Pengerusi Sukaguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata selain menawarkan khidmat nasihat berkaitan undang-undang kepada pengunjung khususnya golongan belia, program yang mendapat kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) itu turut menampilkan ruang buat golongan artis berkenaan berinteraksi dengan para peminat.
Beliau berkata setiap hari 10 peminat bertuah akan dapat menemui artis berkenaan secara bersemuka, berbual mesra, mendapat nasihat atau mendengar sendiri pengalaman artis semasa mengikut pengajian undang-undang, mungkin untuk kira-kira 45 minit.
"Bagi membuat temu janji dengan artis pada hari berkenaan, mereka yang berminat boleh melawat Facebook Sukaguam dan kami akan buat pilihan dan tetapkan temu janji," katanya dalam satu persidangan media yang turut disertai Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi di pejabat Sekretariat perhimpunan di Kementerian Belia dan Sukan di sini pada Isnin. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment