Saturday, 28 April 2012

BERSIH 3.0 GAGAL !!! SAMAD SAID UNTUNG DAN PAS KEKELIRUAN !!!


BERSIH mensasarkan jumlah 500,000 peserta sekurang-kurangnya. 

Tetapi nampaknya, kita hanya melihat dalam 15,000 - 20,000 sahaja yang terlari-lari, terkinja-kinja dan terpekik terlolong cuba menaikkan darah pihak berkuasa di sekitar Kuala Lumpur. 

Sedangkan jumlah pengundi berdaftar di Malaysia ialah 12.5 juta. 

Justeru, apakah ertinya angka-angka ini? 

  • Ertinya BERSIH telah gagal sekali lagi. 
  • Ertinya BERSIH tidak mendapat sokongan majoriti rakyat. 
  • Oleh kerana BERSIH didalangi Pakatan Rakyat, maka ertinya juga, majoriti rakyat tidak menyokong Pakatan Rakyat. 
  • Dan ertinya lagi, jika PRU diadakan dalam masa terdekat, sekitar nisbah angka itulah sahaja undi yang bakal diperolehi oleh PR berbanding BN. 

Kerana menyedari hakikat inilah maka demonstrasi jalanan, huru-hara dan keganasan amat penting bagi BERSIH atau lebih tepat Pakatan Rakyat kerana mereka tahu mereka tidak mungkin boleh memenangi pilihanraya. 

Untuk berkuasa, mereka perlu melakukan rampasan kuasa melalui jalanraya dan tidak ada cara lain melainkan itu sahajalah caranya. 

Tidak usahlah Ambiga berbohong atau menafikan hakikat ini, kerana sekali angin tiup bau janggut Pak Samad Said yang hapak itu, kita sudah tahu tujuan sebenar mereka. 

Tujuan Pak Samad ‘menceburi’ BERSIH ialah membalas dendamnya terhadap kerajaan Melaka kerana enggan memberikan sejumlah wang tambahan daripada RM3 juta yang telah diberikan kepadanya sebelum itu, untuk tujuan menerbitkan semula karya beliau. 

Kerajaan Melaka telah mengambil keputusan sedemikian kerana Pak Samad telah gagal mencapai matlamat yang dijanjikan melalui syarikat Wira Bukit Sdn Bhd yang diuruskan anaknya, Helmy Samad sedangkan wang RM3 juta yang diberikan telah habis dibelanjakan. 

Lanjutan dari itu, Pak Samad juga ingin membalas budi PTS Sdn. Bhd milik Ainon Mohd, sekutu pembangkang dan Anwar Ibrahim yang telah ‘menyelamatkan’ beliau dengan mengambil alih projek berkenaan dan mendapat hak milik semua karya Pak Samad dan buku-buku beliau untuk diterbitkan semula untuk jualan. 

Tujuan Ambiga pula sudah diketahui umum iaitu untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Islam untuk digantikan dengan kerajaan yang liberal yang menerima murtad, mengiktiraf hak LGBT dan meletakkan hak asasi melebihi agama dan adat resam. 

Memandangkan satu-satunya parti yang berpegang kepada prinsip yang sama dengan beliau ialah PKR maka tidak hairanlah Ambiga dan Anwar memilih untuk bersatu melalui BERSIH. 

DAP pula tidak punya masalah dengan pendirian Ambiga atau Anwar apatah lagi jika ianya bertentangan dengan Islam. 

Dalam hal ini, PKR, DAP, Ambiga dan juga Pak Samad amat jelas akan prinsip dan tujuan masing-masing dan lebih daripada teruja untuk menentang musuh yang sama iaitu Barisan Nasional. 

Hanya PAS sahaja yang masih dalam keadaan keliru. 

Di dalam hati nurani ahli-ahli PAS, mereka masih tertanya-tanya, berdosakah jika mereka tidak ikut berdemo BERSIH yang hukumnya WAJIB mengikut fatwa Nik Aziz ??? 

Tetapi, berdosakah jika mereka turut berdemo BERSIH yang hukumnya HARAM jika dipimpin oleh Ambiga iaitu juara LGBT dan murtad mengikut fatwa Nasharudin Mat Isa ???

Maka terbahagi dualah mereka, ada yang berpegang kepada fatwa Nik Aziz dan ada yang berpegang kepada fatwa Nasharudin. 

Kekeliruan ini sedikit sebanyak menjadi penyumbang kepada kegagalan BERSIH mencapai jumlah sasaran hari ini. 

Apa yang pasti, majoriti rakyat Malaysia tidak keliru. 

Kita semua tahu bahawa adalah HARAM membiarkan diri dipimpin kafir harbi yang menerima dana dari Zionis yang tujuannya adalah untuk menjatuhkan kerajaan Islam yang sah di sebuah negara yang aman damai.





1 comment:

  1. ambiga pun berkata - "matlamat bersin kita telah tercapai, kita telah berjaya mencederakan polis, dan bar counsil akan mempertahankan sepenuh tenaga dan menggunakan segenap ruang yang diberikan olih perlembagaan dan undang-undang demi mempertahankan para peserta demonstran yang berjaya mencederaparahkan polis, dan ini kita akan buat dengan lebih baik lagi pada bersin 4.0 dan kecederaan kepada pihak polis kita akan tambah lagi, tetapi pada masa yang sama kita hendaklah memasang perangkap dan bersiap sedia dengan rakaman vidio jika sekiranya peserta demontran dari bersin tercalar walaupun sedikit kita akan tayangkan ke seluruh dunia dan dedahkan sebagai kezaliman polis. rakaman vidio olih pihak polis itu kita akan patahkan dengan menggunakan fatwa yang dikeluarkan olih haji adi - vidio itu besi dan tidak bolih menjadi saksi. tetapi jika kita siarkan vidio polis keganasan polis, kita akan gunakan karpal singh atau saya sendiri beserta pakar dari dalam dan luar negara untuk kita buktikan bahawa vidio itu benat dan bolih dibuktikan sebagai keterangan di mahkamah. itulah kelebihan yang ada apabila kita tahaluf siyafi bersama pas." sekarang ini, saya kena berlakon sat, "er .. saya tak sangka keganasan demonstran ini bolih berlaku, ini semua salah polis, kalau polis benarkan kami buat demontrasi di dataran merdeka saya yakin perkara seperti ini tidak akan berlaku ..."

    ReplyDelete