Saturday, 28 April 2012

BERSIH PUNYA HAL - DAP SAMA DAP PUN NAK BERTUMBUK !!!



Menurut laporan Malaysiakini Naib Pengerusi DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan tidak akan menyokong himpunan BERSIH 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada Sabtu ini.

"Kebanyakan himpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan keganasan. Siapa yang akan bertanggungjawab tentang keselamatan mereka?” tegas Tunku Abdul Aziz.


Kenyataan ini bercanggah dengan gesaan Lim Guan Eng agar berhabisan meminta penyokongnya turun ke jalanan.

Lim Guan Eng dalam satu kenyataan di laman Roketkini mengatakan DAP menyokong penuh Bersih 3.0 dan akan menggerakkan ahli untuk Duduk-dan-Bantah Bersih pada jam 2 petang Sabtu ini untuk pilihan raya yang bersih, dan menyeru agar semua rakyat Malaysia menyertai perhimpunan Bersih di seluruh negara, khususnya di Dataran Merdeka.

Timbul satu persoalan mengapa disaat pembangkang berusaha sedaya upaya menarik rakyat turun menyertai himpunan tersebut, Naib Pengerusi DAP yang berketurunan Melayu tersebut mengambil langkah melawan arus.

Adakah ia sekadar untuk menguji popularity di dalam parti, ataupun ada sesuatu yang berlaku di dalam kepimpinan DAP.

Sehingga kini belum ada kenyataan balas disiarkan oleh pihak DAP. 

Umum mengetahui ramai pemimpin Melayu dalam DAP sebelum ini mengambil tindakan keluar parti kerana didakwa menjadi mangsa dikriminasi perkauman.

Sumber : mindarakyat.net



No comments:

Post a Comment