Saturday, 21 April 2012

DAKWAAN DAN FITNAH SATU PENGHINAAN - ZAHIDA !!! PART 4


Sweet si Zahida ni bila aku tengok pic ni lama-lama... hehehehe...

Apa pun, aku nak citer kat korang...

Menurut Zahida ni, dia tak pernah ada apa-apa hubungan dengan Shafie Afdal..

So, maknanya Zahida belum kawin la ni kan...

Meh tengok dulu petikan dari Mynewshub ni dulu...


Terdahulu, pemandu peribadi Zahida iaitu Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida. Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu juga pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

Dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.

“Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain. Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.”

“Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000. Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.”

“Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida. Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida.”

Laporan polis ini telah didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen.

Melalui siasatan Zuraida, terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

“Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.

Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik,” katanya.

Zuraidi juga turut mendedahkan, Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.

Dulu Zahida Rafik pernah menepis gossip mengatakan dia dibela seorang VVIP.

“Bagi saya apabila gosip mengatakan saya dibela oleh VVIP ia satu penghinaan. Saya bukan perempuan simpanan. Sebagai anak bongsu dalam sebuah keluarga yang berpegang teguh kepada adat dan agama, ayah tidak membenarkan saya tinggal sendirian selagi belum berkahwin.”


Jika nak diikutkan, kisah panas skandal Zahida ni dah 2 tahun...

Mamat driver tu keje dengan Zahida dah 5 tahun. 

Kalau benar, seperti didakwa mamat driver tu bahawa dia tu orang yang PALING dipercayai... Tak kan lah dia tak tahu bahawa Lady Boss dia dah kawin...

Masuk akal tak dakwaan mamat driver tu...???

Satu lagi, kes RM200,000 tu jangan lak dok diam...

Tapi... dari maklumat yang aku dapat... si mamat driver ni ada hubungan istimewa dengan salah seorang ahli PKR...

Siapa ???

Apa pula komen Zahida mengenai dakwaan ex-driver dia tu ???

Jumpa kat part 5...




No comments:

Post a Comment