Wednesday, 2 May 2012

BEERSHIT 3.0 : SURAT TERBUKA SEORANG GURU KEPADA MENTERI DALAM NEGERI !!!


Surat Terbuka Buat YB Menteri Dalam Negeri,

1) Sebagai warganegara Malaysia yang taat setia kepada negara ini dan guru yang sentiasa mengajarkan keamanan dan keselamatan kepada murid-muridnya, saya menuntut agar suatu kenyataan rasmi dikeluarkan seberapa segera yang boleh oleh YB Menteri Dalam Negeri mengenai kejadian yang melibatkan kecederaan anggota polis semalam.

2) Saya juga menuntut agar tindakan tegas diambil kepada mereka yang bertanggungjawab dalam menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini di atas sebagai suatu pengajaran kepada semua pihak yang terlibat.

3) Murid-murid saya yang telah saya ajar tentang keamanan, kestabilan dan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang sedang memerhatikan apa yang akan Menteri Dalam Negeri lakukan dalam menangani isu sepenting ini.

4) Saya tidak sanggup lagi melihat negara kita dan keselamatan penjawat awam diperkotak katikkan hanya disebabkan oleh segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab.

5) Majoriti di luar sana menuntut keadilan, dan sedang menunggu dengan sabar tindakan-tindakan seterusnya daripada kerajaan yang mereka dokong.

6) Kita telah lama dan begitu bersabar dalam banyak hal yang membabitkan Ambiga dan Anwar, maka apakah apabila kejadian ini mebabitkan nyawa dan keselamatan penjawat awam, kita masih boleh bersabar lagi.

7) Saya tidak mahu murid-murid saya yang saya tanamkan semangat cinta akan negara dan setia kepada kerajaan memandang rendah terhadap diri saya dan kerajaan yang saya dokong. Saya telah beritahu mereka bahawa kerajaan kuat, ada jentera dan undang-undang untuk mengatasi semua masalah ini

Abd Bashid Bin Harun





5 comments:

  1. Hisham dan Pak Mail mesti bertindak dengan segera. Jangan hanya bercakap saja. Buktikan!!! Walk the talk. Penat dah kami dengan ungkapan-ungkapan amaran...amaran... tak ada kompromi...tindakan akan diambil... nobody is above the law... dan macam-macam lagi. Perihatinlah pada PERASAAN kami di atas pagar ini. Atau kalian berdua sudah tidak memerlukan sokongan kami??????.

    ReplyDelete
  2. Kepada ibubapa yg membawa anak anak ke perhimpunan BERSHIT perlu di dakwa,sepatutnya mereka melindungi anak anak tetapi telah melibatkan anak di dalam situasi yg belum tentu selamat,apa lah emak bapak yg tak ada otak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..saya bersetuju supaya ibubapa yang membawa anak-anak ke perhimpunan seperti ini diambil tindakan kerana perhimpunan sebegini bukan untuk berseronok-seronok atau 'funfair' bagi kanak-kanak...Kebarangkalian untuk berlaku ketegangan dan rusuhan dalam demonstrasi adalah tinggi..so kanak2 ini akan terkena bahangnya..seperti gas pemedih mata , water canon atau mungkin akan jatuh dan dipijak semasa kekecohan. Bila ada kematian pihak polis juga yang disalahkan.
      Jadi ada baiknya kanak2 duduk kat rumah, belajar atau bermain sesuai dengan umur mereka bukannya di dedahkan dengan keganasan sedemikan.
      Ibubapa ...walaupun menyokong perjuangan bersih...janganlah anak dijadikan korban atau perisai untuk memjadikan "Ketua Pemberontak" sebagai PM.
      Dari Aku...yang amat mengasihi anak2 kecil.

      Delete
  3. Betapa bodohnya sangt Ibu..masakan tidak memikirkan keselamatan anaknya yang 3 orang itu. Tergamak dia bawa anak2 dia dalam gerombolan manusia yang boleh menjadi lembu liar pada bila2 masa dan polis juga sudah memberi amaran jangan hadir. Ibu jenis apakah begini????? Dan rakyat menanti tindakan menteri berkaitan untuk menahan kepala perusuh 3.0 itu..Nak tunggu apa lagi?????

    ReplyDelete
  4. Nanti dulu...kita kena siasat dulu, Bagi ruang dan masa untuk Polis siasat, Kta takkan berkompromi dgn mana2 pihak yg menimbulkan kekacauan [ Pernah dgr dialog ini]...Udah2 le tu, Skrg masa utk bertindak, bkn nak siasat2 lg. JANGAN JADI BACUL...Klu rase tak boleh bertindak...LETAK JAWATAN SAJA...Ramai lagi yg layak...

    ReplyDelete