi demi melaksanakan agenda licik mereka.





No comments:

Post a Comment