Thursday, 5 April 2012

JUMLAH PENGUNDI TELAH MENINGKAT !!! PAKATAN GUNDAH GULANA, TAKUT KE ?!!


DAP dan pakatan pembangkang begitu resah melihat jumlah pengundi baru meningkat.

Sebelum ini merekalah paling banyak mendaftarkan pengundi.

DAP adalah parti paling banyak dinegara ini mendaftar pengundi baru.

Sebenarnya akhir akhir ini pihak pakatan pembangkang membuat tindakan preamptive, mereka sedar pada PRU13 nanti kekalahan sudah pasti.

Maka mereka mahukan membina persepsi dan alasan kononnya proses mengundi tidak bersih.

Proses mengundi yang ada dinegara kita adalah paling terbaik dan telus, masakan tidak pakatan mampu untuk menang 5 negeri semasa PRU12.

Apa yang boleh kita lihat, pakatan sebenarnya takut kepada bayang bayang sendiri, selama 4 tahun selepas PRU12 banyak pendedahan dan penyelewengan mereka didedahkan kepada umum.

Sokongan kepada mereka pada PRU12 bukanlah bererti rakyat itu benar benar menyokong mereka.

Sebaliknya ia hanyalah sebagai undi protes.

Melihat kepada situasi ini, laporan dan pelbagai macam lagi analisis yang dibuat oleh para perancang parti pakatan.

Mereka sudah awal awal lagi mengaku kalah maka untuk menangkan secara persepsi maka mereka perlu memainkan sentimen dan menyebarkan dakyah.

Perancangan Bersih 3.0 adalah sebahagian untuk justifikasi kononnya kemenangan BN pada PRU13 nanti melalui proses pengundian yang tidak telus dan penipuan.

Mereka merancang lebih awal untuk membangkitkan dakyah bahawa kekalahan pakatan pada PRU13 disebabkan penipuan. 

Maka selepas itu satu perancangan untuk membuat revolusi oleh pengkhianat negara dihalalkan. 

Ini semua berlaku seperti mana yang dirancang oleh NDI, KAF dan IRI 3 NGO yang dibiayai sepenuhnya oleh pihak CIA dan Yahudi.

Kita harus peka dan tidak alpa dengan perancangan jahat pakatan.

Selamatkan Malaysia daripada pakatan jahat.


Pakatan pembangkang khususnya DAP tidak mempunyai sebab untuk merasa bimbang dengan sistem demokrasi yang diamalkan kerajaan di negara ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tan Chai Ho berkata, pembangkang tidak seharusnya tergugat dengan peningkatan jumlah pengundi kawasan mereka kerana isu serupa juga terjadi di kawasan yang diwakili Barisan Nasional (BN).
"Mereka tidak seharusnya berasa tergugat atau bimbang, sebaliknya gembira kerana masyarakat Malaysia kini sudah semakin sedar tanggungjawab mereka dalam menentukan hala tuju negara.
"Isu mereka bangkitkan sebenarnya hanya menunjukkan sikap hipokrit yang dimiliki kerana perkara sama turut berlaku di kawasan BN," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Isu itu dibangkitkan wakil rakyat pembangkang di Parlimen yang merujuk peningkatan mengejut jumlah pengundi di kawasan yang diwakili mereka, antaranya 35 peratus di Subang, 29.5 peratus di Kota Raja dan 25 peratus di Puchong. - Utusan

Sumber : KGC


No comments:

Post a Comment