Siapa yang tidak kenal dengan Pakatan Rakyat yang memerintah di Selangor pada hari ini...
Mana ada kebaikan untuk rakyat. Jadi, aku setuju sangat dengan Noh Omar yang menyifatkan Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini umpama DRACULA yang menghisap darah rakyat. Sebijik perangai Kuntilanak mereka ni !
Terbaru ini, sewa premis Majlis Belia di Komplek Belia dinaikkan LAGI !
Jika pada 2011 dari PERCUMA dinaikkan kepada RM1, 977.00 sebulan, tetapi kini dinaikkan lagi sehingga RM6, 180.00 sebulan.
Apa yang menjadi kemusykilan aku sekarang adalah, sejak bila Majlis Belia ni satu organisasi perniagaan atau profit organisation ??? Celah mana badan sukarela ni nak cekau duit ???
Tak kan Belia pada hari ini perlu menjadi pengemis TIN MILO sepertimana PAS dulu, kini dan selamanya ???
Apa yang PKR buat ?? Bukankah PKR khususnya Anwar melaung-laungkan kononnya seorang pejuang Belia !!!
Aku bukan bercakap kosong je, ini aku kepilkan bukti-bukti kepada korang semua...
Cuba korang nilai sendiri la, apa motif Pakatan ni ??? Adakah mereka ni nak singkirkan Pertubuhan Belia yang berada dalam kompleks berkenaan untuk memudahkan mereka menjual komplek tersebut ???
Ini pula respond dari Noh Omar berkaitan kenaikan kadar sewa terhadap Majlis Belia...
Seperti yang Noh Omar katakan dalam video di atas, Kompleks berkenaan dibina oleh BN untuk membantu pertubuhan sukarelawan ini beroperasi dengan memberikan tempat operasi secara percuma tetapi ibarat Dracula mereka hisap darah Pasukan Sukarelawan dari Majlis Belia ini dengan mengenakan sewa kepada premis berkenaan.
Sekarang ini pula kadar sewa dinaikkan pula ! Gila punya orang la !!!
Aku cuba fikirkan motif perbuatan mereka ni. Korang sependapat tak dengan aku, kalau aku katakan mereka ni hanya berniat untuk menghalau Majlis Belia dan Pertubuhan Belia yang ada di Kompleks berkenaan untuk memudahkan mereka ni menjual kompleks tersebut.
Sesuatu yang pada pandangan aku, tidak menghairankan dan tidak mengejutkan !
Apa sangatlah yang mereka ni pandai selain menjual khazanah dan warisan Selangor ni. Hanya itu kepakaran mereka.
Adakah ini spesis Kerajaan yang korang mahukan wahai rakyat Selangor ????
Aku tinggalkan persoalan ini untuk korang fikirkan...
Jika Kompleks Belia boleh... tidak hairan kalau satu hari nanti, rumah PPRT dan rumah DBKL akan dapat nasib yang serupa jika mereka ini diberi kuasa....!
Sumber : KGC
Psssttt... sebelum jual kena kasi halau itu Majlis Belia maaa... Kasi naik sewa, diorang tarak mampu pasai itu Majlis Belia tarak duit.. Sukarelawan saja maa... Lepas diorang berambus... kasi jual la itu kompleks....
Bijak... Bijak...
No comments:
Post a Comment