Thursday 5 April 2012

BERANI KE GUAN ENG BERTANDING DI REMBAU ?!! MANA MAUNYA SI RASIS TU BERTANDING TEMPAT MAJORITI MELAYU !!!


Sering kali DAP bercakap besar tentang perjuangannya yang konon tidak bersifat perkauman dan boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum.


DAP galak menuduh semua pesaingnya sebagai perkauman, perjuangan sempit dan patut ditolak. 



Bersama-sama PKR dan PAS, DAP menjelajah seluruh negara berceramah di atas pentas PAS/PKR untuk menjual konsep multiracialnya itu (Malaysian Malaysia).


Tak cukup pentas ceramah, siap dibawa oleh PAS dalam surau dan masjid !

Setakat berceramah di atas pentas PAS dan PKR belum cukup untuk menunjukkan DAP mampu membela orang Melayu dan bangsa-bangsa lain di Malaysia. 



Yang lebih penting membuktikan bahawa DAP itu parti yang sememangnya multi racial dan boleh diterima semua lapisan rakyat Malaysia tidak kira bangsa.

Oleh itu, kita cabar pemimpin utama DAP seperti Lim Guan Eng supaya turun bertanding di Parlimen Rembau yang populasi orang melayu melebih 80% ini atau mana-mana kawasan parlimen yang majoriti melayu melebihi 70% bagi membuktikan apa yang dicakapkannya selama ini mengenai perjuangan multiracial DAP.


Agaknya berani ke tidak?


Tak ada gunanya pemimpin utama DAP seperti Guan Eng bertanding di kawasan selamat orang Cina tapi kemudiannya menjaja konon DAP tidak perkauman. 



Kalau ada "EGG", kita cabar semua pemimpin utama DAP untuk bertanding dikawasan majoriti orang Melayu pula bagi menunjukkan sememangnya DAP adalah parti berbilang kaum dan konsep perjuangannya diterima rakyat Malaysia.

Langkah yang sama boleh dituruti oleh Pas yang megah dengan slogan ‘Pas For All’ nya. 



Nik Aziz cubalah bertanding kawasan majoriti orang bukan Islam di Kelantan (kalau ada), begitu juga Hadi Awang, boleh cuba bertanding di kawasan majoriti Cina seperti Parlimen Bagan contohnya.

Perlembagaan Malaysia tidak menghalang orang Kelantan atau mana-mana negeri bertanding di mana-mana tempat dalam Malaysia asalkan memenuhi syarat-syarat yang diperlukan sebagai calon. 



Guan Eng dah membuktikan ini bila bertanding di Pulau Pinang walaupun lahir dan dituakan di Melaka.

Kenapa Nik Aziz dan Hadi Awang tidak?


Kalau eksperimen ini berjaya, bolehlah kita bubarkan semua parti-parti yang berasaskan perkauman seperti MCA, MIC dan UMNO sebab nampak sangat rakyat Malaysia sudah menolak politik berasaskan kaum yang didokong parti-parti ini.


Tiga parti utama BN yang disebutkan itu memang parti berasaskan perkauman, dah “declare” dari dulu pun. 



Kalau mereka bertanding dikawasan majoriti kaum masing-masing, itu memang patut. 


Berbanding dengan DAP yang sering kali mendakwa dirinya pelbagai kaum.

Perlu diingat ya, kalau eksperimen ini tidak berjaya, kita bubar DAP sebab jelas sekali rakyat Malaysia masih perlukan corak politik yang sebegini dan tiada siapa boleh menafikan kehendak rakyat ini.


Soalan penting, sanggup ke DAP? 



Kalau tak sanggup, nampak sangat DAP parti hipokrit seperti yang disebut oleh Naib Presiden MCA, Dato’ Wira Chor Chee Heung.

Dalam menggesa konsep politik berasaskan kaum ini dihapuskan, majoriti pemimpin utama DAP sendiri bertanding d ikawasan selamat kaum masing-masing, terutama sekali kawasan Cina.


Ini juga bersesuaian dengan slogan DAP “Jom Ubah”. 



Mari kita mulakan dengan DAP dulu ya dengan mengubah pendekatan meletakkan calonnya bertanding dikawasan selamat kaum masing-masing.


Dah lama aku tunggu Kit Siang bertanding di Parlimen majoriti Melayu pernah aku cabar dalam entri aku seblum ini !


Kit Siang nak bertanding kat Kampar buat pe, bertanding la kat tempat Rafidah atau Tajuddin kalau ada "egg" !


Nizar Lilin dari PAS boleh bertanding kat Kampar lawan calon MCA kalau ada "egg" !







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??