Thursday, 19 April 2012

MENJUNJUNG KASIH DAULAT TUANKU



Hari ini, 19 April 2012 ialah hari Sambutan Ulangtahun Keputeraan Sultan Perak Yang Ke 84. Sebagai anak jati Perak, sudah semestinya tidak mahu terlepas sama untuk meraikan Ulangtahun keputeraan Baginda Tuanku.

Kami seluruh rakyat negeri Perak merafak sembah menjunjung kasih dan ucapan tahniah dan penghargaan sempena Ulangtahun Keputeraan DYMM Sultan Perak , Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah. Semoga Allah terus memberikan kekuatan, rahmat dan hidayah Nya kepada DYMM untuk terus memayungi rakyat Perak di bawah Pemerintahan Baginda.

Kalangan pemimpin politik negeri Perak melahirkan harapan semoga ke bawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Perak, Sultan Azlan Shah terus memerintah dan melindungi rakyat negeri Perak dalam suasana aman dan sejahtera.

Mereka juga mendoakan kesihatan dan semoga panjang umur baginda Tuanku dan Permaisuri Tuanku Raja Bainun sentiasa dalam barakah Allah.

Pemuda BN Perak merafak sembah tahniah dan menjunjung kasih kepada DYMM Tuanku Sultan Azlan Shah sempena Keputeraan baginda yang ke 84.

Ketuanya, Khairul Azwan Dato’ Harun berkata, Pemuda BN Perak akan sentiasa mempertahankan institusi beraja dan terus taat setia kepada Tuanku selaku Pemerintah Negeri Perak.

"Pemuda BN mendoakan kesihatn serta panjang umur Tuanku Sultan dan Tuanku Permaisuri semoga sentiasa dalam barakah Allah . Daulat Tuanku,’’ katanya.

Ketua Pemuda MIC Perak, M. Veeran berkata "Saya bagi pihak Pemuda MIC Perak merafak sembah ke bawah DYMM Tuanku Sultan sempena Ulangtahun Keputeraan baginda yang Ke 84.

"Semoga Perak terus dilimpahi rahmat dana keberkatan yang berpanjangan dibawah naungan Tuanku," ujarnya.

Kakitangan awam, Ahmad Affendy Rafie, 45, turut mendoakan kesihatan DYMM Tuanku semoga panjang umur dan mengharapkan negeri Perak sentiasa dilindungi dan dilimpahi rahmah dibawah pemerintahan Tuanku.

"Patik sebagai rakyat negeri Perak merafak sembah ke bawah DYMM Tuanku Sultan sempena Ulangtahun keputeraan baginda yang ke 84,’’ katanya.

Menurut beliau, institusi raja harus dipertahankan kerana ia melambangkan simbol kekuatan orang Melayu.

"Sebagai rakyat kita harus mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu dan Raja sebagai payung dan pelindung rakyat negeri ini. Daulat Tuanku,’’ katanya.

Menjunjung Kasih..

DAULAT TUANKU...

Sumber : Peraknews

No comments:

Post a Comment