Saturday, 28 April 2012

BERSHIT - WARGA ASING - GADUH SESAMA SENDIRI - SEKS BEBAS !!! COMPLETE SETS !!! BINGAI !!!


Tadi dalam pukul 12:00 lebih ada satu perhimpunan kecil yang diadakan oleh peserta Bersih 3.0 dan Himpunan Hijau di sepanjang Petaling Street. 

Puak-puak ini nampaknya agak angkuh walaupun ada polis di sekitar kawasan itu bagi memantau tingkah laku mereka. 

Tidak ada apa2 tindakan 'ekstrim' yang dilakukan oleh puak2 ini kecuali membuat sedikit 'havoc', mungkin untuk menarik perhatian orang ramai yang berada disekitar kawasan itu, dan mungkin untuk menunjukkan kepada polis 'kuasa rakyat' yang mereka ada sekarang. 

Polis yang berada di kawasan itu hanya tunggu didalam kereta sambil menyalakan lampu siren.


Selesai di Petaling Street, aku menapak ke Bar Council di mana kumpulan #Occupy Dataran sedang berkumpul. 

Keadaan di Bar Concil juga seperti di Petaling Street, tak ramai yang berkumpul di kawasan itu. 

Wajah-wajah yang biasa dilihat di Dataran 2 minggu lepas seperti Mislina 'botak' dan Fahmi Fadzil turut berada di situ. 

Kelihatan beberapa orang 'asing' juga berada bersama-sama mereka. 

Aku tak faham mengapa ada pelancong asing yang cuba masuk campur urusan yang berlaku dalam negara ?


Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan #Occupy Dataran seolah-olah buntu untuk rancangan pada keesokan harinya. 

Mereka berbelah bagi samada untuk menyertai kumpulan-kumpulan lain berarak esok atau ber'kubu' di hadapan Bar Council kerana masing2 bimbang tentang keselamatan barang masing2 yang ditinggalkan di situ.


Polis yang berada di sekitar kawasan itu kelihatan tenang menjalankan tugas masing2 malah mereka tidak sedikit pun menyuruh kumpulan # Occupy Dataran dan orang ramai di sekitar untuk bersurai. 

Malah polis2 yang sedang berkawal menjawab pertanyaan2 peserta demonstrasi Bersih yang berkubu di Bar Council dengan berhemah sekali. 

Tiada langsung provokasi, seperti apa yang dibayangkan oleh pemimpin2 Pakatan Rakyat sebelum ini. 

Sebelum aku beredar dari situ, sempat juga aku merakam perlakuan kurang manis sepasang kekasih beragama Islam yang merupakan peserta #Occupy Dataran. 

Terbukti laporan dari blog2 sebelum ini berkenaan perlakuan kurang manis peserta2 adalah benar.. itu apa yang aku nampak dan rakam ? 

Yang tak nampak apa pulak ceritanya ?


Dari rakan blogger aku Mega Bidaman (bidaman.blogspot.com)




No comments:

Post a Comment