Thursday, 24 May 2012

HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012 TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI 43 WAKIL LUAR NEGARA !!!


Himpunan Jutaan Belia 2012 yang telah berlangsung bermula semalam turut mendapat perhatian rakan-rakan dari Negara Luar.

Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan Dato' Razali Ibrahim, setakat ini seramai 43 Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Asing ke Malaysia telah mengesahkan akan turut hadir meninjau sendiri kemeriahan penganjuran Himpunan Jutaan Belia 2012 sempena sambutan Hari Belia Negara.

Malah satu sessi tinjauan mesra akan diadakan pada 25 Mei ini bermula jam 4 petang.


"Saya akan memastikan mereka kagum dengan penganjuran acara ini... Mereka boleh menyertai sambutan Hari Belia Negara pada tahun akan datang," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Hari Susu Sedunia Malaysia sempena Himpunan Jutaan Belia di sini.

Beberapa Negara yang bakal menyertai sessi tinjauan mesra tersebut yang diantaranya termasuklah dari Negara Perancis, China, Cuba, Argentina, Jepun, China, Kemboja, Brunei, Indonesia, Algeria dan Bangladesh.


Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia turut mensasarkan Festival Jazz Belia Sedunia bakal menjadi salah satu acara yang mendapat liputan antarabangsa dan dijangka bakal mencipta satu rekod yang mampu membanggakan segenap masyarakat global.

Festival Jazz Belia Sedunia dijadual akan diadakan di Dataran Gemilang di sini yang membariskan beberapa penggiat seni jazz yang dikenali termasuklah Dino Fiumara Trio (AS), Lektron (Jerman), Cats In Love (Malaysia), Diana Liu (Malaysia), Morning Smile (Indonesia), 57Kustik (Indonesia), Benjamin Trio (Singapura) dan Dhruv Band (India).


Credit : KL Pos & Sekretariat HBN 2012





No comments:

Post a Comment